Rabu, 24 September 2008

Motor Control STAR DELTA FOWARD REVERSE




KURSUS
PENJAGA JENTERA ELEKTRIK

TAHAP/KATEGORI
A1
DUTI
8.0 MOTOR DAN ALAT KAWALAN
TASK
0.8 JENIS PENGHIDUP
OBJEKTIF PENCAPAIAN PIAWAI
PELAJAR AKAN DITUNJUKKAN DENGAN CARA-CARA UNTUK MENJALANKAN KERJA-KERJA PENDAWAIAN BAGI LITAR PENGHIDUP

TAJUK
4. PENGHIDUP BINTANG-DELTA MARA SONGSANG
TUJUAN
KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN ;
1. Penerangan bagi litar
2. Prosedur kerja


PENGHIDUP MOTOR BINTANG-DELTA MARA-SONGSANG
( STAR-DELTA FORWARD REVERSE STARTER )

PENERANGAN


Pemula bintang delta hanya digunakan untuk motor tiga fasa yang berukuran sederhana. Tujuan utama penggunaannya ialah untuk mengurangi arus permulaan ketika motor dihidupkan dan membolehkan motor ditukar arah mara dan songsang dengan kawalan punat tekan.


Maksud ini boleh dicapai dengan menukarkan sambungan belitan stator daripada bentuk bintang () menjadi delta () dan motor itu akan terus berputar dalam sambungan delta. Oleh yang demikian, voltan yang diterima oleh setiap belitan stator pada ketika sambungan bintang ialah 1/3 voltan talian dan voltan ini lebih rendah daripada voltan asal. Arus pada sambungan bintang () dikecilkan sehingga 58%.


* Arus bintang () = 58% X (6 hingga 8 kali arus kendalian).
Arus dan dayakilas akan turut berkurangan kerana arus dan dayakilas adalah berkadar terus dengan kuasa dua nisbah voltan.


Setelah motor bergerak pada kelajuan 75% daripada kelajuan biasa, sambungan motor itu akan ditukar daripada sambungan bintang kepada sambungan delta dan ini bermakna voltan bekalan akan bertambah dan kelajuan pun turut bertambah.


Penukaran belitan stator daripada daripada bentuk bintang kepada bentuk delta boleh dibuat dengan dua cara iaitu dengan menggunakan suis kendalian tangan atau menggunakan sesentuh beroperasi secara automatik.


Perlu diingatkan, pemula suis kendalian tangan mestilah mengadakan saling kunci mekanik agar suis pemula tidak boleh diubah kepada kedudukan delta sebelum kedudukan bintang.


Setelah motor berputar, tangkai suis akan dipegang oleh elektromagnet yang juga berfungsi sebagai pelindung tanpa voltan. Suis akan akan kembali pada kedudukan henti apabila voltan bekalan terputus dan motor tidak akan hidup sendiri selepas bekalan pulih kecuali jika ia dikendalikan semula.




KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PEMULA BINTANG-DELTA MARA-SONGSANG


KEBAIKAN
- Boleh dihidupkan dan dimatikan beberapa
kali pada bila-bila masa.
-Senggaraan adalah kurang jika dibandingkan dengan pemula alatubah-auto.
-Bagi keupayaan motor yang sama, kos pemasangan adalah lebih murah dari pemula alatubah-auto.

KEBURUKAN
- Keupayaan motor-motor yang digunakan terhad kepada 3K.K hingga 10 K.K sahaja.
- Menggunakan punca-punca motor yang lebih iaitu 6 hingga 7 punca.


GAMBARAJAH LITAR






12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalmualaikum... thanX vewi much ... nota ne amat bguna ntuk saya ...
(aidil acbar naharuddin,ikmkk chargeman A1"budakgitar@yahoo.com")

AisyahZahra berkata...

salam..good job!keep it up..

Tanpa Nama berkata...

salam wanpaiye..

mcmner nk buat s.d (main/primary circuit) litar utama bg unit air cond 4hp yg cuma ada 3 punca terminal je..

ada sebarang idea x?

Tanpa Nama berkata...

penghidup s.d hanya sesuai untuk motor 6 terminal sahaja.
kalau mahu juga,modified lah winding motor.

Tanpa Nama berkata...

abg sy bljar elektrik jge kat koley cq-taq....
ssh x nk bljar mto nie....
sy x tau lgy btol2 mcm mne...
tp sy tau wat la...

muin berkata...

boleh tk bg formula untuk auto trans dan fungsi dia sekali.

Tanpa Nama berkata...

ni sy nak kongsi pengalaman sedikit . penah berlaku stater auto trans . bile dah masok step ke 3 (kontaktor men ) motor elektrik tetibe mati 3 phase dari o/L ade arusan lektriq ke motor . kenape ye ?

Unknown berkata...

Kenapa motor 4kw berkelajuan sama dalam keadaan star dan delta

Mazfaizal ismail berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mazfaizal ismail berkata...

Terbaik Wansifu..

Mazfaizal ismail berkata...

Terbaik Wansifu..

Kimi berkata...

Bagaimana jika suis forward reverse ditekan pada masa yg sama,adakah boleh merosakkan motor atau berlaku apa2 litar pintas?