Isnin, 22 September 2008

BAI'AH AL AQABAH

BAI’AH AQABAH YANG KEDUA
RUJUKAN: FIQH AL-HARAKAH DARI SIRAH NABAWIYYAH, OLEH HAJI ABDUL HADI AWANG, 1988, DPF, JILID 1, SEJARAH DAN KEBUDAYAAN ISLAM, PROF DR AHMAD SHALABY, 1988,PN, JILID 1
Dalam musim haji tahun ke-13 selepas Nubuwwah datanglah rombongan seramai 73 orang dari Yathrib(Madinah) ke Makkah mengajukan saranan kepada Rasulullah s.a.w. agar berhijrah ke Madinah. Mereka akan membai’ah Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi dan pimpinan dan mempertahankannya sama ada ketika senang atau susah.
Rasulullah s.a.w. ditemani pakciknya al-Abbas yang belum menganut Islam ketika itu dan pertemuan itu juga berlaku di Aqabah, Mina. Al-Abbas berkata “Para Khazraj! Kamu semua telah mengetahui bahawa Muhammad ini adalah salah seorang di antara kaum kami. Kami telah membelanya, sebab itu dia terhormat dan terjaga di negerinya. Sekarang ia ingin menyerah dan mengabungkan diri dengan kamu. Sekiranya kamu benar-benar bermaksud akan setia kepadanya dalam segala hal yang telah kamu kemukakan kepadanya dan kamu membelanya dari semua orang yang menentangnya, dapatlah saya menyerahkan Muhammad kepada kamu atas pertanggungjawaban kamu sendiri. Akan tetapi sekiranya kamu akan menyerahkan kepada musuh-musuhnya dan mengecewakannya maka tinggalkanlah dia dari sekarang”.
Ketua Khazraj menjawab “Telah kami dengar apa yang kamu katakana, wahai al-Abbas! Maka cubalah Rasulullah s.a.w. sendiri berbicara. Ambillah, wahai Rasulullah s.a.w., apa yang engkau ingini buat dirimu dan buat Tuhanmu!”. Maka Rasulullah s.a.w. membacakan beberapa potongan ayat al-Quran, dan akhirnya berkata “Saya ingin mengambil perjanjian dari kamu semua, bahawa kamu akan menjaga saya sebagai mana kamu menjaga keluarga dan anak-anak kamu sendiri”.
Maka mereka pun berjanji akan mematuhi kehendak Rasulullah s.a.w. dan akan membelanya dalam semua akan yang akan dihadapi nanti di Madinah. Menurut Iman Ahmad butir-butir perjanjian ialah:

Tiada ulasan: