Isnin, 22 September 2008

Mana perginya MELAYU ISLAM



Untuk memastikan perjuangan sesuatu agama dan bangsa dalam sesuatu negara demokrasi, penganutnya atau kaum itu mestilah bersatu padu di dalam satu parti yang besar. Namun berdasarkan keputusan PRU lepas, didapati umat islam Malaysia terbahagi lebih kurang sama banyak kepada 2 parti iaitu PAS/pkr dan UMNO. Keadaan perpecahan umat islam kepada dua parti besar ini akan melemahkan pencaturan politik masyarakat islam. Keadaan ini akan menjadi lebih terancam jika 'pihak lain' hanya bersatu dalam satu parti. Oleh yang demikian, dalam memastikan survival umat islam di Malaysia terus berada dilandasan, kita semestinya memilih antara cara-cara berikut. a. Semua/sbhgn besar umat Islam memilih PAS (tp bukan PKR) b. Semua/sbhgn besar umat Islam memilih UMNO. c. Gabungkan PAS dan UMNO. Masalah PENCATURAN POLITIK UMAT ISLAM ini mesti diselesaikan SEGERA. Semakin lama perpecahan ini berlaku, kita sebenarnya semakin rugi. Kita kena bijak dalam menyusun strategi politik dalam negara demokrasi ini. Neutralkan otak anda... dan cuba cadangkan SECARA RASIONAL strategi/pencaturan politik yang perlu diambil SEGERA dalam memastikan UMAT ISLAM tidak berpecah 2 (sama banyak) dalam parlimen dan seterusnya bagi menjamin kecemerlangan umat islam Malaysia. Percayalah senario sekarang amat merugikan kita. Semakin lama ianya akan semakin merugikan.... Kita sudah tiada masa... Kita perlu ada tindakan drastik yang tersusun... Jangan nanti cucu cicit kita menyalahkan kita kerana kurang bijak dalam membuat keputusan.... Wallahulam. * Berdasarkan ideologi dan terjemahan politik sekarang, bagi menjamin nasib umat islam terjamin, Perdana Menteri dan parti dominan hendaklah datang dari PAS atau UMNO sahaja.

1 ulasan:

PuRpLe_HeARts berkata...

umno perjuangkan bangsa dlu,tp pas perjuangkan islam dlu...kte nk solat mst plih imam yg kte btl2 tau ltr blkg beliau,cra pkaiannya,kluarganya...dh klu trg2 bini sndri pn xleh nk bimbing spya ttup aurat,pmimpin cm2 ke kte nk plih...? ingt 1 je...last2 kte smua akn mati...smua akn blk kpd islam...so plihlah pemimpin yg bnr2 beriman...kbnyknnye tau,tp wt2 xtau...