Isnin, 22 September 2008

Ma'ahad Al Ehya El Karim


Sek. Men. Arab (JAIM) Al-Ehya El-Karim

Tahun Penubuhan: 1943
Alamat: Sek. Men. Arab (JAIM) Al-Ehya El-Karim,Tanjung Bidara,78300 Masjid Tanah,Melaka.Tel: +606-385 2022Faks: +606-385 3732E-mel: smaehyaalkarim@yahoo.com.my Profil
Di kalangan masyarakat Islam negeri Melaka, beliau terkenal dengan panggilan Haji Karim Tanjung Bidara atau nama sebenar beliau Haji Abd. Karim Bin Haji Dalib, pengasas dan pengetua pertama Ma'ahad Al-Ehya El-Karim. Satu-satunya Sekolah Menengah Agama Rakyat Melaka yang paling terkemuka di negeri Hang Tuah ini khasnya dan di bahagian selatan Tanah Melayu amya pada waktu itu .
Beliau dilahirkan pada tahun 1921 di Tanjung Bidara , sebuah kampung yang sederhana besarya terletak di persisiran Selat Melaka dalam Daerah Alor Gajah. Beliau adalah anak bongsu dari tiga orang adik-beradik.
Hj.Karim mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tanjung Bidara dan 1928 hingga 1933. Pada tahun 1934 hingga l936, beliau mendalami ilmu agama dan mempelajari Bahasa Inggeris di Muar, Johor.Kemudiannya mendaftarkan diri di Madrasah Khairiah , sebuah sekolah Arab di Ayer Molek, Melaka.
Malangnya, setelah menuntut di situ selama empat tahun, sekolah itu terpaksa ditutup. Ini kerana keadaan negeri yang huru-hara dengan kedatangan tentera Jepun ke Tanah Melayu dan tercetusnya Perang Dunia Kedua pada 1941.
Sungguhpun demikian beliau tidak berputus asa. Setelah pulang ke kampungnya dengan menaiki sebuah basikal buruk, beliau berulang alik 14 batu menghadap seorang tuan guru yang alim dan hafaz Al-Quran, iaitu Tuan Haji Hasan Bin Haji Abu Bakar, Mufti negeri Melaka.
Dengan bertuan gurukan mufti negeri Melaka, beliau teiah mendalami ilmu Feqah, Tafsir dan lain-lain. Beliau hanya dapat belajar seminggu sekali kerana beliau telah mula membuka sebuah kedai pemiagaan di kampungnya. Beliau membuka kedai tersebut pada waktu siang dan pada waktu malamnya beliau mengajar agama kepada kanak-kanak dan orang tua di kedainya.
Murid-murid yang datang belajar bcrtambah ramai, maka pada tahun 1943 beliau telah menubuhkan sebuah sekolah yang diberi nama Ma'ahad Al-Ehya El-Karim. Usaha beliau ini dibantu oleh beberapa sahabat karibnya, di antaranya ialah Allahyarham Sidang Mohammad Alif bin Mohd Deli bin Nordin. Bangunan Ma'ahad yang didirikan di sebelah kedainya waktu itu hanya merupakan sebuah surau kecil. Kemudian apabila muridnya bertambah, didirikan pula sayap kiri dan sayap kanan seolah-olah sebuah kapal terbang .
Dari semasa ke semasa Ma'ahad terus berkembang dan maju menuju kedewasaannya. Ini adalah lantaran kebijaksanaan, ketabahan dan kesabaran Hj. Karim selaku seorang pengasuhnya. Dan kemudian apabila beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 49 tahun, Ma'hadnya telah berusia 28 tahun .
Ma'ahad Al-Ehya El-Karim ketika mula bemafas dulu, bangunannya hanya mempunyai sembilan tiang dan muridnya boleh dibilang dengan jari, tetapi dewasa ini telah mempunyai tiga bangunan sekolah dan tiga bangunan asrama. Pelajamya juga telah meningkat seramai hampir 700 orang pelajar dengan tenaga pengajarnya seramai hampir 40 orang guru . Mata pelajaran bukan semata-mata pelajaran Al-Azhar sahaja tetapi juga pelajaran akademik seperti yang dipelajari di sekolah-sekolah kerajaan. Dengan itu Kementerian Pelajaran tidak ragu-ragu untuk mengiktirafnya sebagai sebuah sekolah menengah.
Dan Ma'ahad ini sekarang duduk di bawah payung Kementerian Pelajaran Malaysia (JAPIM) dengan nama "Sekolah Menengah Agama (JAIM) Al-Ehya El-Karim".

3 ulasan:

zaihasratampin@gmail.com berkata...

Al-Fatihah jua walaupun tidak berjumpa,tapi pernah menuntut di sekolah ini 1973 hingga 1977.

Tanpa Nama berkata...

Noraini abdul aziz, pernah menuntut dima'had dari tahun 1973-1978, selamat maju jaya ma'had al-ehya el- karim.

Unknown berkata...

Pernah menuntut disini 1978 - 1982 juga bertemu jodoh disini. Alhamdulillah