Isnin, 1 Disember 2008

ERTI KETUANAN MELAYU ISLAM

Akhir-akhir ini, ramai orang berbicara mengenai Ketuanan Melayu. Cara penolakan Ketuanan Melayu juga tidak sama. Misalnya, dalam kalangan Melayu sendiri, ada yang menolak Ketuanan Melayu kerana lafaz dan pengertian itu datangnya daripada Umno. Lazimnya, Ketuanan Melayu versi Umno ini ditolak oleh Pas, dengan menggunakan lafaz Ketuanan Islam.

Tapi, akhir-akhir ini suara yang menolak Ketuanan Melayu ini datangnya daripada parti komponen BN sendiri, iaitu MCA. Antara punca kenapa Umno tergugat ialah kerana sejak 50 tahun belakangan ini, tiada usaha tersusun untuk menerangkan hubungan asal-usul Ketuanan Melayu yang kuat bergantung kepada Islam.

Alam ini, atau negara ini milik Tuhan dan Dia memberikan tanggungjawab ke atas khalifah (umat Islam) menguruskannya. Dan, dalam konteks negara Malaysia hari ini, orang Melayu itu beragama Islam. Itulah yang telah diperjelaskan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Maka, suka atau tidak, Ketuanan Melayu tetap wujud walaupun lafaz itu tidak disukai sesetengah pihak. Lafaz ini wujud dengan sebab wujudnya orang bukan Melayu di negara ini. Maka, kalau bukan Melayu tidak wujud dan tidak berhiijrah dari negara asal mereka (China dan India), tiada keperluan lagi untuk dipertahankan hal ini.

Soi Lek dan Mei Fun antara pihak yang paling ke depan dalam hal membantah Ketuanan Melayu ini. Soi Lek menolak hal ini kerana konsep ini seperti faham tuan-hamba walaupun sebenarnya hubungan Melayu dan bukan Melayu di negara ini bukannya seperti 'Master and Slave' dalam hubungan Bangsa Mesir purba yang memperhambakan Bani Israel suatu ketika dahulu.
Kemuncak kepada penolakan tuan-hamba (master and slave) ini bermula dengan konflik pergeseran antara Musa dan Fir'aun. Tapi, adakah hal semacam ini diperjelaskan oleh Umno kepada MCA?

Antara ciri-ciri yang menunjukkan sesebuah bangsa itu masih terperangkap dengan fahaman tuan-hamba (master and slave) ini ialah sikap menjadikan kaum wanita sebagai hamba kaum lelaki.

Tahap paling kronik ialah menjadikan wanita sebagai alat pemuas nafsu syahwat kaum lelaki. Mungkin Soi Lek lebih faham dan sedar hal ini kerana beliau lebih berpengalaman sebelum beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan tidak lama dahulu.

Kewarganegaraan dan Ketuanan Melayu ada harganya

Ketua Wanita MCA Chew Mei Fun pula menyifatkan bahawa konsep ketuanan Melayu tidak lagi relevan atas alasan semua rakyat menyumbang kepada pembangunan negara. Tambah beliau lagi, dalam negara ini semua rakyat adalah tuan tanah Malaysia.

Jika Mei Fun memahami apakah maksud sumbangan dan jika beliau mentakrifkan sumbangan itu sebagai sesuatu yang berharga seperti wang, melalui cukai dan sebagainya, maka fahaman yang semacam ini perlu diteliti dengan sebaik-baiknya.

Sebagai yang termaklum, apabila bangsa Melayu memberikan kewarganegaraan kepada bukan Melayu, maka bukan Melayu perlulah iktiraf Ketuanan Melayu, Keistimewaan orang Melayu, Bahasa Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan di negara ini. Sekali lagi, Islam adalah kunci utama dalam penyelesaian hal ini.

Ketuanan Melayu ada harganya. Harganya adalah darah dan air mata. Nenek moyang Melayu mempertahankan bumi ini daripada Siam, Portugis, Belanda, Jepun dan juga penjajah yang lain. Sedangkan, kaum bukan Melayu tak banyak memainkan peranan dalam menolak penjajahan ini, melainkan Jepun sahaja.

Dan, hal ini pun terjadi kerana kesan orang-orang Cina yang tidak suka negara mereka dilanggar oleh Jepun suatu ketika dahulu. Maka jumlah penolakan ke atas penjajahan ini, kaum Melayu yang lebih banyak berkorban berbanding bangsa-bangsa lain. Inilah harga Ketuanan Melayu dan adakah mereka sanggup berkorban?

Apabila menjelang kemerdekaan, atas persetujuan bahawa orang Melayu mahu menerima bukan Melayu sebagai warganegara dan bukan Melayu mahu menerima hak keistimewaan Melayu dan lain-lainnya, maka bermulalah urusan 'membayar' semula hal yang telah dipersetujui itu melalui cukai-cukai, wang yang dilaburkan dan sebagainya.

Maka, orang bukan Melayu selama ini membayar cukai, menyumbang wang, melabur di dalam pembangunan di negara ini kerana melunaskan hutang kewarganegaraan mereka seperti yang diputuskan sejak lama dahulu.

Kewarganegaraan itu ada harganya dan wang yang dilaburkan selama ini cuma sekadar membayar kewarganegaraan tersebut. Inilah yang harus difahami oleh kaum bukan Melayu di negara ini.

Sementara bangsa Melayu membayar wang, cukai dan segala macam pelaburan di dalam negara ini adalah untuk membayar apa yang dinamakan sebagai ketuanan Melayu itu sendiri.
Islam menjelaskan hal ini sebagai berikut. Di dalam sebuah negara yang mana penduduknya memilih untuk tidak menganut agama Islam misalnya, para penduduknya tidak akan pernah dipaksa. Kemudiannya, negara itu diminta untuk terus berada di bawah naungan Islam, membayar ufti, sejumlah wang sebagai tanda ikatan antara mereka.

Dengan perjanjian dan akad itu, negara itu akan terus-menerus dilindungi oleh negara Islam jika negara bukan Islam di bawah naungan mereka yang telah membayar ufti itu diserang oleh sebuah kuasa lain.

Sepatutnya, hal fahaman yang semacam inilah yang cuba dibangkitkan oleh Umno (khasnya agamawan Umno) kepada ahli-ahli parti komponen mereka. Tetapi, akhirnya yang diasuh, dinilai, dipupuk, ditarbiyyah hanyalah perkongsian kuasa.

Agak pelik juga.. kuasa yang direbut-rebut selama ini akhirnya dikongsi pula. Jadi, ini fahaman yang rapuh dan mudah tertanggal daripada jiwa orang bukan Melayu khasnya rakan mereka sendiri daripada MCA.

Kesimpulannya, janganlah orang bukan Melayu di negara ini menyangka bahawa sumbangan mereka selama ini sama ada dalam bentuk wang cukai pelaburan ini menunjukkan bahawa orang Melayu telah berhutang pula kepada mereka. Malah, sebenarnya mereka berhutang kewarganegaraan kepada orang Melayu.

Dan wang, cukai selama ini yang kononnya untuk pembangunan negara ini sebenarnya adalah wang untuk melunaskan hutang piutang kewarganegaraan kepada orang Melayu sebagai tuan kepada negara ini.

Kita pun bukan suka sangat menulis mengikut rentak semacam ini. Dah lama juga kita pendam. Takut silap tafsiran, orang tuduh tulisan semacam ini sudah ada ciri-ciri perkauman pula. Tapi, jika orang sudah membeli, kita patutlah menjualnya dan orang telah memberi kita patutlah merasa.

Tapi, Umno yang diharapkan menjawab seperti ini, telah kering akliah dan kosong fikirannya, tidak tahu cara menjawab. Yang mereka tahu, tutuplah mulut kerana nanti akan jadi isu perkauman.

Ahad, 2 November 2008

Cerpen `Politik Baru YB J' - Mengapa Teresa Yang Terasa?

Cerpen `Politik Baru YB J' yang mengisahkan pembunuhan seorang wakil rakyat wanita Cina seperti yang tersiar dalam Mingguan Malaysia 12 September lalu tidak ada kena mengena dengan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok seperti dakwaan DAP.

Menurut penulis cerpen ini, Datuk Chamil Wariya watak dalam cerpen itu hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan langsung dengan mereka yang hidup dan mati.
"Ia hendaklah dibaca dan dinikmati sebagai sebuah karya kreatif dan tidak lebih tidak kurang daripada itu".
"Dalam cerpen saya ini, pembunuhan politik per se seperti yang didakwa tidak berlaku walaupun wataknya mungkin dimatikan. Apa yang berlaku adalah sekadar simbolik.Karya sastera tidak patut hanya dibaca yang tersurat, tetapi tersirat".
"Yang dibunuh sebenarnya adalah idea-idea yang melampau dan tidak hanya terbatas dalam politik tetapi melampaui politiknya".
Komen:
Persoalannya sekarang ini mengapa YB Teresa Kok yang `terasa' sehingga DAP membuat laporan Polis mendakwa cerpen ini ditujukan kepada Ahli Parlimen Seputeh itu?
Dalam cerpen ini langsung tidak menyebut nama `YB Teresa' atau nama parti-parti politik di Malaysia termasuk DAP sehingga pemimpin parti itu melatah membuat laporan Polis mendakwa `cerpen ini menganjurkan keganasan dan bermain dengan api kerana memuatkan babak pembunuhan ahli politik'?.
Inilah akibatnya kalau kita terlalu berprasangka dan menjadikan politik sebagai alat untuk meraih kepentingan diri dan peribadi. Kita akan takut kepada bayang-bayang sendiri sehingga karya sebuah cerpen yang hanya rekaan semata-mata dianggap sebagai satu serangan peribadi.
Cerpen ini tidak ada kena mengena dengan Teresa atau pun parti DAP dan tidak ada sebab untuk mereka mengekploitasi isu ini kononnya sebagai sasaran untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat dan menimbulkan ketegangan kaum di negara ini.
Seperti kata penulis cerpen ini, Datuk Chamil Wariya watak-watak dalam cerpen ini adalah rekaan yang langsung tiada kaitan dengan mereka yang hidup dan mati. Ia hendaklah dibaca dan dinikmati sebagai sebuah karya kreatif dan tidak lebih tidak kurang daripada itu.
Teresa mungkin menganggap cerpen ini ditujukan kepadanya kerana sebelum ini pernah ditahan di bawah ISA kerana dikaitkan dengan lauangan azan dan tulisan jawi.
Apakah selepas ini jika ada mana-mana penerbit filem atau drama yang tidak ada apa-apa kepentingan politik secara kebetulan membuat filem atau drama seperti karya cerpen ini, Teresa dan pemimpin DAP yang lain juga akan membuat laporan Polis kepada mereka ini?
Inilah akibatnya jika menjadikan politik sebagai alat untuk kepentingan diri sentiasa bersangka buruk kepada orang sehingga apa yang dilakukan oleh orang lain kita anggap jahat dan mempunyai kepentingan politik.

Dr.Mahathir de'Kroni

Kalau anda baca suratkhabar kebelakangan ini, Dato Mokzani Mahathir telah menerima projek minyak yang amat besar baru2 ini dari Petronas. Syarikat Mokhzani, Kencana Mermaid Drilling Sdn Bhd sebagai penerima kontrak carigali terbaru Petronas bernilai USD235 juta.
Ini tidak termasuk kontrak Fibre optic Telekom Malaysia yang bernilai RM800 juta. HALAL SANGAT LAH PERNIAGAAN INI?

Apa pulak cerita TVWA iaitu agensi media kepunyaaan Mukhriz dan kakak dia Marina yang mengaut jutaan kontratk TDC atau Kementerian Pelancongan sebnyak RM400 juta dalam media buy dan billboard satu dunia utk memaparkan VISIT MALAYSIA.

Kontrak RTM pula diberi semasa Tok Rahmat dan Tun Khalil menjual spots atau cerita2 yang berkualiti rendah di jual dgn nilai RM40,000 satu jam dan 600 jam telah diberi.

HALAL sangat ke Mirzan dan MISCnya. HALAL SANGATLAH KENCANA PETROLEUM MEREMBAT DUIT PETRONAS, HALAL SANGAT LAH BIZNES AP YANG DIBUATNYA MENJUAL KERETA BRABUS?

Mukhriz ni penakut dan bacul. Awak ni hanya digunak kan olehnya utk lawan. Nanti dia dah naik, apa yang awak rasa yang awak akan dapat? Perubahan? HAHAHAHAAHAHAH!!!

Selasa, 28 Oktober 2008

Melayu SEDAR!!!

WAHAI MELAYU,MELAYU,MELAYU...
1. KAMI mendesak dan menuntut agar para pemimpin Melayu dari berbagai fahaman politik mengembelengkan tenaga, kerjasama dan buah fikiran demi mempertahankan keluhuran dan kekeramatan PERLEMBAGAAN MALAYSIA TANPA KOMPROMI.
2. KAMI memberi amaran kepada para pemimpin politik Melayu dari semua fahaman ideologi agar jangan menjadi pemimpin Pak Pandir yang hanya menang sorak tetapi kampung halaman dan negara terjual kepada pihak asing.
3. KAMI juga memberi amaran keras kepada pihak-pihak tertentu yang memainkan sentimen perkauman dan mempertikaikan HAK ISTIMEWA MELAYU sepertimana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN NEGARA agar jangan mencetuskan permusuhan antara kaum, antara agama dan antara budaya oleh kerana mereka menganggap kepimpinan Melayu lemah dan boleh diperdagangkan untuk memenuhi agenda perkauman mereka.
4. KAMI juga memberi amaran keras kepada para pemimpin Melayu, khasnya UMNO, agar mereka jangan menjadi pengkhianat BANGSA, AGAMA DAN TANAH AIR hanya kerana didorong oleh nafsu kekayaan kebendaan, kuasa yang dipinjamkan Allah, hingga melupai tanggungjawab mereka terhadap generasi Melayu akan datang.
5. KAMI menggesa seluruh umat Melayu yang menjadi para pejuang BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR tanpa mengira aliran politik agar memilih barisan pemimpin mereka yang terbaik dan bersih dari korupsi, berbagai skandal yang memalukan, yang berwibawa, berilmu dan berjiwa dinamik untuk menerajui kerajaan dan badan-badan amanah lainnya.
6. KAMI memberi peringatan dan teguran ikhlas bahawa UMNO mesti melakukan revolusi mental dan perombakan pemikiran yang dekaden, konservatif, materialistik yang melampau, anti ilmu, berpuak-puak, mementingkan diri, kaum keluarga dan para kroni hingga sanggup memperjudikan nasib BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR.
7. KAMI memberi amaran keras dan peringatan yang tulus ikhlas bahawa kepimpinan UMNO yang lemah, korup, rakus dan gila kuasa boleh menggerhanakan masa depan generasi muda Melayu dan rakyat yang telah memberikan sokongan mereka sejak 51 tahun UMNO memimpin kerajaan Malaysia.
8. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa agar jangan terlalu banyak berkompromi dengan golongan-golongan tertentu yang mempunyai agenda tertentu untuk melemahkan kepimpinan Melayu.
9. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa bahawa kelemahan kekuasaan politik Melayu akan membawa kehancuran dan penghapusan kuasa orang Melayu di bumi Malaysia yang bertuah ini.
10. KAMI menyeru dan menggesa rakyat Melayu bertindak proaktif dalam berbagai bidang kehidupan untuk menjamin kekuasaan politik Melayu tidak terhakis dan ketuanan Melayu dan Islam kekal subur selagi ada matahari dan bulan
11. KAMI merafak sembah memohon agar Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu mempertahankan kedaulatan baginda seperti mana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA dengan memberi sokongan moral kepada perjuangan umat Melayu dan Islam dalam berbagai lapangan hidup. Perlulah dihayati kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu akan berterusan sekiranya rakyat Melayu dan umat Islam memperjuang dan mempertahankan institusi Raja tersebut.
12. KAMI dengan penuh takzimnya memohon Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan kaum kerabat baginda agar jangan mengkhianati dan melakukan sesuatu tindakan yang boleh menjejaskan institusi Raja dan melukai perasaan umat Melayu yang mempertahankan institusi Raja selama ini.
13. KAMI juga menyeru kepada kerajaan agar melaksanakan KEADILAN dan TANGGUNGJAWAB sebagai pemerintah kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum memandangkan Malaysia negara majmuk.
14. KAMI ingin memberi peringatan kepada bukan Melayu agar berpegang teguh pada kontrak sosial dan PERLEMBAGAAN NEGARA demi menjaga keharmonian hubungan antara kaum serta kesejahteraan dan keamanan yang kita sama-sama mempertahankannya.
15. KAMI yakin dan percaya bahawa Kebebasan suara Rakyat dan amalan Demokrasi mestilah dipertahankan oleh kerana rakyat yang memberi mandat dan amanah kepada parti-parti politik tertentu untuk berkuasa. Oleh hal demikian KAMI akan bekerjasama dengan siapa saja, dan dari golongan mana sekali pun, demi memperjuangkan hak dan kebebasan Rakyat serta amalan Demokrasi di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Sabtu, 25 Oktober 2008

ILMU KEBAL HAKIKI

ILMU KEBAL (HAKIKI)
HANYA DENGAN 4 HURUF

HURUF YANG PERTAMA SAMA DENGAN HURUF YANG TERAKHIR DAN HURUF YANG DITENGAH JUGA DARI HURUF YANG SAMA
JAWAPANNYA IALAH:
TAAT
TAAT+6 R=KEBAL

6 RUKUN


1. TAAT KEPADA ALLAH

2. TAAT KEPADA RASUL

3. TAAT KEPADA IBU

4. TAAT KEPADA BAPA

5. TAAT KEPADA GURU

6. TAAT KEPADA PEMERINTAH


KEBAL HAKIKI:

Bukan setakat kebal kulitnya yang tak lut dengan sebarang senjata. Bukan setakat kebal tanah, kebal air, kebal api atau kebal angin yang akan lut oleh sembilu atau setelah memacakkan benda tajam ketanah dan sebagainya..

Kekebalannya tidak akan tewas dengan apa senjata sekalipun. Walaupun kayu balak ditumbukkan kerusuknya (rasuah), ia masih teguh jiwanya dengan ketaatannya kepada rukun taat yg enam itu.

Contoh klasik:
Saiyidina Bilal Bin Robah
: Walaupun dia diikat kemudian diletakkan di atas padang pasir yg membara di bawah mentari yg terik membahang, tidak cukup setakat itu, diletakkan pula batu yg besar di atas dadanya…… supaya meninggalkan agama Islam, dia tetap dengan keimanannya yang kukuh… seraya menyebut …Ahad…ahad…ahad. Begitulah kebal jiwanya dengan keimanan dan ketaqwaan.

Demikian juga dengan keluarga Yasir……
Sesungguhnya KEBAL HAKIKI tidak dapat diganggu gugat, diugut paksa, apatah lagi dijual beli. Hanya dengan memiliki kekebalan ini sahaja kita bisa terjauh dan terselamat dari segala ancaman khasnya dizaman pancaroba ini.

Oleh itu marilah kita perlengkapkan diri kita, keluarga kita, anak dan isteri kita khasnya dan mesyarakat kita semua amnya dengan KEBAL HAKIKI ini sehingga kita tidak akan mati kecuali dalam keislaman yg penuh ketaatan, keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

MACAMANA…..??? belajar mana!! dengan siapa??? bila???
Tepuk dada …. Tanya diri kita dalam memantapkan RUKUN KEBAL yang enam itu.

Khamis, 23 Oktober 2008

Rabu, 22 Oktober 2008

Bdk Giler

Baba tengah pasang komputer.Abis jahanam komputer orang beb.


3orang penjenayah dikehendaki.Lain yang disuruh lain yg di buek ek.Jahanam beb..


Yg ni pulak, org suh test kabel,dia g tenung kabel tu lama2 sampai mulut berasap-rasap.. Nasib baik xtebakaq seber tuh.


Yang ni lak orang suh wat wiring dia g tangkap ayam lak.Si baju kuning(org tua) dh nyanyuk kot.Osman kering!Muakaka!


Yang ni pomen nombor enam, xtelungkop jahanam...

Cina MCA bangang!

Tersentak seketika apabila mendengar ucapan Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai yang mencadangkan supaya diwujudkan Jawatan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional kedua.

Cadangan ini bermaksud MCA mahukan Timbalan Perdana Menteri kedua untuk mewakili Kaum Cina. Atas alasan cadangan ini bersandarkan kepada perubahan yang perlu dilakukan selepas keputusan PRU 12. Ini adalah satu cadangan yang tak masuk akal disebabkan MCA telah kalah teruk dalam PRU 12.

Tindakan Tiong Lai seolah-olah menyalahkan pihak lain yang menyebabkan kekalahan MCA tersebut.Untuk membawa perubahan dalam Barisan Nasional tidak perlu ada Jawatan Timbalan Pengerusi BN kedua ini kerana tidak sesuai dengan kewujudan Barisan Nasional yang telah sekian lama ditubuhkan.

Formula yang digunakan dari dahulu hingga kini masih releven. Lihatlah apa yang telah dikecapi oleh semua kaum yang ada di negara ini. Kaum cina telah diberi peluang yang seluasnya dalam ekonomi. Malah kaum cina juga merupakan pemain ekonomi yang utama dalam negara kita.

Kadang-kala kuasa menentukan harga barangan keperluan terletak pada tangan pemborong yang rata-ratanya dikuasai oleh kaum cina. Tidak ada sekatan dalam kebudayaan dan pendidikan mereka.

Jika hendak disenaraikan banyak lagi keistimewaan yang telah dinikmati oleh kaum bukan Melayu di negara ini. Malah peruntukan biasiswa untuk bumiputra dan bukan bumiputera juga telah dinaikan peratusnya.

Namun apabila orang Melayu menentang peratus kenaikan biasiswa tersebut, mereka pula yang dilabelkan sebagai perkauman. Bukan Melayu bercakap seolah2 'bodoh' tentang perlembagaan. Cakap tak serupa bikin.Mcm kambing!

Ahad, 19 Oktober 2008

Penjimat Petrol Guna "AIR"







HYDROGEN Fuel Industries (M) Sdn Bhd (HFI) menjadi syarikat tempatan pertama menghasilkan formula penjimatan bahan api sehingga 29 peratus dengan menggunakan air sebagai bahan bakar bersama-sama petrol.

Produk yang dikenali sebagai Hydrofuel itu dihasilkan selepas kajian awal dilakukan syarikat selama lima tahun iaitu dari 1997 hingga 2002 dan kemudian pada 2006, syarikat mengorak langkah mengkomersialkan produk berkenaan.

Presiden HFI, Dr Halim Ali, berkata Hydrofuel berfungsi menggunakan sistem teknologi air sebagai bahan bakar dan sesuai digunakan bagi kenderaan berkapasiti 2,000cc ke bawah. “Air dipecahkan menggunakan frekuensi tinggi dan dikongsi kegunaannya bersama-sama petrol ketika melalui injektor kereta. “Melalui sistem ini, pemilik kenderaan boleh menjimatkan penggunaan petrol sebanyak 29 peratus dan pada masa sama, membantu memelihara alam sekitar,” katanya ketika ditemui pada majlis pengenalan produk Hydrofuel dan MySmart Fuel Saver di Banting, Selangor, baru-baru ini.

Dr Halim berkata, Hydrofuel yang kini memasuki fasa terakhir akan dilancarkan di seluruh negara dalam tempoh sebulan hingga 45 hari lagi. “Ketika ini, produk ini sudah diuji pada beberapa kenderaan dan mendapati matlamat penjimatan minyak sehingga 29 peratus berjaya dicapai dengan prestasi enjin berada pada paras yang membanggakan,” katanya. Katanya, produk Hydrofuel yang dipasang pada enjin setiap kenderaan berkonsepkan mesra pengguna kerana ia mudah dipasang dan diselenggara tanpa perlu membabitkan banyak perubahan pada sistem enjin.

“Mereka hanya perlu memastikan bekalan air sentiasa mencukupi kerana apabila membeli produk ini, ia akan disertakan sekali dengan sebuah tong air berkapasiti lima liter yang boleh bertahan penggunaannya untuk perjalanan sehingga 2,000 kilometer. “Apabila air berkurangan, alat pengesan yang dipasang pada kenderaan itu akan memberi amaran supaya menambah air pada paras yang disyorkan,” katanya.

Mengenai pemasangan Hydrofuel, Dr Halim berkata, pemilik kenderaan hanya perlu meluangkan masa antara dua hingga tiga jam bagi memasang produk itu pada kenderaan masing-masing di ejen yang dilantik syarikat. “Bagi Hydrofuel, kami memberi jaminan selama dua tahun atau mencapai perjalanan sejauh 50,000 kilometer (km) atau yang mana terdahulu.

“Selain itu, produk ini perlu diselenggara apabila mencapai perjalanan sejauh 10,000km dengan alat pengesan yang akan memberi amaran kepada pemilik kenderaan apabila mencapai perjalanan sejauh 9,500km,” katanya. Selain Hydrofuel, katanya, HFI juga mengeluarkan satu lagi alat penjimatan minyak iaitu MySmart Fuel Saver yang mampu mengurangkan penggunaan minyak hingga 18 peratus.

Beliau berkata, produk Hydrofuel boleh diperoleh pada harga kira-kira RM1,300, manakala MySmart Fuel Saver boleh dibeli pada harga RM499. “Bagaimanapun, jika pemilik kenderaan mahukan penjimatan petrol hingga 50 peratus, mereka boleh mendapatkan pakej Hydrofuel bersama-sama MySmart Fuel Saver pada kadar RM2,300,” katanya.

Sabtu, 18 Oktober 2008

Laman ahli perjuangaN


BUAH 12










PERMAINAN BUAH






























































































































































































































Selamat belajar..
Nti lain kali lain lak...
-///-

Selasa, 14 Oktober 2008

ORANG JAWA

Suku Jawa adalah suku bangsa yang terbesar di Indonesia, dengan jumlahnya di sekitar 90 juta. Mereka berasal dari pulau Jawa dan menghuni khususnya di provinsi Jawa Tengah serta Jawa Timur tetapi di provinsi Jawa Barat, Banten dan tentu sahaja di Jakarta, mereka juga banyak ditemukan.
Bahasa
Sebahagian besar suku bangsa Jawa menuturkan bahasa Jawa sebagai bahasa percakapan harian. Sebuah tinjauan pendapat yang dijalankan oleh Majalah Tempo pada awal dekad 1990-an menunjukkan bahawa hanya sekitar 12% daripada orang-orang Jawa menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa pertuturan harian. Sekitar 18% menggunakan campuran bahasa Jawa dan bahasa Indonesia, dengan yang lain menuturkan bahasa Jawa sebagai bahasa utama mereka.

Contoh2 nama org jawa.

Bagi orang Jawa, kalimat Shakespeare tidak berlaku, karena dibalik nama-nama Jawa ada makna dan harapan dari orang tuanya,agar anaknya kelak bisa sesuai yang diharapkan…
Pandai menanam bunga, diberi nama Rosman.
Pandai memperbaiki mobil, diberi nama Karman.
Pandai dalam korespondensi, Suratman.
Gagah perkasa, Suparman.
Kuat dalam berjalan, Wakiman.
Ganteng dan manis, Legiman.
Ahli membuat kue, Paiman.
Pandai berdagang, Salman.
Pandai melukis, Saniman.

Keturunan-keturunan masyarakat Jawa berpendapat bahawa bahasa Jawa adalah bahasa yang sangat sopan dan mereka, khususnya orang-orang yang lebih tua, menghargai orang-orang yang menuturkan bahasa mereka. Bahasa Jawa juga sangat mempunyai erti yang luas.

Kepercayaan

Sebahagian besar orang Jawa menganuti agama Islam pada nama sahaja. Yang menganuti agama Kristian, Protestan dan Katolik juga banyak, termasuknya di kawasan luar bandar, dengan penganut agama Buddha dan Hindu juga ditemukan di kalangan masyarakat Jawa. Terdapat juga agama kepercayaan suku Jawa yang disebut sebagai agama Kejawen.

Kepercayaan ini pada dasarnya berdasarkan kepercayaan animisme dengan pengaruh agama Hindu-Buddha yang kuat. Masyarakat Jawa terkenal kerana sifat asimilasi kepercayaannya, dengan semua budaya luar diserap dan ditafsirkan mengikut nilai-nilai Jawa sehingga kepercayaan seseorang kadang kalanya menjadi kabur.

Pekerjaan

Di Indonesia, orang Jawa biasanya ditemukan dalam semua bidang, khususnya dalam perkhidmatan awam dan tentera. Secara tradisi, kebanyakan orang Jawa adalah petani. Ini adalah sebabkan oleh tanah gunung berapi yang subur di Jawa. Walaupun terdapat juga banyak usahawan Indonesia yang berjaya yang berasal daripada suku Jawa orang Jawa tidak begitu menonjol dalam bidang perniagaan dan perindustrian.

Di Malaysia orang jawa sudah maju.Pelbagai bidang ia menceburi seperti perniagaan,perindustrian,pendidikan, sektor swasta dan awam.Di Melaka majoriti besar orang jawa di PAYA DALAM kampung awek saya.Kebanyakkan orang jawa di sana berdarah campuran dengan melayu.Ini dikatakan praJawa(JaYu).Jgn marah ha...

Kesenian

Orang Jawa terkenal kerana kebudayaan seni yang sebahagian besarnya dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha, iaitu pementasan wayang. Repertoir cerita wayang atau lakonan sebahagian besarnya berdasarkan roman kesateriaan Ramayana dan Mahabharata. Walaupun demikian, terdapat juga pengaruh Islam serta Dunia Barat.

Stereotaip orang Jawa

Orang Jawa terkenal sebagai suku bangsa yang sopan dan halus, tetapi mereka juga terkenal sebagai suatu suku bangsa yang tertutup dan tidak mahu terus terang. Sifat ini konon berdasarkan sifat orang Jawa yang ingin memeliharakan keharmonian atau keserasian dan menghindari pertikaian. Oleh itu, mereka cenderung diam sahaja dan tidak membantah apabila tertimbulnya percanggahan pendapat. Salah satu kesan yang buruk daripada kecenderungan ini adalah bahawa mereka biasanya dengan mudah menyimpan dendam.
Orang suku Jawa juga mempunyai kecenderungan untuk membeza-bezakan masyarakat berdasarkan asal-usul dan kasta atau golongan sosial. Sifat seperti ini dikatakan merupakan sifat feudalisme yang berasal daripada ajaran-ajaran kebudayaan Hindu dan Jawa Kuno yang sudah diyakini secara turun-temurun oleh masyarakat Jawa sehingga sekarang.

Isnin, 13 Oktober 2008

Beza ketuanan Melayu dan ketuanan rakyat

KEBELAKANGAN ini sudah timbul polemik mengenai ketuanan Melayu. Saya tertanya-tanya, apakah salah dan hina ketuanan Melayu jika ia tidak pun menindas orang lain, apatah lagi merampas harta benda dan hak orang bukan Melayu sebagai penduduk negara ini.Jika isu ketuanan Melayu yang menjadi masalah kepada orang muda dari kaum Cina dan India, maka kita perlu menerangkan asas mengapa ketuanan Melayu itu menjadi salah satu perjuangan UMNO. Malahan sebahagian orang muda Melayu sendiri hari ini sudah tidak faham makna ketuanan Melayu.
Ketuanan Melayu bukanlah untuk menjadikan Melayu ini Tuan dan bukan Melayu sebagai Hamba. Sebaliknya Ketuanan Melayu bermaksud atau simbol kedudukan Sultan-Sultan Melayu sebagai tunggak negara yang menjaga kepentingan agama Islam, adat istiadat Melayu dan Bahasa Melayu.Sebab itu apabila para pemimpin kita dahulu memutuskan perjuangan mempertahankan ketuanan Melayu adalah untuk mempertahankan kedudukan kesultanan Melayu, agama Islam, adat istiadat orang Melayu dan Bahasa Melayu.

Hanya kerana generasi hari ini tidak memahami makna dan maksud ketuanan Melayu bukan bermakna ia tidak lagi relevan. Apakah hanya kerana ia dijadikan isu bagi menunjukkan UMNO sebuah parti perkauman, maka kita mahu lari dari tuduhan dengan menukar arah perjuangan kita.Tidak ada salah dengan kenyataan atau laungan mempertahankan ketuanan Melayu sekiranya kita memberi kefahaman yang tepat kepada orang ramai. Mempertahankan ketuanan Melayu merupakan mempertahankan asas-asas Perlembagaan Negara.

Apakah perlembagaan negara merupakan sebuah perlembagaan yang berunsur perkauman?Ketuanan Melayu tidak pernah menindas bangsa lain atau menjadikan bangsa lain sebagai hamba. Selama berpuluh tahun UMNO membawa perjuangan ketuanan Melayu tidak ada satu bangsa pun yang ditindas atau menjadi hamba.Saya melihat begitu ramai orang bukan Melayu yang menikmati kemajuan pesat negara, malah dalam banyak keadaan kaum bukan Melayu meraih kek ekonomi yang lebih besar berbanding orang Melayu.

Masalah kita hari ini, terdapat pemimpin UMNO sendiri tidak memahami erti ketuanan Melayu yang dilaung-laungkan. Ada yang merasakan mereka menjadi tuan sehingga lupa maksud asal ketuanan Melayu.TekananBagi memberi tekanan kepada UMNO, ada kumpulan tertentu yang memperkenalkan pula slogan ketuanan rakyat.

Apakah makna ketuanan rakyat tiada siapa yang tahu. Jika kita katakan ketuanan rakyat ini sebagai menjadikan rakyat sebagai tuan, apakah kita nampak ia dilakukan di negeri-negeri yang diperintah oleh kumpulan ini? Sehingga hari ini kita belum nampak rakyat menjadi tuan di negeri-negeri ini.Saya melihat ketuanan rakyat ini merupakan satu usaha meruntuhkan asas-asas Perlembagaan Malaysia yang kita pertahankan dalam perjuangan Ketuanan Melayu.

Apakah yang ingin diruntuhkan melalui slogan ketuanan rakyat? Pada hemat saya ketuanan rakyat ini akan cuba menjadikan negara ini sebagai sebuah negara republik. Perkara ini boleh berlaku bila mana institusi beraja akan dinafikan atau dicabar haknya dalam isu-isu agama Islam.

Sekarang ini sudah nampak usaha-usaha meletakkan Islam setaraf dengan agama-agama lain. Kuasa sultan-sultan juga sedang dicabar oleh mereka yang tidak pun terbabit dalam pentadbiran negeri dan negara. Mereka juga mendesak kerajaan agar merombak kuasa pelantikan hakim-hakim oleh Majlis Raja-raja Melayu.Apakah erti segala usaha mencabar segala struktur Perlembagaan ini? Apakah sudah wujud agenda untuk menjadikan negara ini sebagai republik melalui slogan ketuanan rakyat?


Bukankah idea-idea ini merupakan usaha mencabar kedudukan Raja-raja sebagai custodian agama Islam dan orang Melayu?Dengan runtuhnya sistem beraja, maka kedudukan agama Islam akan hanya setaraf dengan agama lain, hak-hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan juga akan turut terkubur bersama matinya sistem beraja di negara kita. Begitu juga nasib yang akan menimpa bahasa Melayu.
Ini semua akan berlaku dan jadilah negara kita sebagai sebuah negara republik yang tidak mempunyai agama rasmi, tidak mempunyai hak istimewa orang Melayu dan tidak mendaulatkan bangsa Melayu.Saya tidak tahu sama ada rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu akan membiarkan perkara ini terjadi. Sebenarnya perkara yang sama telah pun berlaku di negara jiran kita Singapura.

Orang Melayu mesti sedar apakah di sebalik gagasan idea ketuanan rakyat ini.Saya bimbang jika ini berlaku akan tercetus kejadian yang akan merosakkan hubungan harmoni di antara kaum yang telah terjalin hasil dari rundingan yang dilakukan di antara tiga kaum ketika merdeka.Jangan sudah terhantuk baru tergadah. Bangsa Melayu yang tergadai akan hilang pertimbangan dan pada ketika itu emosi akan mendepani perjuangan.
Tindakan yang akan diambil merupakan tindakan di luar jangkaan. Orang Melayu bila terus diasak sehingga tiada ruang untuk bergerak, mereka akan mengambil tindakan walaupun mungkin tidak akan menguntungkan negara.BelajarRakyat Malaysia perlu belajar daripada apa yang berlaku di negara Balkan seperti Bosnia, Serbia dan Croatia bila mana masalah kaum dan agama menjadi pemisah dan pencetus kepada peperangan.

Janganlah kerana kita memikirkan untung yang sedikit tetapi akhirnya rugi seumur hidup. Biarlah kita dilihat rugi sedikit hari ini tapi hidup aman hingga akhir hayat.Ideologi ketuanan rakyat akan membawa satu fenomena yang amat berbahaya kepada negara kita. Saya masih berpandangan orang Melayu tidak akan merelakan raja mereka dinafikan haknya, ketuanan Melayu tidak diberi tempat, agama Islam tidak menjadi agama rasmi negara lagi. Bagi orang Melayu Islam itu agama mereka dan mesti menjadi agama rasmi negara. Raja dijunjung demi mempertahankan agama Islam.

Khamis, 9 Oktober 2008

PENJIMAT ELEKTRIK rumah anda!


PENJIMAT ELEKTRIK
di rumah anda!
“Mengapa Bayar Lebih?
Tips Berjimat Setiap Bulan
Sehingga 5 Tahun.
Tak Perlu Ubahsuai,
Tak Perlu Technician,
Tak Perlu Maintenance,
Mudahnya...
Plug & On Sahaja!”
Rahsia Penjimatan
Dengan Kaedah Power Factor
Canggih, Mudah, Sah,
Selamat Dan Terbukti!



Real Power = 100 kW, Apparent Power = 142 kVA, Reactive Power= 100 kVAR
Real power adalah nilai tenaga yang dikira di dalam bil penggunaan semasa.


Power Factor= 100 / 142
= 0.70 atau 70%
Sebanyak 70% tenaga elektrik yang digunakan di rumah atau premis anda. 30% lagi tenaga tidak digunakan atau berlaku pembaziran!


Melalui Penggunaan Teknologi Power Saver;

Setiap unit Power Saver ini mengandungi kapasitor yang bertujuan untuk menambahkan tenaga.

Andaikan penambahan tenaga sebanyak 67kW dilakukan menggunakan kapasitor di dalam Power Saver ini, maka Apparent Power telah dikurangkan daripada 142 kVA kepada 105kVA,(seolah-olah kuda berada paling dekat dengan landasan) maka nilai Power Factor kini adalah:

Power Factor = 100 / 105

= 0.95 atau 95%

Hasilnya 95% tenaga elektrik yang anda terima digunakan secara optimum di rumah atau premis anda. Ini bermakna semakin kurang pembaziran yang terhasil kerana 95% adalah tenaga optimum.

Dengan itu ia menjadi semakin jimat! Iaitu hanya 5% sahaja pembaziran berbanding tidak menggunakan Power Saver.


Kalau Berminat Hubungi Saya :-

019-7299360 redzuan



Apakah Keistimewaan Alat Ini?


-Boleh menjimatkan antara 10-30%. Dalam sesetengah keadaan sehingga melebihi 30% bil elektrik.


-Mudah dipasang. Sama seperti perkakas elektrik lain, hanya plug terus pada soket. Dapat barang terus boleh guna.


-Boleh digunakan di tempat lain. Asalkan anda inginkan penjimatan selepas berpindah ke rumah baru! Jangan lupa bawa alat ini bersama.


-Tidak perlukan penyelenggaraan. Biarkan saja ia berfungsi dengan sendirinya.


-Selamat dan bertindak juga sebagai penstabil voltage tenaga elektrik. Ini penting untuk menjaga ketahanan barangan elektrik anda!


-Ketahanan produk sehingga 5 tahun. Anda akan jimat bertahun-tahun bukanya sebulan-dua! Semakin anda selesa semakin anda berjimat.


-Jaminan kualiti 12 bulan. Kad jaminan disertakan.


-Diuji oleh SIRIM.

-Penjimatan paling efektif adalah untuk alat-alat bermotor seperti aircond, peti sejuk, kipas angin, mesin basuh dan sebagainya termasuk lampu fluroscent. Alat-alat yang menggunakan konsep pemanasan (heating) seperti ketuhar, cerek elektrik, sterika, shower dan lain-lain adalah tidak efektif. Sehingga kini, belum ada teknologi alat penjimatan yang boleh menjimatkan penggunaan alat-alat pemanasan (heating).


-Mendapat pengiktirafan CE untuk model yang sama bagi pasaran Eropah. Bukannya mudah untuk memasuki pasaran Eropah yang mementingkan kualiti produk yang tinggi. Namun alat ini telah menembusi pasaran Eropah sehingg kini.


-Surat pengesahan dari JBE (Jabatan Bekalan Elektrik). Sekarang dikenali sebagai Suruhanjaya Tenaga (ST). Badan kerajaan yang paling penting memantau dan mendapat pengesahan sebelum penggunaan alat-alat elektrik di Malaysia. Dikategorikan sebagai barang bukan kawalan oleh ST.


-Produk pasaran eksport kini promosi untuk pasaran Malaysia. Masih ramai yang kehairanan dengan adanya alat seperti ini. Anda tidak perlu hairan kerana alat elektrik seperti penghawa dingin, peti sejuk dan lain-lain juga telah menggunakan teknologi penjimatan pada alatan mereka. Namun alat ini untuk mengawal keseluruhannya.


-Telah diguna pakai dan ujikaji selama lebih 5 tahun. Sejak tahun 2001 lagi telah berada dipasaran.


Masalah Replika Dato' Seri Anwar Ibrahim


Berdasarkan pandangan yang dipegang oleh al-Malikiyyah yang turut dipegang oleh Ibn Hamdan dari kalangan ulama al-Hanabilah, replika Anwar adalah dibenarkan oleh Syarak.
Ini kerana patung yang diharamkan oleh Syarak berdasarkan ijtihad fuqahak di atas adalah apabila mempunyai keseluruhan ciri-ciri dibawah:

Patung yang dibuat adalah berbayang (tiga dimensi). Ini dijelaskan oleh kata-kata Ibnu Hamdan yang merupakan salah seorang ulama daripada al-Hanabilah :


المراد بالصّورة أي : المحرّمة ما كان لها جسم مصنوع له طول وعرض وعمق


Sekiranya tidak mempunyai tiga dimensi, maka hukumnya tidaklah haram sebaliknya hanyalah makruh.


Patung yang mempunyai tiga dimensi tersebut adalah patung yang sempurna yang seandainya hidup, dia akan boleh hidup. Maka sekiranya patung 3 dimensi tersebut hanyalah kepala sahaja, atau kepala dan dada sahaja, atau patung tanpa kepala, maka hukumnya tidak sampai ke peringkat haram kerana tiada seorangpun yang mampu untuk hidup sekiranya dia hanya mempunyai kepala, atau hanya mempunyai kepala dan dada atau tidak mempunyai kepala.

Namun sekiranya patung tiga dimensi tersebut hanyalah tidak mempunyai tangan dan kaki contohnya, maka hukumnya adalah haram kerana manusia ataupun haiwan dapat hidup sekalipun tanpa tangan dan kaki.

Patung yang mempunyai 2 ciri di atas dibuat daripada benda yang kekal seperti kayu, batu, besi dan sebagainya. Sekiranya ia dibuat daripada benda yang tidak kekal seperti kulit buah tembikai, lilin, ulian tepung dan sebagainya, maka hukumnya adalah tidak haram.
Replika tersebut tidak mempunyai bayang. Bayang yang dimaksudkan di sini adalah berbentuk tiga dimensi. Ia hanyalah seperti lukisan manusia di atas kertas, tenunan di atas kain dan ukiran yang dipahat di atas batu ataupun kayu.

Walau bagaimanapun hukum replika Anwar adalah makruh disebabkan seluruh jasad Anwar digambarkan. Namun sekiranya replika Anwar hanyalah kepala sahaja ataupun bahagian-bahagian jasad yang sekiranya dianggap hidup, ia tidak akan mampu hidup, maka hukum makruh tadi akan hilang. Ini bermakna sekiranya gambar replika Anwar hanyalah gambar kepala hingga ke dada sahaja, hukumnya adalah tidak makruh di sisi mazhab al-Malikiyyah.


Replika Anuar Dalam Pandangan Mazhab Yang Lain

Dalam mazhab al-hanafiyyah, al-Shafieyyah dan al-Hanabilah, hukum membuat replika Anwar adalah haram sama sekali. Ini kerana berdasarkan dua mazhab ini, sebarang lukisan atau arca yang menggambarkan makhluk yang bernyawa adalah haram.



Kesimpulan:

1. Dalam masalah replika Anwar , para ulama berbeza pandangan dalam masalah ini. Maka adalah satu tindakan yang salah untuk kita memaksa manusia mengharamkan replika Anwar demi untuk meraikan khilaf fuqaha dalam berijtihad. Kaedah mengatakan:



الاجْتِهَادُ لاَ يُنْقَضُ بِالاجْتِهَادِ



2. Replika Anwar di sisi al-Malikiyyah tetap hukumnya makruh.

3. Masyarakat perlu dijelaskan bahawa dasar perjuangan bukanlah disebabkan individu. Perjuangan adalah dengan berdasarkan wahyu.
Rasulullah pernah bersabda:


أَلا إِنَّ رَحَى الإِسْلامِ دَائِرَةٌ فَدُورُوا مع الْكِتَابِ حَيْثُ دَارَ[1]



Sayyidina Ali pernah berkata:



لا تَعْرفِ الحقَّ بالرجال . اعْرِفِ الحقَّ تعرفُ أهلَه[2]



4. Tindakan mendewa-dewakan seseorang bukanlah satu sikap yang baik. Islam mengajar manusia agar bersikap adil terhadap menilai manusia. Sokongan terhadap seseorang hanyalah apabila kebenaran bersamanya. Allah Taala berfirman:


Hai orang - orang yang beriman , hendaklah kamu jadi orang - orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah swt. , menjadi saksi dengan adil . Dan janganlah sekali - kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum , mendorong kamu untuk berlaku tidak adil . Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan .
Al Maaidah . Ayat : 8


Cadangan Saya terhadap Dato' Seri Anwar.


Berkait isu replika ini , sebagaimana yang telah saya jelaskan diatas , ia termasuk dalam urusan khilaf dikalangan ulama' . Namun bagi pihak Dato' Seri Anwar demi mengelak berlakunya taasub dan mendewa - dewakan sesama manusia khasnya terhadap dirinya sendiri , beliau boleh menasihatkan agar orang - orangnya segera menurunkan replika beliau.


Justeru replika tersebut sangat berbeza dengan iklan atau gambar yang berada pada billboard. Pasti sahaja iklan - iklan tersebut biarpun besar saiznya tidak fokus kepada membesar dan memuliakan gambar orang tertentu melainkan fokus kepada suatu yang diklankan .


Tetapi replika Dato' Seri Anwar tidak merujuk kepada suatu yang lain melainkan kepada zat Dato' Seri Anwar sendiri . Saya juga tidak melihat keperluan lain replika itu didirikan sedemikian besar dan tingginya kecuali lahir dari rasa terlalu memuliakannya.


Lantaran itu saya cadangkan agar Dato' Seri Anwar sendiri meminta agar replika tersebut diturunkan sebelum gejala mendewa - dewakan pemimpin kian membarah dan akhirnya menyumbang kepada pemujaan yang merosakkan aqidah . So isunya buka replika tetapi kesan dari pemasangan replika tersebut , pula dibangunkan di Batu Caves.




Isnin, 6 Oktober 2008

Siapa Yang Mudah LUPA?

Bukan Melayu Mudah Lupa
Bukan Melayu mudah lupa
Bukan Melayu mudah lupa
Bukan Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya pendatang
Bukan Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya berhimpit dalam tongkang
Bukan Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hanya buruh lombong dan ladang
Bukan Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya tiada berharta
Bukan Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya menumpang tanah orang
Bukan Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya tidak diiktiraf
Bukan Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya tiada kerakyatan
Bukan Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya tiada kuasa
Bukan Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya tiada kedudukan
Bukan Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya mengharap ehsan Melayu
Bukan Melayu mudah lupa
Tiada hartaTiada kerakyatanTiada kuasa
Bukan Melayu mudah lupa
Bukan Melayu mudah lupa
Bukan Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya sebagai pendatang
Dari tanah asal mereka yang tidak aman
IngatlahIngatlahIngatlah
Wahai Bukan MelayuJangan mudah lupa lagi
Kerana menghargai pengorbanan Melayu, belum lagi selesai...
p/s: Ditujukan kepada puak pelampau bukan Melayu seperti Hindraf, Suqiu, beberapa individu dalam Majlis Peguam, pejuang IFC, Wee Meng Chee, Teresa Kok dan mereka yang seumpama dengannya.

Ahad, 5 Oktober 2008

HINDRAF PUN SAMA MANGKOK!


Sebenarnya pihak berkuasa sudah maklum lebih awal akan kedatangan Hindraf ke Rumah Terbuka di PWTC tempoh hari. Tapi kita faham bahawa kes Hindraf ini boleh menyebabkan pihak berkuasa serba salah.


Jika sesuatu tindakan diambil terhadap puak pelampau ini, maka pelbagai isu akan diperbesar-besarkan terutama oleh pihak pembangkang. Puak Hindraf ini akan cipta pelbagai alasan untuk memberi kewajaran atas segala tindakan mereka.

Contohnya, jika pihak berkuasa menahan puak Hindraf lebih awal sebelum sempat mereka datang ke majlis rumah terbuka tersebut, maka pembangkang akan kata..."Kerajaan tahan orang yang tak bersalah". Jika puak Hindraf dibenarkan hadir tetapi tidak dibenarkan menyertai majlis, maka pembangkang akan berkata..."Apa la punya zalim...orang nak datang beraya pun kerajaan tahan".


Jika puak Hindraf ini dibenarkan masuk menyertai orang ramai dan jika ditahan selepas selesai majlis, maka pembangkang akan kata "Kerajaan tahan orang yang mahu meraikan Aidilfitri bersama". Itulah antara alasan dan hujah yang akan diberikan oleh pembangkang jika sesuatu tindakan dikenakan terhadap puak pelampau Hindraf ini. Seboleh-bolehnya kerajaan akan ditonjolkan supaya tampak 'buruk' dan zalim.


Mereka akan menerima bulat-bulat hujah Hindraf bahawa mereka hadir atas semangat hari raya dan untuk bermaaf-maafan. Akhirnya yang jadi mangsa ialah pihak polis yang bertugas.

Apa yang puak pembangkang dan pelampau Hindraf ini gagal untuk faham ialah kewajaran tindakan mereka datang ke majlis orang, adakah perlu seperti ini;

1. Memakai t-shirt berlambangkan sesuatu dan pakai secara berkumpulan?

2. Memotong barisan orang lain yang beratur sejak lama untuk bersalaman dan mengambil makanan?

3. Buat kecoh di majlis tuan rumah?Kalau mereka guna alasan untuk meraikan hari raya dengan alasan rumah terbuka, itu adalah alasan paling 'budus' pernah di dengar.


Sebab? Orang yang pergi ke sesuatu majlis pasti akan berpakaian sesuai dengan majlis. Contohnya majlis hari raya, kita pasti akan memakai baju Melayu, baju kurung, baju batik, kemeja ataupun baju yang melambangkan budaya kaum masing-masing seperti cheongsam dan sari.


Bukannya dengan t-shirt berlambangkan anti ISA atau lambang-lambang yang menunjukkan seolah-olah ingin membuat demonstrasi. Kamu bukan datang rumah kawan-kawan atau sedara mara sendiri nak pakai sesuka hati. Lepas tu nak buat kecoh pulak. Sudahlah Hindraf ni satu pertubuhan haram yang tak berdaftar.

Cuba kalau orang Melayu datang majlis rumah terbuka Deepavali 'dressing' macam tu dan buat kecoh, apa agaknya perasaan kaum India? Kalau datang majlis kampung den 'dress up' dan buek kecoh macam tu, confirm orang kampung perambat lari tak cukup tanah.


Wahai puak Hindraf, orang India di Malaysia cuma 8 peratus dan tiada satu pun kawasan majoriti kaum India di Malaysia. Semua kawasan penempatan kamu di negara ini dikelilingi oleh orang-orang Melayu. Ingatlah bahawa kamu hanya seramai 1.8 juta orang sahaja berbanding kami yang melebihi 15 juta orang. Jangan cuba cabar kesabaran kami kerana sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu pantang dicabar!

Sabtu, 4 Oktober 2008

Ancaman Yahudi Terhadap Islam Menurut Al-Quran

1. Membunuh nabi-nabi dan pemimpin-pemimpin Islam tanpa alasan yang benar. (Al-Baqarah : 253; Ali-Imran : 21, 112, 181, 183)


2. Memulakan peperangan dengan memerangi dan menceroboh tanah orang-orang Islam dan mengusir mereka dari tanahnya. (Al-Baqarah : 190, 191; Al-Maidah : 78)


3. Sentiasa berusaha memerangi sehinggalah orang-orang Islam sendiri lupa kepada agama, murtad atau kembali menyokong mereka. (Al-Baqarah : 217 Al-Maidah : 64)


4. Menghalangi orang-orang Islam menggunakan masjid, berusaha meruntuhkan masjid dan memesongkan mereka dari menuruti jalan Allah. (Al-Baqarah : 114, 217; Ali-Imran : 99; An-Nisa : 160; At-Taubah : 34)


5. Menyebarkan fahaman dan pegangan berdasarkan logik akal mereka untuk menyesatkan pemikiran orang-orang Islam. (Al-Baqarah : 135; Ali-Imran : 69, 78)


6. Membeza-bezakan dan membanding-bandingkan agama dengan tujuan menganjurkan penyesatan, perpecahan dan permusuhan. (Al-Baqarah : 136)


7. Menyebarkan berita-berita palsu atau mengandungi fitnah untuk menegakkan kebenaran mereka. (Al-Baqarah : 140)


8. Melakukan fitnah dengan menimbulkan kekacauan, merampas harta, menyakiti dan mengganggu kebebasan beragama dan apa sahaja bentuk penganiayaan atau segala perbuatan yang dimaksudkan untuk menindas orang-orang Islam. (Al-Baqarah : 191, 217)


9. Suka bertindak memecah-belahkan perpaduan dan kasih-sayang dengan menggunakan perancangan dan pakatan jahat. (Al-Baqarah : 102)


10. Berkekalan berbalah, bermusuh, membenci dan mencari kesalahan orang-orang Islam. (Al-Baqarah : 137; Al-Maidah : 64)


11. Berusaha menggoncangkan iman orang-orang Islam dengan mulut yang manis dan tutur kata yang baik. (Al-Baqarah : 205; Ali-Imran : 73)


12. Menggunakan segala muslihat dan tipu-daya termasuk hasutan untuk mendatangkan mudarat, menimpakan bencana seterusnya menghancurkan Islam. (Ali-Imran : 54, 118, 120; Al-Mujadalah :8)


13. Menimbulkan kekeliruan dan kerosakan agar orang-orang Islam menentang perintah Allah. (Ali-Imran : 72; Al-Maidah : 64)


14. Mencari jalan agar orang-orang Islam taat kepada mereka untuk memudahkan pemesongan agama. (Ali-Imran : 100, 149)


15. Sentiasa menyakiti hati orang-orang Islam dengan mencela, mengejek dan menuduh tanpa asas. (Ali-Imran : 111; An-Nisa : 46)


16. Meletakkan orang-orang Islam dalam keadaan miskin agar orang-orang Islam kembali memohon simpati kepada mereka. (Ali-Imran : 181)