"Pelan bailout sebanyak USD 700 Billion untuk mengatasi krisis kewangan yang melanda Amerika Syarikat telah tidak dapat laluan di Congress semalam, 29 September 2008 dan akan dibentangkan semula pada Khamis, 2 Oktober ini.
Antara sebab utama krisis kewangan ini berlaku adalah tindakan ‘oil sheikhs’ Arab yang banyak menabung dan melabur di Amerika Syarikat mengalihkan wang simpanan mereka ke tempat lain setelah berlakunya peristiwa 911 yang dikuti oleh ‘war against terrorism’ yang sebenarnya adalah ‘war against Islam’ yang diistiharkan oleh Presiden Bush.
Sebelum peristiwa 911 dikatakan lebih kurang separuh dari wang yang ditabungkan dalam institusi kewangan Amerika Syarikat adalah duit orang-orang Arab - Arab oil sheikhs. Orang-orang Arab yang kaya itu juga bayak melabor dan membeli harta dan di anggap penting kepada property market di Amerika Syarikat.
Apabila berlaku peristiwa 911 diikuti dengan perang Iraq dan perang Afghanistan serta bermacam penganiayaan, fitnah serta diskriminasi terhadap umat Islam yang telah dilakukan oleh pentadbiran Bush dan rakyat Amerika umumnya, maka orang-orang Arab telah mengalihkan wang mereka dari Amerika Syarikat ke tempat lain terutamanya ke Dhubai secara beransur-ansur.
Mereka juga menjual kebanyakkan harta serta lain-lain asset yang mereka milekki di Amerika Syarikat. Oleh kerana layanan yang buruk terhadap orang-orang Islam telah berlaku sejak peristiwa 911, orang-orang Arab telah juga semakin kurang melancong ke Amerika Syarikat.
Tidak kedengaran langsung bahawa antara sebab utama timbulnya krisis kewangan ini adalah akibat dari ‘massive outflow of Arab and Islamic capital’ dalam tahun-tahun yang kebelakangan ini.
Memang dijangka pentadbiran Bush dan rakyat Amerika Syarikat tidak akan mengaku tentang wang umat Islam ini kerana mereka tidak mahu sebarang apa menghalang tujuan jahat mereka untuk terus memerangi Islam atas nama memerangi terrorisma. Lebih-lebih lagi mereka tidak mahu kelihatan sudah mula kalah dalam ‘war against Islam’.
Kita tunggu dan lihat detik-detik permulaan keruntuhan empayar Amerika Syarikat ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan