Jumaat, 26 September 2008

ISU FORUM MEMELUK ISLAM












Bangunan Majlis Peguam, Kuala Lumpur




ISU FORUM MEMELUK ISLAM








Saya setuju dengan saudara mengenai perlunya kita segera mengemaskinikan undang undang syariah yang nampaknya menjadi punca mereka yang berlainan agama untuk memprovokasi orang islam malaysia.




Namun, saya tetap tidak bersetuju mereka mengadakan forum sebegitu. Sepatutnya sekiranya mereka ikhlas untuk menyelesaikan masalah yang dibincangkan dalam forum ini, mereka berjumpa dengan pihak yang mempunyai kedudukan / kuasa berkaitan tentang perundangan syariah ini untuk membincangkan apa yang mereka rasakan ketidakadilan dalam sistem perundangan syariah tersebut. Bukanya cuba membakar api kebencian di kalangan bukan islam yang lain dengan mengadakan forum sebegini yang tentunya menimbulkan persepsi kepada setiap orang bukan islam dalam malaysia yang islam ini terlalu teruk.




Dengan cara yang mereka pilih ini (menganjurkan forum terbuka) sebenarnya mereka ingin memberi amaran kepada bukan islam yang sedang berkira - kira untuk memeluk islam tentang implikasinya dan seterusnya memburuk - burukkan islam dan sistemnya sendiri.




Manakala kepada mereka yang menguruskan sistem perundangan syariah nampaknya mereka telah gagal menangani masalah ini yang telah lama wujud.




Sekiranya selepas forum terbuka yang julung kali diadakan mengenai islam ini namun kementerian yang bertanggungjawab tidak segera mengambil langkah - langkah yang perlu, saya rasa mereka perlu meletakkan jawatan dan segera diganti oleh mereka yang lebih layak.




Tak perlu menunggu berulangnya peristiwa 13 mei 1969 barulah mereka rasa perlu melakukan sesuatu.




Manakala, di masa akan datang sekiranya ada lagi forum forum sebegini yang diadakan secara terbuka, tidak kira berkaiatan bangsa atau agama.




Saya akan hadir untuk menyertai sebarang rapat umum yang diadakan mana mana pihak untuk mempertahankan hak bangsa dan agama kita.




Brader Jinggo, pada saya matlamat tak menghalalkan cara.




Ada cara yang lebih baik dan halus untuk majlis peguam lakukan daripada melakukan forum terbuka sebegini. Saya faham perkara yang saudara timbulkan diatas namun saya tetap tidak bersetuju .



Isteri Haji Sulaiman, Dr Mehrun Siraj merayu supaya wakil2 yang naik menunjukkan akhlak Muslim yang sebenar. Macam mana orang nak hormati kita kalau kita tak menghormati orang lain.. Hj Sulaiman mengepalai kumpulan peguam yang membela Anwar Ibrahim dalam kes liwat terbaru dan merupakan bekas Presiden Majlis Peguam. Beliau juga seorang muaalaf. Dr Mehrun Siraj pula ialah seorang Pensyarah Kanan Undang2 , Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.

Siri foto hero GPMS yang hampir2 kena penumbuk wakil Majlis Peguam. Kalau kena lah masa itu, sudah tentu lagi huru hara keadaan

YB ZULKIFLI NORDIN ahli Parlimen Bandar Baru Kulim. Syabas dengan tindakan beliau. Saya dan kawan kawan yang lain sangat menghargai tindakan beliau seorang pemimpin yang beragama Islam.Pejuang begini lah kita mahu untuk menegakkan Agama Islam.TAKBIR!


Tiada ulasan: