Baca penuh di Dewan Budaya September 2008.
¶ 21.9.08 3 comments
20 September 2008
Politik Realisme Magis
DALAM bidang sastera, istilah realisme magis bukanlah sesuatu yang asing. Realisme magis adalah cantuman dua kata realisme dan magis. Menurut Sasterawan Negara Shahnon Ahmad, dalam sebuah esei sasteranya “Unsur Realisme Magis Melalui Konsep Pencerobohan dalam Karya-karya Awal Gabriel Garcia Marquez”, aliran realisme dalam langgam penceritaan sesebuah fiksyen sangat mementingkan pengalaman rasional, mementingkan logik dan wajar.Sedang dalam realisme-magis hal-hal waras tadi dicabuli dengan fantasi iaitu unsur luar biasa yang tidak berpijak pada bumi nyata; mitos iaitu kepercayaan rakyat berhubung pelbagai insiden atau peristiwa yang rapat dengan unsur-unsur ajaib; lagenda yang berkait dengan sejarah dan kurang aspek ajaibnya walaupun mempunyai sudut sensasi tersendiri. Apabila kedua-dua ini digabungkan iaitu logik dan aspek-aspek supernatural atau ajaib tadi, langgam penceritaan menjadi gembar-gembur, fantasi melimpah ruah, lari dari dunia nyata dan ia bertujuan melayan pesona akal pada hal-hal yang tidak rasional.Bagaimana jika kita meletakkan realisme magis dalam kerangka politik mutakhir? Bagaimana jika kita melihat seorang ahli politik memainkan perasaan dan emosi rakyat seperti mana seorang pengarang novel yang menggabungkan hal-hal waras dengan fantasi cabul luar biasa yang tidak berpijak pada bumi nyata (dalam istilah agama: khurafat, tahyul, dan bid’ah) dengan memanipulasi kepercayaan rakyat berhubung satu-satu insiden atau peristiwa, bagaimana agaknya?Umum beranggapan realisme magis dalam bidang seni muncul pada tahun 1925 di Eropah apabila pengkritik seni berbangsa Jerman, Franz Roh memperkenalkan istilah ini dalam tulisan Nach-Expressionismus: Magischer Realismus. Ia bertujuan untuk menonjolkan segala aspek pelik, magis dan misteri yang terdapat dalam realiti.Seorang penulis Cuba, Alejo Carpentier kemudian membincangkan istilah ini dan hubungannya dengan ‘marvellous American reality’ di dalam prolog novelnya El reino de este mundo. Pada Carpentier, realiti Amerika Latin berbeza dengan realiti diterima pakai oleh Eropah. Beliau memperkenalkan konsep lo real maravilloso atau marvellous realism.Beberapa pengkritik Spanish-American kemudian mendekati lagi konsep ini dan antara paling utama ialah Angel Flores. Walau apa pun penerimaan umum, perkara penting dalam konsep yang diperkenalkan oleh Carpentier ini ialah keajaiban dan kepelikan dalam realiti. Konsep lo real maravilloso ini membuka kepada perbincangan sekitar realisme-magis.Jika Carpentier merujuk kepada nilai budaya Afrika, dalam membina realisme magis. Bagaimana agaknya jika seorang ahli politik membina persepsi dan sentimen khalayak (baca: rakyat) dengan membaurkan rasional, cerita folk lore murahan, khabar angin perkauman yang dicapsirim oleh agamawan tunggangan (yang fatwanya selalu bertentangan) sebagai magiko-agama (magical-religous)?Tentu menarik bukan?Menurut Profesor Dr Ungku Maimunah Mohd Tahir, realisme-magis secara mudahnya adalah ‘satu teknik yang mengkabur atau menghapuskan sama sekali perbezaan antara fantasi dengan realiti’. Perkara ajaib, pelik, aneh diizinkan untuk bergaul dengan hal-hal logik dan waras sehingga tidak ditemui garis pemisah antaranya.Oleh kerana itu dunia politik tanahair yang real sengaja dibangkitkan dengan sumber-sumber supernatural atau keajaiban tanpa basis. Gabungan padu seperti kopi dengan susu sehingga tidak dilihat garis pemisahnya ini membekal keyakinan politik seorang tokoh untuk dirinya membentuk satu langgam penceritaan politik yang menjadi identiti jitu cita-citanya. Akibatnya, hal-hal yang palsu dan tidak masuk akal akan dipaksakan kepada peminat dan pendokongnya sebagai sesuatu yang munasabah. Bahkan difatwakan sebagai bermoral dan beretika oleh agamawan magiko-agama yang kian lupa apa yang real dan apa yang haq.Politik jenis ini, politik realisme magis ini sumbernya bukan al-Quran dan sunnah tentunya. Sumbernya ialah mitos dan lagenda. Mitos dan lagenda ini dipantakkan supaya orang percaya. Maka politikus yang mahir akan secara kreatif menggunakan mitos, lagenda dan mengadunnya dengan sedikit strategi politik untuk meyakinkan awam bahawa ia (strategi politik Machiavellinya) boleh benar-benar berlaku.Tetapi apakah mitos? Apakah lagenda?Mitos atau myth di dalam bahasa Inggeris berasal dari perkataan Greek, mythos yang membawa maksud ‘apa sahaja yang diceritakan’. Namun apa yang paling penting dari mitos ialah, cerita yang disampaikan itu tidak diketahui pengarang atau sumber asalnya, diturunkan secara mulut atau lisan dari satu generasi ke generasi. Karektor di dalam mitos antara lain adalah para dewa, bidadari dan raksaksa, tidak mengikut logik akal dan seolah-olah suatu mimpi, tetapi masih berdasarkan dunia realiti. Inilah definisi mitos menurut Anthony S. Mercatante dalam The Facts on File Encyclopedia of World Mythology and Legend:An anonymous traditional story, orally passed on from one generation to the next, believed to be literally true by the culture that produced it, about gods and goddesses, heroes, heroines and other real and fantastic creatures, taking place in primeval or remote times.Jelasnya mitos bukan setakat sebuah cerita yang penuh dengan dewa, tuhan, pahlawan dan makhluk-makhluk aneh tetapi paling penting ia dipercayai oleh masyarakat yang mendokongnya. Dan dalam konteks ini, mitos politik dapat menjadi sumber seuah politik realisme-magis.Robert Graves yang pernah mendalami mengenai mitos di dalam bukunya yang sering dirujuk, Larousse Encyclopedia Of Mythology, berkata, mitos memiliki dua fungsi apabila ia dicipta. Pertamanya untuk menjelaskan soalan-soalan pelik yang dikemukakan oleh kanak-kanak seperti siapakah pencipta bumi, bagaimanakah ia akan berakhir, siapakah manusia pertama dan sebagainya. Jawapan kepada soalan-soalan tersebut biasanya mestilah benar-benar grafik, bernada positif dan bertujuan untuk melayan khayalan kanak-kanak yang luas. Keduanya, bagi Graves, mitos tercipta bagi memenuhi keperluan dalam mewajarkan serta menjelaskan sistem-sistem sosial, adat dan peraturan masyarakat tradisional. Dalam kes ini, mitos politik berfungsi untuk memujuk rakyat yang kebetulan sedang linglung dan meraba-raba kerana kehilangan kepimpinan.Lagenda pula menurut S. Mercatante berasal dari perkataan Latin yang membawa maksud ‘menghimpunkan’. Beliau memberi definisi lagenda sebagai:An anonymous traditional tale, sometimes believed to be true, but not necessarily, orally passed on from one generation to another; having as its main characters some historical personages, but also fantastic elements such as dragons; taking place in historical times.Seperti mitos, lagenda tiada sumbernya atau tidak diketahui siapa pengarangnya, diturunkan generasi demi generasi secara lisan, tokoh-tokoh di dalam lagenda bahkan boleh menjadi tokoh yang benar-benar ada seperti tokoh sejarah dan ia bercampur pula dengan elemen-elemen ajaib seperti kehadiran naga dan sebagainya. Seorang ahli politik yang cekap dapat sahaja melagendakan dirinya sebagai perwira yang berjuang keras, difitnah oleh seekor ahli politik cemerkap yang digambarkan buasnya seperti naga.Herbert Spencer Robinson dan Knox Wilson pula dalam suatu ensiklopedia susunan mereka bersama, The Encyclopedia Of Myths And Legends Of All Nations, berpandangan yang lagenda boleh terus berlaku dan tercipta terutama kepada tokoh-tokoh sejarah agung. Robinson dan Knox memberi contoh bagaimana tokoh seperti Abraham Lincoln dan Napoleon terus mencipta lagenda tersendiri. Sanjungan berlebihan kepada sesuatu tokoh itu mungkin boleh menyebabkan munculnya ‘lagenda-lagenda baru’ ini. Bukanlah sesuatu yang mengejutkan unsur lagenda telah disandarkan kepada tokoh-tokoh bersejarah tertentu. Ia melibatkan tokoh seperti Che Guevera contohnya.Gabriel Garcia Marquez pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan yang banyak menggunakan mitos dalam karya-karya karangannya seperti One Hundred Years of Solitude ada mengatakan:But I realized that reality is also the myths of the common people, it is the beliefs, their legends; they are their everyday life and they affect their triumphs and failures. I realized that reality isn’t just the police that kill people, but also everything that forms part of the life of the common people. All of this must be incorporated.Apa yang cuba ditekankan oleh Marquez di sini adalah mitos bukan semestinya perlu sesuatu yang pelik serta ajaib semata-mata tetapi hal-hal biasa yang menjadi kelaziman dan diterima oleh masyarakat biasa.Politik Realisme Magis tentu sahaja tidak dapat diterima dalam kebenaran Islam. Islam mengajak kita kembali kepada sumber fundamental, al-Quran dan sunnah. Bukan mitos-politik, khurafat-politik, lagenda-tokoh yang disucikan sebagai Nabi Yusuf.Siasah 21-27 September 2008
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan