Jumaat, 3 Oktober 2008

Perjanjian Perlembagaan Persekutuan(HAK ORG MELAYU)



Biar aku terangkan dengan jelas kat sini bahawa Kontrak Sosial bukanlah semata-mata rekaan kerajaan tetapi ianya telah menjadi perjanjian yang dipersetujui oleh YTM Tunku Abdul Rahman yang mewakili orang Melayu dengan Tun Tan Cheng Lock dan Tun VT Sambathan yang mewakili orang bukan Melayu sebelum proses ke arah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dimulakan..

Di dalam perjanjian/persepakatan tersebut, orang Melayu dengan berat hati telah memberikan salah satu hak mereka iaitu taraf kerakyatan kepada orang bukan Melayu dengan syarat orang bukan Melayu tidak boleh mempertikaikan dan perlu akur dengan agama Islam sebagai agama Persekutuan, agama yang menjadi asas kemelayuan itu sendiri.

Mengikut Perkara 160(2) tiga kriteria utama untuk seseorang itu diktiraf Melayu adalah individu tersebut mestilah seorang penganut agama Islam, bertutur bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu.




Selain dari itu, Bahasa Melayu (bukan Bahasa Malaysia) sebagai bahasa kebangsaan tunggal negara. Peruntukkan ini diperkukuhkan lagi oleh Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.


Selain daripada fakta bahawa orang Melayu adalah penduduk majoriti negara ini asas utama yang mengukuhkan lagi konsep ketuanan Melayu di dalam sistem pemerintahan negara adalah Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan yang mewujudkan institusi Yang di- Pertuan Agong selaku Ketua Negara bagi Malaysia.Hak-hak keistimewaan orang- orang Melayu dan Bumiputera sebagai pribumi asal Tanah Melayu juga tidak boleh dipersoalkan kerana seandainya ketuanan Melayu ditolak maka secara tidak langsung ia bermakna mereka sebenarnya menolak legitimasi sistem Raja Berperlembagaan yang sedang kita amalkan hari ini.




Seandainya semua ini dipersoalkan, secara tidak langsung mereka turut mempersoalkan taraf kewarganegaraan mereka sendiri.Maka aku amat berharap kepada pemimpin-pemimpin yang ada pada hari ini agar mengambil tindakan kepada semua yang terlibat di dalam menganjurkan forum yang biadap ini.


Tolonglah dakwa orang-orang yang tidak sedar diuntung ini di bawah Akta Hasutan (OSA) kerana mereka ini telah mempersoalkan hak-hak keistimewaan orang Melayu itu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.Janganlah hanya sibuk dengan percaturan bagi pemilihan yang akan datang sahaja.




Mana-mana pemimpin Melayu yang kononnya hebat di dalam memperjuangkan perjuangan dan agenda Melayu serta agama Islam seharusnya berani ke depan mempertahankan maruah Melayu yang pada hari ini telah di usik dan dipersoalkan. Jangan hanya berdentum dentam seumpama tin kosong tetapi amat bacul apabila tiba masanya untuk bertindak dan mempertahankan hak......lu fikirlah sendiri.....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang Melayu tidak boleh lemah dalam menuntut hak dan mengembalikan maruah bangsa dan Islam.Bukan Melayu begitu hebat menuntut dan mendesak haknya dipenuhi walaupun mereka tahu haknya begitu terbatas. Tanpa disedari hak Melayu telah terungkai dan dicalar oleh yang mendesak.Masih tak apa ke...