Jumaat, 3 Oktober 2008

TERESA mangKOK (Tulisan Jawi)

Biar Saya Beritahu Anda Kenapa Tulisan Jawi Tercatat di Papan Tanda Jalan Tersebut

Sebagai seorang seniman yang tidak berpihak kepada GAPENA (kumpulan seniman yang menyokong parti pemerintah), juga PAKSI (kumpulan seniman yang menyokong gabungan parti pembangkang) saya berasa amat terkilan dan amat bersedih hati kerana sisa-sisa budaya Melayu-Islam yang sekelumit ini pun dipertikaikan.
Apakah sisa yang sedikit ini pun mahu disembelih, dikorban dan dipanggang?Biar saya beritahu anda kenapa tulisan Jawi tercatat di papan tanda jalan tersebut. Biar saya beritahu kalau anda tidak tahu sejarah (baca: buta).
Tulisan Jawi adalah salah satu tulisan terawal yang pernah ditemui di rantau ini. Tulisan ini diterima pakai dan berkembang pesat sejak zaman Kerajaan Islam Pasai yang kemudian digunakan pula oleh Kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M menunjukkan nilai sejarah tulisan ini, berbanding tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19.
Tulisan Jawi telah menjadi mangsa sekularisasi selepas kemerdekaan. Tahukah anda, semasa British memerintah pun tulisan Jawi masih merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia misalnya tertulis dalam abjad Jawi.
Jadi yang sakit hati sangat dengan tulisan Jawi kenapa? Tulisan Jawi telah lama wujud dalam tamadun di sekitar gugusan kepulauan melayu iaitu sekitar abad ke 10 Masehi atau 3 Hijrah.Tulisan inilah yang membangunkan tamadun melayu. Tulisan rumi hanya diterima meluas selepas perang dunia kedua sahaja.
Tulisan Jawi sudah ada 700 ratus tahun di sini. Tidakkah biadab namanya mempertikaikan budaya saya yang berusia selama itu?Kalau dulu tulisan Jawi diketepikan kerana sekularisasi pendidikan dan minda pemerintah, kini tulisan Jawi akan dipenjurukan lagi oleh pakatan liberal-pragmatik yang akan terus mempertikaikan sisa budaya Melayu-Islam yang masih ada.
Lebih menyedihkan hati saya, ada kumpulan tuan guru yang bersekutu bersama gerakan liberal-pragmatik ini. Bagaimana satu pihak Harakah memperjuangkan tulisan Jawi, satu pihak pula boleh pejam mata terhadap kawan sebantal yang menggunjing tulisan Jawi? Bukan, saya bukan bercakap mengenai politik.
Tak minat dah dengan politik kawanan anjing. Saya bercakap mengenai budaya Melayu-Islam saya yang dipertikaikan.Sekarang tahukah anda kenapa tulisan Jawi tercatit di papan tanda Jalan Taman Seputeh?
Memang mangkok la si teresa hanjing nie...!

Tiada ulasan: