Khamis, 2 Oktober 2008

Kita dapat subsidi minyak ke selama ni???


"Cuma nak kongsi pendapat pada semua...sebelum ini, harga minyak seperti berikut.


Sebelum 90 - RM 0.89

Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)

01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)

20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)

01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)

31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)

01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)

01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)

01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)

05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)

31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)

28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)

04/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)


boleh tak anda percaya bahawa pada 2006....dengan kadar ringgit malaysia bersamaan satu dolar adalah RM3.75...di masa itu minyak pada tahap USD65 atau bersamaan RM243.75


jika dibahagi dengan 159 liter harga nya adalah antara RM1.53 hingga RM1.60..tetapi pada masa itu kita mesti membayar dengan kadar RM 1.92 dengan jumlah subsidi yang kita sendiri pun tidak diberitahu secara tepat...dan kenapa tiada sesiapa pun di kalangan org kerajaan memberitahu rakyat malaysia tentang ini...adakah sememangnya kerajaan selama ini mengambil untung dari penjualan minyak dengan mewar2kan bahawa subsidi telah di bagi kepada rakyat...walhal sememangnya tiada langsung subsidi...ada tak siapa2 dari org kerajaan memberi penjelasan kepada kita rakyat malaysia tentang kemuskilan ini...

Tiada ulasan: