Sabtu, 25 Oktober 2008

ILMU KEBAL HAKIKI

ILMU KEBAL (HAKIKI)
HANYA DENGAN 4 HURUF

HURUF YANG PERTAMA SAMA DENGAN HURUF YANG TERAKHIR DAN HURUF YANG DITENGAH JUGA DARI HURUF YANG SAMA
JAWAPANNYA IALAH:
TAAT
TAAT+6 R=KEBAL

6 RUKUN


1. TAAT KEPADA ALLAH

2. TAAT KEPADA RASUL

3. TAAT KEPADA IBU

4. TAAT KEPADA BAPA

5. TAAT KEPADA GURU

6. TAAT KEPADA PEMERINTAH


KEBAL HAKIKI:

Bukan setakat kebal kulitnya yang tak lut dengan sebarang senjata. Bukan setakat kebal tanah, kebal air, kebal api atau kebal angin yang akan lut oleh sembilu atau setelah memacakkan benda tajam ketanah dan sebagainya..

Kekebalannya tidak akan tewas dengan apa senjata sekalipun. Walaupun kayu balak ditumbukkan kerusuknya (rasuah), ia masih teguh jiwanya dengan ketaatannya kepada rukun taat yg enam itu.

Contoh klasik:
Saiyidina Bilal Bin Robah
: Walaupun dia diikat kemudian diletakkan di atas padang pasir yg membara di bawah mentari yg terik membahang, tidak cukup setakat itu, diletakkan pula batu yg besar di atas dadanya…… supaya meninggalkan agama Islam, dia tetap dengan keimanannya yang kukuh… seraya menyebut …Ahad…ahad…ahad. Begitulah kebal jiwanya dengan keimanan dan ketaqwaan.

Demikian juga dengan keluarga Yasir……
Sesungguhnya KEBAL HAKIKI tidak dapat diganggu gugat, diugut paksa, apatah lagi dijual beli. Hanya dengan memiliki kekebalan ini sahaja kita bisa terjauh dan terselamat dari segala ancaman khasnya dizaman pancaroba ini.

Oleh itu marilah kita perlengkapkan diri kita, keluarga kita, anak dan isteri kita khasnya dan mesyarakat kita semua amnya dengan KEBAL HAKIKI ini sehingga kita tidak akan mati kecuali dalam keislaman yg penuh ketaatan, keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

MACAMANA…..??? belajar mana!! dengan siapa??? bila???
Tepuk dada …. Tanya diri kita dalam memantapkan RUKUN KEBAL yang enam itu.

Tiada ulasan: