Sabtu, 24 Oktober 2009

2 Tok GURU

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Haji Hadi adalah nama besar didalam kepimpinan PAS sekarang.
TG Nik Aziz memegang jawatan Mursyidul Am, satu jawatan lebih mirip kepada Penasihat atau Pemantau Dasar. Jawatan Mursyidul Am adalah dilantik oleh Majlis Syura PAS.

Manakala TG Haji Hadi pula sebagai Presiden, jawatan yang dipertandingkan dalam Muktamar Agung PAS.

Lebih menarik, mereka berdua tinggal berjiran, Kelantan dan Terengganu dimana kedua negeri PAS pernah memerintah. Cuma bezanya PAS hingga kini masih memegang tampuk pemerintahan di Kelantan manakala Terengganu tumbang pada PRU 11 2004.
Dari segi umur, TG Nik Aziz lebih tua dari TG Haji Hadi lebih kurang 15 tahun.

Melihat cara berfikir keduanya, masing-masing mempunyai pendekatan yang berbeza. Ini barangkali berdasarkan cara mereka berdua mendapat tarbiyyah dan pendidikan di luar negeri.

Walaupun keduanya tempat terakhir destinasi pendidikan di Al Azhar Mesir tetapi tempat menimba ilmu sebelum Al Azhar adalah berbeza.

TG Nik Aziz habiskan masa belajarnya di India selama 11 tahun. Belajar melalui sistem Deobandi. Satu sistem ala pondok di negara kita tetapi ilmunya lebih terjurus kepada ilmu Hadis, tasawuf dan mantiq. Beliau tentu dapat pengalaman dan pengajaran yang banyak dari Syekhul Hadis. Juga dapat belajar ilmu kehidupan melalui penggamatan kehidupan masyarakat India.

Manakala TG Haji Hadi pula sebelum ke Mesir, beliau mendapat didikan dari Bumi Rasulullah, Madinah selama 4 tahun. Tentulah penekanan lebih kepada soal aqidah dan haraki. Boleh dikatakan beliau adalah antara kader-kader yang mendapat tarbiyyah langsung dari Ikhwanul Muslimin samada semasa di Saudi maupun di Mesir. Hingga kini beliau masih berhubung dengan rakan-rakan perjuangan Ikhwanul Muslimin di luar negara.

Kini PAS di bawah "pemerintahan" mereka berdua. TG Nik Aziz terkenal dengan ilmu mantiqnya yang berbisa dan tinggi. TG Haji Hadi pula terkenal kepakaran dengan ilmu harakinya. Dengan gabungan ilmu mereka berdua dan sokongan dan dokongan saf pimpinan inilah yang menjana PAS ke peringkat kemuncak kini.

Soal terdapat percanggahan pendapat antara mereka berdua, itu soal biasa. Dengan ilmu mereka berdua, berkelayakkan membuat ijtihad. Betul dapat 2 pahala, salah pula 1 pahala.

Mengenang kembali kisah Abu Bakar dan Umar, dua orang Sahabat Rasulullah yang dijamin masuk syurga. Mereka juga ada khilaf dalam satu-satu isu. Seperti :

a) Hukuman keatas tawanan perang Badar. Pendapat Abu Bakar dilihat berperikemanusiaan manakala Umar agak keras. Tetapi pendapat Umar mendapat dibenarkan oleh Allah Taala.
Rasulullah umpamakan Abu Bakar selembut Nabi Ibrahim manakala Umar setegas Nabi Nuh ketika hadapi karenah umatnya.
b) Hukuman keatas orang murtad selepas kewafatan Rasulullah. Umar lebih bersikap lembut dan diplomasi. Abu Bakar pula memutuskan hukuman keras keatas riddah dengan menghantar bala tentera. Umar setuju dan hormati dengan keputusan Abu Bakar kerana beliau adalah Khalifah dan senioriti dalam Islam.

Begitulah hebatnya Abu Bakar dan Umar. Gabungan keduanya menyebabkan Kuasa Besar Dunia Rom dan Parsi jatuh ketangan pihak Islam pimpinan mereka berdua. Kini mereka berdua telah tiada.

Gabungan ilmu, pemikiran dan tarbiyyah TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi sewajarnya menggerunkan pihak sekular di Malaysia khususnya UMNO/BN,PKR,DAP. Begitu juga Kuasa Kuffar di luar negeri.
Mereka melihat iklim politik Malaysia dengan penuh cemas setelah PRU 12 dan jatuhnnya beberapa negeri ke tangan PR, dengan PAS menjadi MB di 3 buah negeri Kelantan,Kedah dan Perak serta sokongan rakyat terutamanya Cina dan India terhadap PAS.

Pihak Kuffar juga melihat regu TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi adalah satu regu yang memberi ancaman kepada politik sekular mereka.
Melihat senario hari ini yang melanda PAS selepas PRU 12, tidak mustahil ianya satu perancangan dan muslihat golongan sekular samada UMNO,PKR,DAP maupun Amerika untuk melihat PAS berpecah.
Strategi mereka nampak berhasil. Bermula dengan insiden-insiden yang berlaku sebelum dan selepas Muktamar. Tidak mustahil pihak "ejen-ejen" mereka telah menyusup masuk ke dalam PAS untuk mencetuskan pepecahan dalaman PAS tanpa TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi menyedarinya.

Lihatlah kisah bagaimana pihak Munafik pimpinan Abdullah bin Ubai memanupulasikan 2 peristiwa semasa perjalanan pulang Rasulullah dan tenteranya dari Ghazwah Bani Mustaliq. Peristiwa perebutan air dan fitnah terhadap Ummu Mukminin Aisyah.

Isu Kerajaan Perpaduan, kem Erdagon, Hasan Ali, perebutan Timbalan Presiden dan terkini EGM adalah rantaian hasil kerja "ejen-ejen" munafikin. Semuanya mempunyai satu target sahaja. Iaitu agar regu TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi berpecah. Itu sahaja !
Malangnya kita tidak punyai Huzaifah Al Yaman untuk mengenali "ejen-ejen" ini !

Khamis, 22 Oktober 2009

Pas For All vs DAP For?

PAS for All.
DAP baru merangkak buka cawangan Melayu.

PAS ada ADUN berbangsa Cina.
DAP tak ada ADUN berbangsa Melayu.

PAS bukan sahaja melindungi masjid dari diroboh tetapi turut berusaha melindungi kuil dari menerima nasib yang sama.

DAP lebih berminat (dan berjuang bermati-matian) untuk melindungi penjualan arak dan tempat penyembelihan babi dan tidak berbuat apa-apa bila masjid dirobohkan.

PAS tidak mempersoalkan Malaysian Malaysia (sebab pernah menyaksikan sendiri orang Melayu dan negeri Melayu didiskriminasikan hanya kerana berbeza fahaman politik).
Pendirian DAP mengenai Negara Islam adalah jelas, terang lagi nyata.

PAS tidak pernah putus asa membina jambatan dengan masyarakat bukan Islam (seperti menubuhkan Majlis Perundangan Komuniti) walaupun kalah pilihanraya ke tahap hanya tinggal 2 kerusi parlimen.

DAP pernah terus putus asa membina jambatan dengan masyarakat Islam (sampai ke tahap keluar Barisan Alternatif) bila pimpinan tertinggi mereka tidak menjadi ahli parlimen walaupun mendapat 10 kerusi parlimen.

PAS dengan mudahnya memperjelaskan konsep Malaysian Malaysia kepada para penyokong mereka.

Bagaimanakah (ataupun adakah) DAP memperjelaskan konsep Negara Islam kepada penyokong mereka?

Banyak lagi kita boleh komen pasal DAP seperti 'kenapa tak perjuangkan makanan vegetarian di kantin-kantin sekolah' atau 'kalau ikut agama korang semua benda boleh buat ke?' etc yang patut mereka jawab. Pada masa yang sama, kita boleh minta DAP supaya berkongsi propaganda yang disebarkan MCA dalam usaha menyebarkan Islamophobia di kalangan masyarakat Cina di Malaysia, dan PAS akan menjawab fitnah tersebut dan jawapan itu turut digunapakai oleh DAP.

Selasa, 20 Oktober 2009

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Bukan Melayu Ingat Nie!

Posted by Daeng Danial at 3:51 PM

"Saya dikecam hebat, apabila salah satu laman blog menyiarkan semula artikel saya minggu lalu dalam Mingguan Malaysia, bertajuk ‘Nasib Melayu di Bumi Melayu’.Saya dituduh sebagai penulis upahan UMNO, lupa asal usul diri, lebih Melayu daripada Melayu, Cina tidak sedar diri, rasis dan berbagai kecaman dilemparkan oleh golongan ultra kiasu ini.

Saya mengucapkan terima kasih atas yang respon yang telah disampaikan. Saya tidak berhasrat untuk memberikan respon, kerana saya malas melayan idea-idea picisan yang menyerang peribadi dan tidak langsung menampakkan bahawa mereka ini seorang yang profesional.

Orang sebegini tidak selayaknya untuk dilayan, biarlah mereka terjun dengan labu-labunya.Lagipun saya tidak pasti sama ada mereka faham atau tidak, artikel yang saya tulis dalam bahasa Melayu, atau mungkin juga mereka lebih memahami bahasa Inggeris atau bahasa ibunda, daripada memahami bahasa kebangsaan itu sendiri sehingga mereka tidak faham apa yang saya maksudkan.

Begitu juga dengan akhbar Cina, China Press dan Nanyang Siang Pau berniat jahat dengan secara sengaja memaparkan sebahagian kecil artikel saya berkaitan Beng Hock, mengenai anak luar nikah yang dikandung oleh teman wanitanya.

Sedangkan simpati dan pembelaan saya terhadap mendiang tidak disiarkan langsung.Ini menunjukkan betapa rasisnya akhbar Cina.

Saya dituntut oleh keluarga mendiang untuk meminta maaf.Terus terang, saya tidak perlu meminta maaf kerana saya berkata yang benar.Bersekedudukan sebelum nikah adalah haram di sisi agama apa sekalipun.

Kenapa agama Islam sahaja yang dipersoalkan, adakah agama lain menghalalkan perbuatan sedemikian?

Sebelum memeluk Islam, saya dahulunya pernah menganut agama Buddha dan Kristian.Kedua-dua agama ini mengharamkan sama sekali bersekedudukan sebelum nikah.Persoalan sama ada mereka yang melakukan perbuatan sedemikian akan bertanggungjawab atau tidak, itu tidak berbangkit.

Apakah kita mahu menghalalkan perkara ini sehingga menjadi budaya masyarakat kita?Apakah kita mahu ia turut berlaku kepada anak atau adik-beradik kita?

Justeru, bila saya menulis, saya selalu meletakkan diri saya sebagai rakyat Malaysia atau bangsa Malaysia , bukannya orang Cina.

Ini bertujuan supaya pandangan saya tidak berat sebelah atau bias.Jika orang Islam melakukan kesalahan saya akan tegur, begitu juga yang lain.Adakah kerana hanya saya berbangsa Cina, maka saya patut selindungkan sesuatu keburukan yang berlaku pada bangsa saya?Sudah tentu tidak kerana saya perlu berkata benar.

Jika orang Cina baik, saya akan puji sebab itu kenyataan.Begitulah sebaliknya, jika ada kelemahan, kita terpaksa terima walaupun pahit.Pada saya, hujah yang dikemukakan mesti dibalas dengan hujah berasaskan fakta dan ilmu, bukan menyerangkan peribadi.

Untuk makluman semua, saya mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang politik dan kerajaan.Tajuk tesis saya berkaitan dengan ‘persepsi orang Cina terhadap gerakan politik UMNO’.

Hujah yang saya lontar itu adalah datang daripada dapatan sebahagian kecil kajian yang dibuat terhadap politik silang budaya kedua kaum ini secara kuantitatif dan kualitatif.

Apakah saya tidak layak untuk memperjelaskan isu ini? Apakah yang berkokok itu pernah membuat kajian atau sekadar emosi yang menghantui diri sehingga tidak sedar diri?Itupun nasib baik saya tidak ada rekod-rekod yang buruk sebelum ini seperti ahli politik dan penulis yang lain.

Jika tidak, semua peribadi buruk akan diungkit dan digunakan sebagai senjata untuk mengecam saya.Inilah budaya perkauman dan budaya ‘pandir’ yang telah dicanangkan sejak sekian lama, terutama apabila kerajaan gagal mendidik mereka memahami sejarah sehingga menjadi manusia yang tidak mengenang budi ini.
Malah mereka menjadi semakin ultra kiasu dan tidak mahu menerima hakikat yang sebenar.Saya hanya cuba mengatakan yang benar.Saya tidak mendapat satu sen daripada UMNO apabila artikel tersebut disiarkan.

Begitu jua saya tidak mendapat satu sen pun wang zakat setelah 24 tahun memeluk Islam.Saya tidak ada banglo mewah, kereta mewah dan lain-lain kemewahan.Saya bersyukur dan bahagia dengan apa yang ada, hidup sebagai rakyat biasa.

Malangnya, bila ada komen saya menyebelahi kerajaan/UMNO saya akan dituduh bermacam-macam.Bila idea saya menyebelahi pembangkang, saya akan dipuji melambung.Saya bukanlah dalam kategori yang mudah lupa diri bila dipuji.

Saya sentiasa memuhasabah diri apabila dikeji. Sifat ini perlu ada pada semua manusia.Saya menulis atas kebenaran.Saya adalah kalangan orang Cina yang celik sejarah dan celik perlembagaan.

Saya tahu asal usul saya.

Saya bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang saya tulis sama ada di dunia mahupun di akhirat. Saya tidak fikir tulisan sedemikian rupa akan menyebabkan Allah SWT mencampakkan saya ke dalam neraka, berbanding mereka yang selalu mengumpat dan menyerang peribadi orang tidak sudah-sudah.

Saya menulis apa yang benar, apa yang salah. Saya tidak menuding jari terhadap siapa yang benar atau siapa yang salah.Saya tidak ada masalah untuk bersemuka dengan sesiapa sahaja untuk berhujah secara ilmiah dan akademik, bukan berasaskan sentimen, politik sempit dan jumud.

Janganlah jadi pengecut, melepaskan geram yang menampakkan kebodohan diri sendiri.Janganlah terlampau ultra kiasu kepada kaum sendiri.Tindakan ekstrem tidak akan mendatangkan kebaikan kepada semua pihak.

Malah akan mengusutkan lagi sesuatu yang telah kusut.Terus terang saya katakan, setelah membanding Malaysia dengan negara-negara lain di dunia, ternyata Malaysia adalah sebuah lain dari yang lain. Amat unik dan toleransinya amat tinggi, terutama kalangan orang Melayu.

Selaku rakyat berbangsa Cina, saya amat berasa bertuah hidup di bumi bertuah ini.Orang Cina (juga India ) bernasib baik kerana kerajaan Malaysia sejak sebelum dan selepas merdeka, tidak banyak berusaha sama sekali mengasimilasikan mereka walaupun kerajaan berhak melakukannya terhadap mereka yang berhijrah.

Mereka adalah seperti orang Cina seadanya seperti mereka di negeri China . Bersekolah, berbudaya, bertutur dan semua cara hidup berasaskan keCinaan (atau keIndiaan). Mana ada negara di dunia seperti ini?Berbanding dengan negara lain, seperti Thailand dan Indonesia serta lain-lain negara dunia, mereka yang berhijrah mesti diasimilasikan dahulu sebelum menjadi warga negara di sana .

Kita lihat di Thailand , pada tahun 1930an semua identiti kaum Cina dihapuskan termasuk meroboh semua sekolah Cina.Hari ini, orang Cina di Thailand sudah tidak seperti orang Cina. Mereka telah diasimilasikan menjadi orang Thai ( Siam ).Tidak ada beza antara orang Thai dan orang Cina. Cina yang sudah tidak ada semangat Cina.

Malah mereka tidak ada keinginan langsung untuk pergi ke negeri China . Begitu juga di Indonesia . Banyak lagi contoh lain yang boleh saya ketengahkan.

Ini yang menjadikan saya sedar diri dan bersyukur.Berbeza dengan di Malaysia , sudahlah namanya bertukar daripada Tanah Melayu kepada Malaysia , keadaan masih tidak banyak berubah.Orang Cina tetap dengan keCinaan mereka.

Lebih menyedihkan ada di kalangan mereka (ramai) tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik.Mereka langsung tidak mahu diasimilasikan. Mereka tidak mahu ambil tahu langsung tentang adat budaya Melayu.

Malah, mereka malu berbahasa Melayu sebab mereka memandang rendah pada orang Melayu.Istilah-istilah yang digunakan terhadap orang Melayupun istilah-istilah menghina yang tidak perlu saya tulis di sini, kerana sebagai orang Cina saya tahu apa yang berlaku.

Justeru, dapatan kajian saya tidak mengejut, orang Cina akan berjuang habis-habisan sebarang percubaan untuk mengasimilasikan mereka dan percubaan untuk menyeragamkan sistem pendidikan kepada satu sekolah.

Pendek kata, hidup mati orang Cina adalah dengan sekolah Cina dan semangat keCinaan mereka.Saya merasa bersyukur kerana dilahirkan di kampung Melayu, tetapi dibesarkan dalam keluarga yang begitu kuat berpegang kepada tradisi Cina.Alhamdulillah, saya dapat memahami orang Melayu dengan lebih mendalam melalui pergaulan.

Begitu juga dengan sahabat-sahabat saya yang lain. Saya tahu sensitiviti orang Melayu dan cara hidup Melayu.Latar belakang sebegini, tidak semestinya menjadikan saya orang Melayu, kerana saya adalah orang Cina yang dijadikan Allah SWT, darahnya tetap darah Cina.

Jika saya ditakdir lahir di kawasan orang Cina, saya fikir saya tidak banyak berubah, sebab saya celik sejarah, celik perlembagaan serta sedar diri. Pokoknya, kita mesti sedar diri dan memahami sejarah negara.

Sejarah Malaysia adalah berakarkan kepada Sejarah Melayu. Malaysia tidak boleh dipisahkan dengan bangsa Melayu. Sejarah inilah yang tidak dapat dipisahkan juga dengan istilah ketuanan Islam dan ketuanan Melayu.Saya bukanlah menyokong ketuanan Melayu.

Tetapi jika istilah ini digunakan untuk menunjukkan bahawa penduduk Melayu adalah pribumi asal, pada saya ia tidak salah sepertimana yang pernah ditegaskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ketuanan Melayu bukanlah merujuk kepada hubungan antara ‘tuan’ dan ‘hamba’. Saya tidak fikir istilah ketuanan Melayu akan digunakan jika sekiranya nama Malaysia kekal seperti nama asalnya dahulu iaitu Tanah Melayu.Nama Malaysia tidak menampakkan identiti Melayu. Dengan sebab itu, istilah ketuanan Melayu digunakan.

Justeru, tidak salah penggunaan istilah ini jika dengan maksud dan tujuan yang baik dan bukan menghina bangsa lain.

Pada hemat saya, jika istilah ketuanan Melayu hanya digunakan untuk merujuk kepada sejarah Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan raja-raja Melayu dan hak-hak istimewa Melayu dan Islam yang termaktub dalam perlembagaan dan sebagainya berkaitan dengan Melayu, saya fikir itu tidak salah.

Identiti ini sekadar hendak menunjukkan bahawa inilah keadaan Malaysia yang sebenar, sebelum dan selepas merdeka.Apa yang penting perlaksanaan dasar mesti tidak mendiskriminasikan semua kaum yang ada di negara ini.

Jika ada pun diskriminasi atau ketidakadilan yang berlaku, yang patut dipersalahkan mereka yang melaksanakan dasar, bukannya menolak sesuatu dasar yang telah dipersetujui bersama. Adakah saya rasis apabila memperkatakan perkara ini?

Saya masih teringat apabila Teresa Kok dilantik menjadi exco kerajaan negeri Selangor, perkara pertama yang beliau ucapkan adalah idea untuk mewujudkan sebuah bandar Cina di mana di situ ada kawasan perindustrian Cina dan institusi pengajian Cina untuk menarik pelabur-pelabur daripada negara China.

Apakah idea ini tidak rasis?

Adakah saya yang membangkitkan isu ini rasis? Bila saya membela Cina tidak rasis, bila mana saya membela Melayu dan Islam, saya dituduh rasis.Jangan jadi seperti gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang laut nampak begitu jelas.Bila isu menyebelahi Cina atau India, kita senyap. Bila isu menyebelahi Melayu, bagaikan nak runtuh satu Malaysia ?

Apakah politik sebegini tidak rasis?Saya harap kita jangan bertindak seperti kacang lupakan kulit.Tolak ansur yang berjalan selama ini tidak ada tolok bandingnya.Saya masih tidak lupa, ketika segelintir pertubuhan Cina mahu mendirikan tugu Tentera Rakyat Malaya Anti-Jepun atau Malayan People’s Anti- Japanese Army (MPAJA) di Taman Peringatan Nilai, sebagai memperingati pejuang-pejuang Cina yang gugur menentang Jepun ketika penjajahan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945.

Tugu tersebut telah didirikan atas alasan memperingati mereka yang telah terkorban mempertahankan kemerdekaan Tanah Melayu.

Fakta ini salah dan menyeleweng.Ketika tugu ini sedang didirikan, beberapa pertubuhan Melayu dan juga bukan Melayu yang memahami sejarah (lihat artikel saya dalam Utusan Malaysia 26.12.2006), mahukan fakta sejarah tersebut diperbetulkan dan tugu tersebut tidak dibina.Mereka bukan pejuang kemerdekaan tetapi mereka bersekongkol dengan Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menentang Jepun.

Ini disebabkan oleh sejarah politik/perang/ permusuhan antara Jepun-China pada tahun 1894, 1895 dan 1937. Jepun dan China saling berperang dan berdendam antara satu sama lain.Penentangan Cina terhadap Jepun dan penganiayaan Jepun terhadap orang Cina, lebih kepada isu membalas dendam bukannya perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu.MPAJA adalah alat PKM.

Justeru, kita lihat apabila Jepun meninggalkan Tanah Melayu, PKM mempunyai cita-cita tinggi untuk memerintah Tanah Melayu.

Pada masa sama sebelum itu, MPAJA diperalatkan British untuk menentang Jepun. Dalam hal ini, tidak timbul langsung isu MPAJA memperjuangkan kemerdekaan tanah air.

Jikapun benar, kenapa MPAJA tidak menentang Malayan Union yang diperkenalkan British selepas Jepun menyerah kalah?Malangnya, hari ini tugu MPAJA telah berdiri megah di Taman Peringatan Nilai, dan menjadi pusat penyembahan.Apakah kerana saya membangkitkan isu ini bermakna saya rasis.

Adakah yang membina tugu itu tidak rasis?

Adakah kewujudan bandar Cina atau China Town di setiap bandar itu tidak rasis.Pernahkah kita dengar ada Malay Town di negara bertuah ini.

Atau terdapatkah universiti kepunyaan UMNO di negara ini?

Tetapi kita ada :

• Kolej/Universiti Tunku Abdul Rahman (MCA),
• Universiti Terbuka Wawasan (Gerakan),
• Kolej New Era (Dong Jiao Zong),
• Asian Institute of Medical Science and Technology (AIMST-MIC) dan bermacam-macam lagi institusi berasaskan kaum.

Adakah ia tidak rasis?
Siapakah sebenarnya yang rasis?

Cuba kaji berapa banyak peruntukan yang diberi oleh kerajaan terhadap universiti kepunyaan MCA, Gerakan dan MIC ini?Ini tidak termasuk nama-nama jalan yang ingin diubah kepada nama individu tertentu dan menggunakan nama jalan pelbagai bahasa atas alasan agar pelancong dapat tahu nama-nama jalan tersebut.

Perlukah kita mengajar pelancong ini dengan bahasa mereka sendiri. Bukankah pelancong datang ke sini untuk memahami budaya dan bahasa rasmi di sini.

Bukankah kita ada satu bahasa iaitu bahasa kebangsaan yang boleh difahami oleh semua kaum, yang perlu didaulatkan.

Adakah ini tidak rasis?

Ke manakah kita nak bawa negara Malaysia ?

Apakah akar Melayu perlu dibuang langsung.Pada hemat saya, apapun yang berlaku kita perlu menghormati orang Melayu selaku penduduk asal di negara ini dari segi sejarah.

Manakala orang Melayu juga perlu menghormati orang orang bukan Melayu.Pendek kata, kita perlu saling hormat-menghormati perlembagaan yang telah dipersetujui secara bersama, walaupun ia nampak lebih menyebelahi orang Melayu. Tetapi hak kita sebagai bukan Melayu tidak diabaikan.Saya bangkitkan isu kuil dan rumah ibadat kerana itulah hakikat yang sebenar.Saya tidak fikir semua rumah ibadat dibina sendiri, menggunakan wang sendiri mereka.Kebanyakan rumah ibadat kaum-kaum lain dibina di atas tanah kerajaan.

Bukan Melayu tidak boleh membandingkan agama mereka dengan Islam, kerana terdapat peruntukan istimewa kedudukan Islam dalam perlembagaan.

Perkara ini telah dipersetujui secara bersama ketika perlembagaan digubal. Justeru, keistimewaan agama Islam perlu dihormati. Sudah pasti dalam hal ini hak bukan Islam tidak terabai kerana Islam menghormati hak agama-agama lain.

Begitu juga dengan DEB. Ia tidak boleh dilihat dari perspektif negatif semata-mata.Berapa ramai orang bukan Melayu mendapat habuan daripada kejayaan orang Melayu dalam DEB?Sila baca buku yang ditulis oleh Tan Teong Jin, Ho Wah Foon dan Tan Joo Lan dalam bukunya the Chinese Malaysian Contribution.

Mereka melihat bagaimana orang Cina mendapat habuan apabila orang Melayu turut berjaya.Jika orang Melayu berjaya melalui DEB, sebahagian besar pengeluar adalah orang Cina.

Ini bermakna, bila orang Melayu berjaya, orang Cina dapat percikan dan kejayaan sama.Adakah kejayaan Cina disebabkan usaha mereka semata-mata?Jawabannya tidak!

Banyak faktor yang menyumbang seperti dasar-dasar kerajaan, kejayaan DEB dan sebagainya.Janganlah anggap apa yang kita ada hari ini semata-mata kerana usaha kita sendiri tanpa melihat bagaimana kejayaan itu dicapai.

Dengan sebab itu, sebelum kenyataan dihamburkan, mereka mesti mengetahui asal-usul sejarah Malaysia terlebih dahulu.Bagaimana Tanah Melayu bertukar menjadi Malaysia ?

Bagaimana identiti sesebuah negara tercabut disebabkan oleh tolak ansur meraikan semua pihak?

Sedangkan kita tahu bahawa Tanah Melayu, boleh terus kekalkan menjadi nama Tanah Melayu.Begitu juga di Singapura, boleh terus kekal menjadi salah sebuah negara Melayu di kepulauan Melayu.

Kenapakah sebuah negara Melayu boleh terlepas menjadi negara Cina di kepulauan Melayu?

Pernahkah kita terfikir betapa beruntungnya nasib kita berada di sini?

Kita perlu ingat, bermasyarakat majmuk bukan berlaku secara semulajadi.Tidak ada satu negara di dunia bermula dengan masyarakat majmuk.Semua negara bermula dengan satu bangsa.Nama bangsa tersebut, biasanya akan menjadi nama sesebuah negara itu.

Misalnya, Melayu – Tanah Melayu, Cina – China, India – India, Siam – Siam (Thai), Vietnam – Vietnam, Arab – negara-negara Arab, barat – negara-negara kulit putih dan sebagainya.

Kemajmukan sesebuah negara berlaku disebabkan oleh penghijrahan.Justeru, kaji sejarah ini. Kenapa ia boleh berlaku sedemikian rupa?

Setelah dikaji, bandingkan, siapakah atau negara manakah yang lebih bernasib baik?Orang orang Melayu tidak ada lagi tempat dituju melainkan di negara-negara kepulauan mereka sendiri. Sedangkan orang lain mungkin ada tempat yang hendak dituju.

Bandingkan juga dengan Singapura.Sebuah negara Melayu yang telah jatuh kepada orang majoriti Cina.Adakah nasib Melayu Singapura terbela?Adakah kerajaan Singapura mempercayai orang Melayu?Berapa ramai kah orang Melayu Singapura dilantik menjadi menteri dan jawatan-jawatan tinggi dalam tentera, polis, imigresen dan lain-lain?

Kerajaan Singapura lebih mempercayai orang India yang majoritinya lebih kecil daripada Melayu?Orang Melayu Singapura merempat di bumi mereka sendiri. Adakah kita mahu ia berlaku di Malaysia ?

Dalam isu Teoh Beng Hock, saya sudah terus terang mengatakan bahawa kematian beliau perlu dibela.Cuma, saya timbulkan janganlah kita mengeluarkan pandangan-pandangan yang boleh mengguris hati orang lain.

Orang Melayu tidak hanya berada didalam PKR dan PAS sahaja!Melayu juga ada didalam UMNO, parti-parti lain dan ada yang tidak menyertai mana-mana parti politik.Adakah kerana kita berada dalam Pakatan, bermakna kita hanya perlu menjaga hati bukan Melayu dalam PR sahaja.

Bagaimana dengan yang lain? Saya mengaitkan isu Teoh Beng Hock dengan agama, kerana kita adalah masyarakat yang beragama.Mana ada satupun agama yang membenarkan hubungan seks sebelum berkahwin?

Jika adalah orang Islam yang terlibat dalam seks bebas sebelum berkahwin, itu adalah salah individu individu tersebut.Jangan pula agama mereka dipersalahkan.

Agama itu terlalu suci.Kalau tidak faham agama sendiri, belajarlah, jangan jadi jahil.Adakah kita terlampau baik sehingga tidak boleh ditegur?Janganlah jadi seperti kacang lupakan kulit.

"Posted by RIDHUAN TEE at 4:21 PM
(Mingguan Malaysia)

Isnin, 19 Oktober 2009

Bai'at Janji Taat Setia

Jika 313 merujuk kepada Surah 3, ayat 13: Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan agama Allah) dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya).Al-Imran ayat 13 Maksud surah Al-Imran ayat 13 amat sesuai sekali dengan isu semasa di Malaysia ini.
Jika 313 merujuk pula kepada Surah 31, ayat 3: Menjadi hidayat petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik.-Surah Luqman ayat 3.

Sejarah ringkas baiah tentera fi sabilillah:

Baiah merupakan perjanjian untuk memberi ketaatan, manakala orang yang melakukannya seolah-olah membuat janji setia untuk menyerahkan dirinya dan urusan kaum Muslimin kepada amir atau ketuanya. Ianya merupakan perbuatan sunnah Nabi S.A.W.

1) BAI’AH ‘AQABAH

Sebelum berlaku peristiwa Hijrah, sejarah mencatatkan bahawa pada musim haji 620 – 621 M (Orang Arab Jahiliyyah setiap tahun masih melakukan upacara haji, tetapi telah menyeleweng daripada syariah Nabi Ibrahim dan Ismail) beberapa orang tokoh Islam Madinah telah menyatakan simpati dan berikrar menyokong serta memberikan sumpah setianya kepada baginda Rasulullah SAW apabila baginda berhijrah ke Madinah untuk mengembangkan agama Islam dari sana.

Sumpah setia mereka ini dinamakan “bai’ah” dan berlangsung di satu lembah berhampiran dengan Makkah yang bernama ‘Aqabah sehingga perjanjian taat setia ini di kenali dengan “bai’ah ‘Aqabah” yang terkenal dalam sejarah.

Ubadah bin Shamit meriwayatkan bahawa “Rasulullah SAW mengambil sumpah setia kami pada malam pertama di ‘Aqabah, bahawasanya kami tidak akan mempersekutukan Allah dengan apa pun juga, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anak kami, tidak akan berdusta, melindungi apa saja yang ada di depan atau di belakang kami dan tidak membantah perintah baginda dalam hal kebajikan.”

Ketika itu Rasulullah SAW bersabda :

Jika kamu sekalian menunaikan semua janji itu, maka kamu akan mendapat syurga, (tetapi) jika kamu memungkiri sebarang janji tersebut, maka kamu akan dikenakan hukum dunia (dalam bentuk) kaffarah (denda). Dan jika kamu mengingkari janji itu secara senyap-senyap hingga hari kiamat, maka hal itu kembalilah kepada Allah, jika dikehendaki-Nya kamu akan diseksa, dan jika dikehendaki-Nya juga, kamu akan diampunkan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ikrar taat setia dan sumpah janji para muslimin dari Madinah dalam upacara Bai’ah ‘Aqabah itu merupakan ikrar mereka untuk melaksanakan tatacara kehidupan sebagai satu umat muslimin yang berbeza daripada cara hidup kaum musyrikin yang menyekutukan Tuhan dan menjalani gejala hidup jahiliyyah yang bertentangan dengan ajaran dan nilai kerohanian Islam. Malah lebih penting lagi dalam perjanjian itu ialah taat setia mereka kepada Rasulullah SAW dalam mengerjakan segala amalan kebajikan mereka.

Gejala hidup mereka yang merupakan keganasan, membunuh sesama manusia, membunuh anak perempuan yang dilahirkan, mencuri, berzina dan perbuatan mungkar lainnya haruslah ditinggalkan sama sekali dalam kehidupan seorang muslim. Segala kemungkaran yang disebutkan dalam ikrar ini adalah ibu segala dosa dan punca kepada kehancuran manusia di dunia ini. Sebab itulah Rasulullah SAW memberi amaran kepada mereka supaya apa yang mereka ikrarkan itu hendaklah direalisasikan dan diamalkan dalam kehidupan mereka, dan mengingkarinya merupakan suatu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman dunia. Sekiranya dilakukannya secara rahsia, maka terserahlah kepada Allah SWT untuk membalasnya di akhirat nanti.

Sumpah taat setia seperti yang tercatat di atas adalah merupakan bai’ah pertama antara Muslimin Madinah dengan Rasulullah SAW. Selepas perjanjian pertama ini, maka kaum Ansar itu pun berangkat pulang ke Madinah, dan Rasulullah SAW mengutuskan seorang sahabat kepercayaannya turut serta bersama-sama mereka ke Madinah dengan diberikan tanggungjawab untuk mendidik masyarakat Madinah bagi memahami ajaran Islam dan kandungan kitab suci al-Quran. Utusan yang dihantarkan itu ialah Mush’ab bin ‘Umair. Beliau juga ditugaskan untuk menyaksikan perkembangan penyebaran agama Islam di Madinah.

Dicatatkan juga dalam sejarah bahawa Mush’ab bin ‘Umair telah berjaya menjalankan tugasnya dengan baik, dan beliau kembali ke Makkah setahun kemudian iaitu menjelangnya musim haji berikutnya, serta melaporkan kepada Rasulullah SAW tentang sambutan baik penduduk Madinah terhadap Islam. Malah sebagai hasilnya Rasulullah SAW akan menyaksikan ketibaan rombongan ke Makkah bagi kali yang kedua pada musim haji itu sebagai rombongan yang akan menyembahkan taat setia kepada baginda.

2)BAI’AH AQABAH AL-KUBRA

Tiba masanya maka rombongan dari Madinah itu pun datanglah buat kali kedua bertemu dengan Rasulullah SAW, dan yang menariknya, mengikut sesetengah riwayat bahawa dalam rombongan ini terdapat dua orang wanita, iaitu Nasibah binti Ka’ab dan Asma’ binti ‘Amr bin ‘Adiy.

Satu kelainan dalam pertemuan kedua ini ialah permintaan baginda Rasulullah SAW supaya rombongan kedua ini hendaklah mengandungi 12 orang daripada mereka yang bertindak sebagai wakil daripada kabilah masing-masing, termasuk kabilah Khazraj dan Aus.

Rasulullah bersabda kepada mereka yang bermaksud :“Kamu selaku pemimpin di atas kabilah masing-masing adalah bertanggungjawab atas keselamatan kabilahnya sendiri, sebagaimana Hawariyyin (12 orang murid Nabi Isa AS) bertanggungjawab atas keselamatan Isa putra Maryam, sedangkan aku bertanggung jawab atas kaumku sendiri (iaitu kaum Muslimin Makkah).”

Peristiwa bai’ah ‘Aqabah yang kedua ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri, maka sebab itulah peristiwa ini disebut sebagai Bai’ah ‘Aqabah al-Kubra, iaitu perjanjian ‘Aqabah yang terbesar.

3) Baiah Tentera Fisabilillah (Perang Badar)

Bai’ah taat setia Sahabat bersama Rasulullah s.a.w:Maka Sa’ad bin Muaz pun berkata: “Demi Allah, kamu seolah-olah hendakkan kami wahai Utusan Allah.” Nabi s.a.w. menjawab: “Benar.” Berkata Sa’ad: “Seseungguhnya kami telah beriman dan membenarkan kamu, kami telah menyaksikan apa yang kamu bawa adalah benar belaka, dan kami menyatakan janji dan taat setia kami kepadamu, maka lakukanlah apa yang kamu kehendaki, kami akan bersamamu, dan demi Yang Mengutuskan kamu (Allah) dengan kebenaran, jika engkau membentangkan kepada kami lautan ini dan engkau menyeberanginya nescaya kami juga akan mengharunginya bersama kamu.”

Lalu Rasulullah s.a.w. berpegang dengan apa yang dikatakan Sa’ad sambil berkata: “Berangkatlah (berjuanglah pada jalan Allah) dan bergembiralah, sesungguhnya Allah S.W.T. telah menjanjikan kepadaku salah satu daripada dua puak…Demi Allah, seolah-olah sekarang aku melihat kepada kehancuran satu kaum (pihak musuh).”Rasulullah telah memilih 313 orang untuk dibaiah kan....

Perang Badar Al-Kubra adalah antara peristiwa penting dalam sejarah Islam yang berlaku pada Ramadan. Perang itu berlaku pada tahun kedua Hijrah, menyaksikan pertembungan antara tentera Islam yang disertai 313 orang dengan bala tentera kafir Musyrikin seramai 1,000 orang.Jumlah tentera yang tidak seimbang itu menyebabkan Rasulullah berdoa kepada Allah sambil bermunajat: "Ya Allah! Ya Tuhanku! Perkenankan apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Ya Tuhanku! Jika jemaah Islam ini binasa, maka tidak akan ada lagi orang yang akan menyembahMu di bumi ini."

Baginda terus berdoa sehingga selendangnya jatuh daripada bahunya. Lantas datang Abu Bakar As-Siddiq mengambil selendang itu, lalu meletakkannya kembali pada bahu Baginda. Kemudian beliau berdiri di belakang Rasulullah seraya berkata: "Wahai Nabi Allah! Cukuplah doamu itu kepada Allah. Mudah-mudahan Allah akan makbulkan permintaanmu dan akan penuhi janjiNya kepadamu."

Selepas itu, turun wahyu yang bermaksud:

"(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu Allah perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) daripada malaikat yang datang berturut-turut." - (Surah Al-Anfal 8:9)

Para pejuang Badar ini telah dimuliakan Allah di dunia dan di akhirat.

Matlamat Perjuangan Fi Sabil Lillah

Entry kali ini saya ingin mengupas serba sedikit perjuangan sebenar fisabilillah iaitu bersedia untuk kebangkitan Islam dari timur. Saya sungguh sedih dan kecewa melihat ramai adik beradik kita yang sungguh... jahil! dalam perjuangan ini. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf jika artikel ini mengganggu emosi pihak tertentu. Saya tak peduli!

Sila jawab soalan ini....Siapa kamu?? Apa matlamat kamu?? Apa yang kamu perjuangkan?? Siapa musuh kamu??

Ramai yang buta!! tak kurang juga ramai yang sudah pandai. Untuk yang dah pandai, saya ucapkan tahniah kerana anda sudah ada pegangan yang teguh dalam perjuangan ini. Bagi yang belum, marilah belajar, marilah mengaji bersama supaya kita ni sama-sama pandai!

Hari paling bersejarah bagi kamu (soldier of Allah) ialah pada hari baiah kamu:

” Bahwasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia (baiah) kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, maka barangsiapa yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar.” (Surah Fath:10)

Itulah yang membezakan kamu dengan pejuang-pejuang yang lain. Kemudian jadilah kamu sebagai Pejuang Fisabilillah (Soldier of Allah!). Ini yang ramai tak faham.... dan pengetahuan ini banyak diselewengkan kerana apa? mereka telah terpedaya dengan helah illuminati, yang telah menyebarkan anasir-anasir komunism kepada pejuang fisabilillah melalui Mao Ze Dong dan Karl Marx dan kemudian diadaptasi di Malaysia kononnya untuk menaikkan ekonomi. Mana yang tiada pegangan teguh dalam perjuangan dengan mudahlah dipesongkan dengan ajaran mereka iaitu; di dalam dunia ini mereka (komunis) perlu menguasai 3 perkara, iaitu MODAL, KUASA dan NAMA! Jadi lupalah mereka kepada Alif Ba & Ta = Persediaan kebangkitan Islam dari timur! Rata-rata orang kita pulak yang tersilap langkah terjerumus ke dalam kongsi gelap secara tak langsung menganut fahaman komunis tanpa mereka sedar. Inilah tujuan illuminati mengasaskan pelbagai kongsi gelap di dunia seperting hung hing dan tung sing. Bertatu sana-sini... naga sana harimau sini. Young and dangerous menjadi idol mereka! Jalan pulak macam Padaiyappa, kononnya dia paling kuat... itu pun bila berkawan. Bila sorang-sorang tunduk macam pijak semut pun tak mati. Semuanya terpengaruh dengan dakyah mereka untuk nampak hebat di mata umum dan semua ini untuk merosakkan bangsa paling misteri di dunia ini iaitu melayu. Kalau nampak hebat tapi tin kosong hang pa semua nak jadi apa? Apa semua ni? Perasan atau tidak kamu telah dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk menjadi boneka saja. Tiada makna pun dalam perjuangan. Ibarat lembu ditarik hidung. Bila tanya apa yang kamu tahu, apa yang kamu perjuangkan.... semuanya ternganga sebab keliru. Kejap alif ba ta, kejap naikkan ekonomi tapi semuanya hanya dibibir. Cakap tak serupa bikin!

Menurut pelbagai sumber laporan yang saya terima, termasuk pemerhatian saya sendiri. Puak-puak ini tiada faedah selain untuk mendapatkan duit! Buat macam-macam kerja menyalahi undang-undang, menganiaya orang lain termasuk orang sendiri hanya untuk duit! Dah tak de kerja lain ke nak buat? Ini ke yang kamu perjuangkan?! Sudahlah... bangun dari mimpi yang mengarut ni! Kembalilah ke jalan yang lurus. Kerana ada puak-puak macam ini, yang jahil macam ini yang telah memberi kesan secara tidak langsung kepada pejuang-pejuang fisabilillah yang lain. Orang lain buat hal, orang lain dapat nama! Manusia zaman sekarang, kebanyakkan percaya bulat-bulat apa yang mereka lihat.... jika kamu buat hal dengan menyalahguna tiket pejuang fisabilillah, seperti gejala yang menyalahi norma masyarakat, mereka akan kecam SEMUA pejuang kita walaupun mereka ini tak tahu apa-apa kerana apa? Bagi mereka... nila setitik rosak susu sebelanga. Kerana perbuatan satu puak, yang lain pun kena. Sama juga dengan Islam, adakah tindakan pengebom berani mati menggambarkan keseluruhan Islam? Tentu tidak... tapi di barat mereka percaya begitu, kerana itu yang mereka lihat di media. Jadi jagalah nama baik badan fisabilillah. Kita hidup ni tak lama atas dunia ini, kita datang dari Allah, akan kembali juga kepada Allah! Hidup ini perlu ada perjuangan yang mempunyai matlamat jelas!! bukan matlamat yang hanya disebut dibibir dan menjadi ikut-ikutan saja.

Saya ingin menyeru kepada semua terutama kepada pejuang fisabilillah, keistimewaan yang ada ini janganlah disalahgunakan, jangan hanya tahu... tapi mengajilah biar sampai pandai, supaya bolehlah kita membantu antara satu sama lain. Bila dah pandai barulah kamu dapat beza yang mana berlian yang mana kaca.

Wallahualam...

KOMUNIS? Chin Peng? DAP?Yahudi?

Mungkin ada saudaraku yang akan terguris hati dengan artikel ini, saya menyusun sepuluh jari minta ampun dan maaf sekiranya tersalah bahasa, namun apa yang saya akan tulis adalah fakta untuk mengingatkan saudaraku sekalian.

Komunis? Ia adalah sebuah ajaran yang di bawa oleh Mao Ze Dong! Beliau mempunyai pertalian dengan keluarga Li yang merupakan agent kepada illuminati. Guru beliau ialah Li Ta-Chou iaitu orang yang mempunyai pertalian dengan Red Spears yang merupakan satu pertubuhan sulit yang berhubungan dengan illuminati.

Tahukah saudaraku sekalian,

bahawa tanah melayu mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan negara china ketika zaman pemerintahan beraja. Mereka saling tolong menolong antara satu sama lain! Apabila maharaja digulingkan, parti komunis memerintah... hubungan dengan kita juga berubah. Sebenarnya orang cina adalah orang baik terutama yang mengamalkan konficius, ajaran tao dan buddha tapi yang mengamalkan ajaran komunis ini lah yang menjadi musuh kita. Sejak kedatangan mereka di tanah melayu, mereka ingin sekali tanah ini jatuh ke tangan komunis seterusnya menghapuskan sistem monarki di tanah melayu. Tapi mereka masih gagal kerana orang melayu berpegang teguh pada adat dan ajaran Islam. Jadi mereka sedaya upaya memecah belahkan orang melayu... mereka juga guna bermacam-macam cara untuk menghapuskan sistem raja raja melayu. Sekiranya ia negara ini jatuh ke tangan komunis, ia adalah sesuatu yang membahayakan orang kita.

Tengok lah pasukan merah penyokong Thanksin... yang juga di sokong raja Thai. Thanksin juga orang illuminati. Mereka ingin merampas kembali kuasa. Inilah merah komunis!

MEREKA SUDAH TAHU KEBANGKITAN ISLAM DARI TIMUR!

Sabda Nabi SAW,

"Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Siapapun yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salju." (Al-Hafiz Abu Nuaim)

Kata Sayidina Ali,

"Maka Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya (tentara al-Mahdi yang dipanggil Ikhwan) sejumlah tentara Badar dan sebanyak tentara Talut, yaitu 313 orang lelaki, seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi. Kalau mereka berkehendak untuk memindahkan gunung, niscaya akan mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah."

Tentera Sabilillah adalah warisan dari tentera ketika perang badar iaitu ketika kegemilangan Islam. Mereka juga telah ketahuinya, mereka telah mencari jalan untuk memecahkan perpaduan kita, dengan menghantar dakyah "komunis" untuk masuk dalam perjuangan kita! Lihatlah hari ini... apa yang berlaku pada kita? perpecahan ini berpunca dari siapa? 30 juzuk Al-Quran tidak boleh dikurang atau ditambah......

Berpegang teguhlah kita pada perjuangan asal, jangan "membawa" cara komunis. Janganlah kita terpedaya dengan dakyah orang barat yang menggunakan orang cina seperti mao ze dong sebagai boneka untuk mempengaruhi kita. Selagi kita berpegang pada Al-Quran dan Sunnah, Insya Allah kita takkan sesat!

Jangan sibuk bangga dengan budaya gangsterism untuk tujuan menunjuk. Jika saudaraku bersikap demikian, kamu sebenarnya hanya digelakkan oleh golongan atasan mereka, kerana telah terpedaya dengan dakyah mereka. Freemason itu satu yang merbahaya. Mereka tidak menular secara terang tapi secara senyap. Mereka set kan minda orang ramai sejak dari zaman dulu lagi supaya menurut kehendak atau matlamat yang mereka telah set kan. Lihat lah di Amerika syarikat sana. Ia merupakan satu ladang yang penuh dengan sumber manusia untuk dijadikan korban. Hidup mereka telah di setkan oleh orang-orang yang digelar hidden hand ini. Mereka hidup bagaikan dalam mimpi. Mereka juga telah diprogram menjadi negara sosial yang liberal serta bersimbol seks. Sebenarnya tiada perempuan lahir nak jadi stripper atau pelacur tapi minda mereka telah di program untuk jadi sedemikian. Lihatlah betapa kesiannya mereka.

Agama kristian yang suci juga telah dinodai oleh golongan ini. Mereka telah di manipulasi oleh paulus tentang konsep trinity di mana Nabi Isa (Jesus) di jadikan anak Tuhan. Sebenarnya, ia bukanlah ajaran sebenar Jesus. Pengikut paling kanan sebenarnya bernama Barnabas. Tapi sebab Barnabas membawa ajaran yang betul maka Gospel of Barnabas telah di tolak bulat-bulat kerana dia mengakui kerasulan Nabi Muhammad S.A.W sebagai rasul yang terakhir. Agama kristian yang sekarang ini adalah agama Pagan yang telah dijenama semula. Pagan ialah satu agama orang eropah yang menyembah berhala.

Ubat Menyahcas Gelombang pada Diri


Setiap hari kita terdedah kepada frekuensi-frekuensi hasil daripada gelombang elektromagnet yang boleh membahayakan diri kita. Pernahkah anda terkena simpton tiba-tiba sakit kepala, atau mempunyai rasa malas yang berlebihan. Ia adalah kesan sampingan gelombang elektromagnet.

Hasilnya, anda membeli panadol untuk membunuh atau mengurangkan kesakitan tersebut. Tapi tahukah anda kita umat Islam telah diberi satu anugerah oleh Allah s.w.t iaitu sembahyang 5 waktu. Sembahyang 5 waktu tersebut, mempunyai 4 posisi asas iaitu berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk tahiyat. Untuk kali ini, kami akan huraikan bagaimana sembahyang ini menyahcajkan gelombang elektromagnet yang ada pada diri kita, di mana selepas itu boleh membangkitkan sifat-sifat positif pada diri seseorang.

Untuk menyahelektromagnet, sarjana barat telah membuat kajian dan analisa, bahawa cara termudah ialah melalui, meletakkan dahi ke lantai. Dalam posisi sembahyang ialah pergerakan sujud sebenarnya kaedah untuk menyahcajkan gelombang elektromagnet.

Cara terbaik untuk menyahcajkan ialah sujud menghala ke "center of the earth @ Pusat Bumi". Makkah telah dibuktikan secara saintifik sebagai Pusat Bumi, maka kita umat Islam telah dikurniakan oleh Allah s.w.t tentang cara menyahcajkan gelombang elektromagnet ini secara berkesan.

Subha Nallah!



Rahsia Ilmu Alam

Alam terbentang luas ini menyimpan berjuta rahsia yang tidak mungkin dapat dipelajari seluruhnya tanpa izin dari yang Zat yang Maha Esa.
Artikel hari ini akan menyentuh dan fokus kepada mengenal ilmu Alam secara ringkas. Ilmu alam ini sangat popular ketika zaman dahulu dan di amalkan oleh para cendikiawan, laksamana dan pendekar-pendekar untuk memastikan mereka berada di satu tempat yang strategik atau dikenali sebagai zon "selesa", di mana ia dapat membantu mereka mencapai kejayaan. Di negara China, ilmu ini sangat popular kepada para hulubalang dan pembesar istana, ilmu ini ialah dinamakan "ILMU ANGIN DAN AIR (feng shui)". Dahulu, ilmu ini sangat rahsia, hanya pemerintah atau orang yang tinggi tarafnya saja yang mampu memilikinya sehinggakan orang bawah yang memiliki ilmu Alam ini dihukum PANCUNG! Ketika zaman dinasti Han, mereka sangat risau bahawa ilmu ini akan jatuh ke tangan orang awam, jadi apa yang mereka buat ialah, MENCIPTA beberapa aliran sesat untuk menyampaikan ilmu alam ini. Oleh kerana sambutan terhadap ilmu ini sanggat menggalakkan sehinggakan ramai orang awam tidak tahu mana satu kah aliran yang sebenar dan mana satu juga aliran ciptaan yang sesat tersebut, ia telah berlaku sehingga ke hari ini.

Antara tokoh Islam yang popular yang menggunakan ilmu ini ialah Ibnu Sina, ketika di Baghdad beliau ingin membina sebuah rumah sakit, jadi beliau harus memilih beberapa lokasi yang beliau lawati. Beliau telah menggantung daging segar pada setiap lokasi. Hasilnya ialah, sekiranya di suatu lokasi daging itu lambat menjadi busuk, maka lokasi itu lah yang akan di pilih untuk didirikan rumah sakit. Ini kerana tenaga atau energi atau chi yang berada di kawasan tersebut mempunyai aliran yang lebih baik berbanding dengan kawasan-kawasan lain.

BEZA APLIKASI ILMU ALAM MELAYU VS CINA

Orang melayu mengaplikasikan ilmu alam lebih kepada tujuan MENANG ATAU KALAH. Sekiranya dirujuk kepada kitab-kitab lama melayu kebanyakkannya mengisarkan cara-cara pendekar melayu untuk memenangi satu perlawanan, dengan mengatur strategi dimana alam sekitar akan memihak kepada pendekar tersebut. Untuk tujuan illustrasi, saya memberi contoh:

2 orang pendekar hendak beradu kekuatan di kawasan lapang ketika waktu tengah hari yang panas terik. Pendekar yang bijaksana akan menggunakan ilmu alam untuk 'membantu' mereka mencapai kemenangan. Bagaimana? Pendekar tersebut haruslah berdiri membelakangi matahari, supaya pihak lawan akan silau ketika berlawan dengan nya. Walaupun ilmu alam tidak 'menjanjikan' apa-apa kemenangan tapi ia berkesan dalam MEMBANTU untuk menang perlawanan tersebut!

Orang cina pula menggunakan ilmu alam untuk mencapai KESIHATAN, TUAH dan KEKAYAAN. Mereka juga menggunakan ilmu yang sama tapi untuk tujuan mereka berbeza. Mereka sanggup mengupah Master-master yang handal dalam ilmu alam ini untuk membantu mereka berada di zon selesa atau hampir kepada apa yang mereka tujukan.

Sabtu, 17 Oktober 2009

China vs Cina

Tamadun Cina merupakan antara tamadun yang tertua dunia. Berdasarkan kajian tamadun ini dipercayai bermula sejak awal kurun ke-6 sebelum masihi. Kamus Dewan Edisi Ke-3 mentafsirkan nenek moyang bangsa Cina berasal dari negeri China Tionghua dan Tiongkok. Terdapat pelbagai kebudayaan serta dinasti telah wujud disepanjang perkembangan tamadun ini seperti Dinasti Shang, Dinasti Zhou, Dinasti Qin, Dinasti Han dan sebagainya. Mereka juga mempunyai bahasa dan sistem tulisan tersendiri sepertimana tamadun lain.

Pada peringkat awal perkembangan bangsa Cina, mereka memuja unsur alam semulajadi seperti angin, bumi, sungai dan matahari. Selain itu mereka turut memuja roh nenek moyang serta dewa-dewi. Bermula pemerintahan Dinasti Han, agama Buddha telah berkembang dengan pesatnya. Seperti semua sedia maklum, agama Buddha diasaskan oleh Siddharta Gautama Buddha dari negara India. Ia dianggap sebagai kaedah atau corak penentangan golongan Kystria terhadap golongan Brahmin. Dipercayai bahawa agama ini dapat menjauhkan penganutnya daripada kesengsaraan dan mencapai ketenangan. Agama Buddha berasaskan ajaran 4 'Kebenaran Mulia' serta 'Jalan 8 Lapis'. Setelah agama ini tersebar luas di Negara China, ia telah mengalami banyak perubahan serta turut diadaptasikan sebagai Ajaran Buddha Cina yang mengandungi pelbagai unsur kecinaan. Amalan prinsip Jalan 8 Lapis atau Jalan 8 Kebenaran ini ialah:

1) Kepercayaan dan pengetahuan yang baik
2) Keinginan yang baik
3) Pengucapan yang baik
4) Kyanguan yang baik
5) Makna kehidupan yang baik
6) Usaha yang baik
7) Pemikiran yang baik
8) Pertapaan yang baik

Selain Buddha, terdapat juga ajaran Confucianisme yang diasaskan oleh Confucius pada 551 sebelum masihi. Confucius pada asalnya merupakan seorang pegawai kerajaan Shantung@Lu yang kemudiannya telah meletakkan jawatan. Ajaran serta prinsip yang diperkenalkan oleh Confucius telah menyebabkan beliau disembah sebagai tuhan oleh orang-orang Cina. Ajarannya menekankan prinsip moral yang tinggi seperti perikemanusiaan (Ren), kesusilaan (Li) dan ketaatan kepada ibu bapa (Xiao). Turut ditekankan dalam ajaran ini ialah mencapai tahap kesempurnaan melalui pendidikan dan ajaran Confucius masih diamalkan sehingga kini oleh sebahagian besar masyarakat Cina di Malaysia.

Masyarakat Cina juga berpegang kepada falsafah Taoisme yang diasaskan oleh Lao Tze yang dilahirkan di Chu pada 604 sebelum masihi. Walaupun Lao Tze bekerja di Chou tetapi beliau merupakan seorang yang suka mengembara. Pengalaman yang diperoleh melalui pengembaraan telah memberi ilham kepada beliau untuk menulis dan antara bukunya yang popular ialah Tao Te Ching. Buku ini pada asalnya berbentuk falsafah tetapi akhirnya telah bertukar menjadi agama. Agama ini berasaskan konsep Tao iaitu 'jalan' dimana setiap tindakan akan ditentukan oleh Tao. Berdasarkan ajaran ini, manusia dikatakan tidak harus bertindak terhadap apa saja yang berlaku (Wu-Wei) kerana dianggap akan merosakkan dunia. Ajaran Lao Tze menganggap manusia boleh berubah ke arah kebaikan.

Sejarah Tamadun Cina mencatatkan golongan pemerintah tertinggi mereka ialah Raja yang menjadi tunggak sesebuah dinasti. Gelaran Raja ini kemudiannya telah ditukar kepada Maharaja yang bertanggungjawab untuk mewujudkan empayar dan meluaskan pengaruh kuasanya. Sistem pemerintahan feudal yang diamalkan sebelumnya telah diubah kepada sistem pemerintahan berpusat. Pada Zaman Dinasti Chin (221-206SM), sistem pemerintahan berpusat telah ditukar kepada bentuk birokrasi awam di mana pegawai di kalangan rakyat biasa dilantik oleh Maharaja melalui jawatankuasa Hon Kao Tsu. Lantikan pegawai tersebut adalah berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan awam yang bermula pada Zaman Dinasti Han.

Sengaja saya menyentuh sedikit sejarah ketamadunan Cina yang rasanya semua orang sudah tahu akan fakta sejarahnya. Ia sebagai proses mengingati kembali kepada generasi Cina hari ini yang mungkin terlupa ajaran yang telah menjadi amalan mereka sejak sekian lama. Contohnya salah satu daripada prinsip Jalan 8 Lapis ialah "pengucapan yang baik" dimana akhir-akhir ini tidak lagi diamalkan oleh kaum Cina di Malaysia apabila sering mengeluarkan ucapan serta tindakan yang menyakitkan hati pribumi. Sifat perikemanusiaan (Ren) dalam ajaran Confucius juga telah tidak lagi diendahkan apabila mereka mula mempersoalkan pribumi tanpa rasa perikemanusiaan sedangkan Melayu/Bumiputera telah banyak berkorban untuk memberikan apa yang telah mereka kecapi di Malaysia hari ini.

Jika dahulu rakyat China tidak dibenarkan memandang muka Maharaja dan jika hendak bercakap mestilah dalam keadaan bersujud di hadapan Maharaja. Tapi rakyat Cina di Malaysia hari ini bukan saja tidak lagi menghormati Raja, malah turut mempersoalkan Ketuanan Melayu yang mana Raja Melayu merupakan simbol Ketuanan Melayu itu sendiri. Adakah disebabkan Raja itu Melayu maka mereka telah hilang rasa hormat?

KOMUNIS? Chin Peng? DAP?

Baru-baru ni aku merayau-rayau kat kedai buku yang agak popular di Jaya Jusco Seremban. Menyirap darah kat muka bila terbaca beberapa buah buku yang seolah-olah menyanjung perjuangan PKM (Parti Komunis Malaya). Memanglah penulis buku tersebut berbangsa Cina dan pekerja di kedai tersebut rata-ratanya berbangsa Cina tapi bila buku-buku sampah seperti ini dijual secara terbuka, secara logiknya tidakkah ada pemantauan daripada pihak yang berkuasa?

Seandainya buku-buku ini dibaca oleh mereka yang tidak mengetahui intipati perjuangan sebenar Komunis berkemungkinan akan terpengaruh dengan ideologi pengkhianat-pengkhianat ini. Untuk itu, di bawah ini aku sertakan sekali artikel dari Utusan Malaysia dan diharapkan ianya dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada kita semua. Lu fikirla sendiri.....

Pembinaan memorial memperingati perjuangan komunis di tanah perkuburan Cina di Sarawak dan di Nilai, Negeri Sembilan yang dibina untuk memperingati pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai wira atau hero tidak boleh dibiarkan kerana sensitiviti dan sentimen umum terhadap komunis di Malaysia tidak diambil kira.Isu pembinaan memorial tersebut telah bermula sejak 2004 lagi, seperti yang telah dinyatakan oleh Putera Gunung Tahan dalam ruangan ini bertarikh 1 Disember 2004.

Sememangnya perkara seperti ini akan memutarbelitkan dan menjadi satu fakta yang mengelirukan dalam lipatan sejarah tanah air kita yang tercinta ini. Ini secara tidak langsung akan memberikan beberapa kesan seperti berikut, antaranya:

1. Perasaan kecewa Angkatan Tentera Malaysia dan lain-lain pasukan keselamatan yang anggotanya ramai terbunuh dan tercedera dalam pertempuran memburu pengganas komunis di hutan belantara.

2. Perasaan marah keluarga yang anggota mereka menjadi mangsa keganasan PKM.

Berdasarkan buku Wira Tak Didendang, tulisan Zainuddin Maidin, komunisme di Malaysia adalah hasil penerapan langsung virus komunis ke dalam kelompok kecil masyarakat Cina di Malaysia yang dikendalikan oleh agensi Parti Komunis China yang terletak di bawah arahan Biro Timur Jauh Komunis Antarabangsa (Comintern) yang dikuasai oleh Politbiro Parti Komunis Soviet Union sehinggalah membawa kepada penubuhan Tentera Rakyat Anti-Jepun Malaya (MPAJA).

MPAJA ini ditubuhkan bukan bertujuan untuk mempertahankan Malaya sebagai tanah air tetapi kerana sentimen anti-Jepun oleh kaum Cina yang berakar umbi sejak konflik China-Jepun dan kerana layanan buruk tentera Jepun kepada kaum Cina. Ini adalah lanjutan daripada penaklukan negara China oleh Jepun di mana ramai orang China yang telah dibunuh terutama di Nanjing dalam apa yang dipanggil Massacre of Nanjing. Tentunya mereka tidak mempercayai orang China dan begitu juga orang China amat memusuhi tentera Jepun.

MPAJA adalah sebuah gerakan bersenjata yang ditubuh, diurus dan dibiayai oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Sejarah menunjukkan bahawa kebanyakan pemimpin MPAJA terdiri daripada pemimpin atau ahli PKM sendiri. PKM ditubuhkan pada 1927 (30 tahun sebelum negara mencapai kemerdekaan) tetapi berfungsi sebagai pertubuhan kongsi gelap dan keseluruhan anggota asalnya adalah orang Cina.

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu membolehkan PKM mencapai dua objektif. Pertama, menentang musuh tradisional (Jepun) dan kedua, menubuhkan Republik Komunis Tanah Melayu. Pada masa inilah, pemimpin tentera British di Malaya mendekati PKM untuk saling membantu bagi mengalahkan Jepun dengan janji bahawa selepas Jepun kalah, mereka akan meletakkan senjata.

Kekosongan yang wujud antara kekalahan Jepun pada Ogos 1945 dan kedatangan semula British di Tanah Melayu menyebabkan komunis (yang juga ahli MPAJA) bermaharajalela.Pemimpin mereka yang berharapan tinggi untuk menguasai Tanah Melayu selepas perang, mula menunjukkan sikap bengis dan zalim yang tidak berbeza dengan ketika Jepun memerintah.

Saya sama sekali tidak bermaksud hendak menafikan sumbangan orang Cina terhadap kemerdekaan dan pembangunan negara. Ini kerana penglibatan dan sumbangan orang Cina seperti Tun Tan Cheng Lock yang menyertai rombongan menuntut kemerdekaan daripada British yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman tidak boleh diperkecilkan.

Oleh yang demikian, PKM tidak layak mendapat pengiktirafan itu apatah lagi kerana gerakan yang dirancang telah menyebabkan lebih 10,000 anggota tentera, polis dan orang awam cedera atau terbunuh. PKM berjuang untuk merampas kuasa. Sebab itu mereka membunuh, merompak, membakar dan menganiaya rakyat.

Mereka bercita-cita untuk merampas kuasa menerusi keganasan untuk menakutkan rakyat. Jika benar PKM inginkan kemerdekaan, maka sejarah tidak membuktikan PKM yang merintis jalan kemerdekaan dengan British.

Saya juga amat bersetuju dengan Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Naib Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia yang mengatakan bahawa tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia, kewarganegaraan kepada orang asing diberikan secara mudah, kecuali apabila British memerintah Tanah Melayu.

British juga mensyaratkan kepada orang Melayu supaya berkongsi kuasa dengan kaum asing jika mahukan kemerdekaan. Orang Melayu menerima syarat itu.

Inilah sikap akomodasi orang Melayu yang jarang dijumpai pada orang lain. Jika tidak ada kompromi ini, saya fikir orang Cina tidak seperti seadanya pada hari ini. Tetapi dalam konteks sumbangan MPAJA, tidaklah sampai ke tahap membina tugu khas untuk mengenang jasa mereka.

Cubalah kita bayangkan bagaimana agaknya suasana dan keadaan negara kita yang kita cintai ini seandainya diperintah oleh komunis?

Tidak mustahil kita tidak dapat menikmati kemerdekaan seperti yang kita nikmati pada hari ini. Lihat sahaja kepada keruntuhan kerajaan yang dikuasai oleh parti komunis seperti kesalinan Soviet Union, Jerman Timur, Poland dan sebagainya yang mana telah menimbulkan suasana yang huru-hara dan pertumpahan darah di kalangan rakyatnya yang bukan sedikit jumlahnya.

Wajarkah kita mengiktiraf MPAJA yang berjuang berdasarkan ideologi dan bukannya bermotifkan perjuangan untuk mempertahankan bumi bertuah ini? Janganlah seperti kata pepatah ‘lembu punya susu tapi sapi yang mendapat nama’.

DAP terperanjat berok PKR tuntut jawatan KM

Gilir Ketua Menteri: DAPSY bidas Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang hari ini membidas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mohd. Yusmadi Mohd. Yusuff yang mencadangkan agar jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang disandang secara giliran antara tiga parti yang kini menguasai negeri itu.
"Ini merupakan satu formula berbaur perkauman ciptaan Mohd. Yusmadi sendiri yang asyik gilakan kuasa sahaja," kata Setiausaha DAPSY Pulau Pinang, Ng Wei Aik dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas cadangan Mohd. Yusmadi supaya jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang digilirkan berdasarkan formula baru yang memberi peluang kepada semua kaum untuk menjadi pemimpin.

Mohd. Yusmadi, yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau dilaporkan berkata, formula politik baru itu bagi menggantikan formula Barisan Nasional yang memberi jawatan Ketua Menteri hanya kepada kaum Cina dan Timbalan Ketua Menteri kepada wakili Melayu.

Wei Aik berkata, tiada formula baru yang telah dipersetujui oleh pakatan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas yang kini memerintah Pulau Pinang berhubung sistem penggiliran itu.

Beliau berkata, buat masa ini, DAPSY berpendirian bahawa belum sampai masa dan tidak perlu jawatan Ketua Menteri itu digilirkan.
Katanya, DAPSY mempertahankan jawatan Ketua Menteri supaya tidak digilirkan atas alasan bahawa sebarang pelantikan untuk jawatan itu mestilah diputuskan oleh parti yang menguasai majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri dan bukan atas alasan kaum Cina adalah majoriti di negeri itu.

"Saya ingin tegaskan bahawa formula baru yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah memberi layanan adil serta bantuan saksama kepada semua rakyat tanpa mengambil kira perbezaan kaum, agama, jantina dan latar belakang politik.

"Ini jauh lebih adil serta disambut baik oleh rakyat jelata daripada formula ciptaan Mohd. Yusmadi itu," kata Wei Aik yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri.

Ulasan

Kononnya UMNO dan BN mencipta model pemerintahan berdasarkan kaum. Kononnya BN pemecahbelah kaum dan bersifat tidak adil. Kononnya mereka mahu bawakan kelainan dan pembaharuan. Kononnya mereka telus adil dan tidak akan membenarkan warisan BN dijunjung.

Tetapi seperti anjing yang menyalak diwaktu malam, akhirnya mereka akan dilempar batu. Kebiasaannya anjing yang dilempar batu akan berlari jauh sedikit dan menoleh untuk menyalak lebih kuat lagi.

Itulah DAP. Apabila ada cadangan yang tidak memenuhi nafsu serakah kuasa mereka, mereka akan mula berbelit seolah-olah warisan BN yang mereka tentang dahulu merupakan formula terbaik.

Jika itu halnya, untuk apa lagi DAP memerintah Pulau Pinang? Walaupun Lim Guan Eng bukan anak jati Pulau Pinang, DAP menyebut itulah demokrasi. Tetapi apabila menyebut tentang bukan Cina untuk menjadi Ketua Menteri Pulalu Pinang, DAP lekas-lekas menyalak kuat.

Hakikatnya, setelah terpijak tahi yang mereka lepaskan merata-rata, adakah DAP itu relevan perjuangannya dengan kata-katanya? Anak negeri tidak penting tetapi anak Cina adalah segala-galanya.

Kini jelas, DAP merupakan parti perkauman paling buruk apabila perjuangannya terbukti berlandaskan manifestasi-manifestasi penuh dusta.

Sabtu, 3 Oktober 2009

Byk hal cina ni...

Nak tergelak ana bila PKR Koh Hong Ming kata Bugis pendatang!
Menyingkap lembaran sejarah Kepulauan Melayu meliputi seluruh Indonesia, Filipina, Brunei, Timor Leste dan Malaysia Timur. Kepulauan ini meliputi 2 juta km persegi dengan populasi seramai 300 juta. Pulau terbesar ialah Borneo dan Sumatra manakala pulau terpadat ialah Jawa. Puncak tertinggi ialah Gunung Kinabalu di Sabah, Malaysia.

Nusantara pula ialah sepatah kata majmuk yang berasal daripada dua perkataan bahasa Jawa kuno, iaitu nusa (pulau) dan antara (lain). Dalam penggunaan bahasa moden, istilah "Nusantara" merujuk kepada lingkungan pengaruh kebudayaan dan linguistik orang Melayu yang merangkumi kepulauan Indonesia, Malaysia, Singapura, bahagian paling selatan Thailand, Filipina, Brunei dan Timor Timur, namun ia tidak melibatkan daerah Papua New Guinea

Mungkin ada yang tidak setuju tapi bagi ana orang bugis bukanlah pendatang di Sabah atau di mana-mana kepulauan Melayu diambil kira dari susur galur keturunan mereka yang memang berasal dari kepulauan Melayu dan mereka juga terkenal dengan pegangan kuat terhadap Islam, kuatnya hingga nama mereka semestinya di associate dengan Haji dan Hajjah kalau di Sabah ini, malahan di semenanjung mereka ialah Melayu di IC. Bugis Sabah terkenal kerana pandai berniaga dan berjimat cermat dan mereka ialah pemegang ekonomi di beberapa kawasan seperti Tawau.

Ana pernah mendengar beberapa ungkapan berkaitan bugis: "Pantang anak bugis tidak puasa", seorang guru memarahi muridnya yang baru darjah dua. "orang bugis dapat lima ringgit, makan dua ringgit, tiga ringgit simpan", berbual dengan beliau (orang berumur) suatu petang.
Sedih juga bila seseorang bernama Koh Hong Ming mendakwa mereka ini pendatang, walaupun secara teknikalnya benar. Jika dakwaan ini datang dari mulut Melayu dengan pantas sudah dilabel racist! Walaubagaimanapun anda nilaikan sendiri samada setuju atau tidak.

Khamis, 1 Oktober 2009

iklan Hazryn tech.

meeting di bilik bendahari bersama geng pairs kongsi sepang dan paya mengkuang
wanpaiye da'lorenzo

pencuik tengah wat keje


ni ketua pencuik onter namanya




ni pencuik tengah wat pesta senam arobik.yang kanan ni namanya embi, dan yang kiri ni jepong namanya.