Ahad, 27 September 2009

Melayu*RUGI*Pecah-belah*berpuak-puak

DAP sekali lagi memulakan langkah berani untuk memecahbelahkan Melayu dengan membuka cawangan Melayu yang diketuai oleh Melayu sendiri.

Melayu sekarang sedang menghadapi krisis benci-membenci atas dasar kepartian. DAP dengan bijaknya mengambil kesempatan di atas situasi yang sedang berlaku sekarang.
Umumnya kita ketahui bahawa DAP merupakan majoritinya terdiri daripada masyarakat Cina yang inginkan sistem pemerintahan sosialis. Hanya beberapa kerat Melayu yang menganggotai parti ini.
Kini langkah berani tersebut disambut baik oleh PAS yang sebaliknya mendekati masyarakat bukan Islam. PAS boleh dikategorikan sebagai "mendakwah" untuk yang bukan Islam...tetapi DAP tidak pula dapat dipastikan apa niat disebaliknya walaupun jelas kewujudan cawangan tersebut bakal mengkucar-kacirkan lagi perpaduan Melayu.
Melayu yang kini telah terbahagi beberapa kelompok-kelompok mengikut amalan kepartian masing-masing. Ada Melayu dari PAS, PKR, UMNO dan kini ditambah satu lagi DAP.
Melayu, sebagaimana yang kita maklum begitu taksub dengan pegangan masing-masing. Mereka mempunyai kepercayaan yang teguh walaupun tidak semua begitu. Masih rama
i yang menjadi lalang...
Akibat dari situasi ini, sesetengah fanatik kepartian bersikap begitu jumud hingga menyebabkan renggangnya silaturrahim.
Masyarakat Cina, secara umumnya, walaupun mereka mempunyai sokongan terhadap parti masing-masing, hubungan sosial mereka tidaklah sampai ke tahap jumud yang ekstrim. Mereka sanggup menerima apa sahaja perubahan yang memberikan mereka keuntungan. Sosial mereka menjangkau kejumudan pegangan parti mereka.

Disebalik kelemahan Melayu inilah, DAP berjaya mengatur strategi untuk memecahkan lagi kelompok-kelompok Melayu yang boleh memberikan mereka keuntungan. Semakin kecil kelompok-kelompok Melayu ini, semakin mudahlah mereka dikuasai dengan pengaruh dan kuasa...Wahai Melayu...janganlah kau terlalu bangga dengan semangat kepartian kauu...
p/s:
Kat palestin org islam ngn org islam rebut kuasa'
kat iraq org islam ngn org islam bergolak rebut kuasa'
kat pakistan org islam berperang sesama sendiri'
kat afghanistan org islam berperang sesama sendiri'
kat malaysia org islam berkelahi,bermusuhan merebut kuasa dgn niat kononnya nak memperjuangkan bangsa dan agama sendiri..tak payah la kalau sesama sendiri xleh bersatu. Siapa yg rugi beb,kite jugak.Org kapir tu suke tgok org islam berlaga.Beringat la ckit org melayu kt uMNO,PKR,PAS tu...jgn smpai bumi dan hak kite tergadai..Sepatutnya kite org melayu(islam) bersatu menegakkan kalimah ALLaH s.w.t di bumi malaysia nie.Satu kerugian jika kite berpecah-belah dan berpuak-puak.Jgn diikutkan si manusia yg gilakan kuasa dan pangkat tuh.bukan pandai sgt dia tuh..

Jumaat, 25 September 2009

Xpayah terpedaya dgn Si KAPIR la...

KADANGKALA saya musykil kenapa orang Melayu mudah menjadi cair’ apabila mendengar orang bukan Islam bercakap pasal Islam atau memuji Islam atau memetik satu dua ayat Quran untuk dijadikan hujah sandaran. Misalnya, ucapan beberapa pemimpin pembangkang bukan Islam yang memetik beberapa ayat suci al-Quran dan mahu mengambil pendekatan urus tadbir negeri mengikut cara pemerintahan Umar Abdul Aziz.

Benar, dari satu segi nampak orang bukan Islam cenderung kepada Islam. Tetapi kita perlu ingat adakah mereka ini benar-benar mahu beriman atau percaya kepada al-Quran atau sekadar lakonan semata-mata untuk mengaburi mata orang Melayu Islam? Saya cukup yakin bahawa golongan ini sudah dapat membaca dan memahami psikologi orang Melayu. Mungkin orang Melayu boleh memberikan jawapan apakah mereka sebenarnya sudah memahami psikologi mereka?

Orang Melayu mudah ‘cair’. Mereka biasanya mudah berasa terpesona dan terpegun bila ada orang lain yang memuji bangsa dan agama mereka. Justeru, mereka akan bermati-matian mempertahankannya tanpa menoleh ke belakang. Mereka akan mendabik berkata ‘tengok orang bukan Islam pun nakkan Islam, sedangkan orang Islam sendiri menolak Islam’.

Lanjutan itu, mereka akan menjaja ke mana sahaja kata-kata ini, bahkan sanggup menolak rakan seagama yang sanggup menghulurkan tangan untuk berbaik-baik. Huluran tangan rakan seagama ini bukan sahaja ditolak mentah-mentah, tetapi dijawab dengan andaian-andaian negatif dan prejudis. Mereka rela bekerjasama dengan orang bukan Islam daripada orang Islam sendiri.

Kita tidak pernah belajar atau mahu belajar dari sejarah, bila berhadapan dengan golongan seperti musang berbulu ayam ini. Pengalaman telah banyak mengajar kita. Mereka ini tidak pernah bersetuju dengan Islam apatah lagi agenda untuk menegakkan negara Islam dan hukum Islam. Penolakan mereka selama ini amat jelas. Tidakkah kita pernah mendengar kata-kata “Langkah mayat aku dulu jika mahu menegakkan negara Islam”, " Malaysia mesti kekal menjadi negara sekular”, “Negara Malaysia bukan kepunyaan orang Melayu”, “Melayu adalah juga pendatang” dan berbagai-bagai kenyataan yang menyakitkan.

Tidakkah orang Melayu sedar akan agenda mereka? Apakah kita tidak takut dengan ancaman golongan ini terhadap agama kita? Tidakkah kita terfikir bahawa parti ini amat baik dengan parti yang memerintah negara Singapura yang merupakan pecahannya? Bagaimana suatu hari nanti, mereka berpakat-pakat untuk melemahkan kita?

Tidakkah kita mengambil pengajaran daripada tindak-tanduk Singapura hari ini yang amat mencurigakan. Cukuplah dengan kita telah kehilangan Pulau Batu Putih dan ruang udara kita sentiasa dicerobohi. Itu belum termasuk kolam takungan air di Johor yang dikawal rapi oleh tentera Singapura sehingga kita sendiripun tidak boleh masuk. Tidak ketinggalan, tanah-tanah negara kita yang telah tergadai ke tangan mereka. Pendek kata, Singapura tidak mahu sama sekali berkongsi dengan kita. Mereka amat ultra kiasu. Sesuatu yang menggugat kepentingan mereka akan ditentang habis-habisan seperti isu perjanjian air, merobohkan Tambak Johor dan menggantikannya dengan jambatan bengkok.

Berbalik kepada isu parti pecahan yang memerintah Singapura hari ini, apakah benar-benar mereka ingin atau akan melaksanakan pemerintahan Umar Abdul Aziz apabila mereka berkuasa nanti? Adakah pemerintahan Umar Abdul Aziz benar-benar akan dilaksanakan? Bagaimana dengan nilai-nilai kehidupan beragama yang dilaksanakan oleh Umar Abdul Aziz? Pernahkah golongan ini mempamerkan nilai-nilai agama tersebut?

Saya diserang dan dikecam habis-habisan oleh golongan ini, semata-mata kerana saya mempertahankan larangan berzina dan arak. Bagi mereka itu adalah hak asasi manusia. Bagi mereka hak asasi manusia mesti dipertahankan berbanding dengan hak Tuhan Yang Maha Esa. Adakah ini corak pemerintahan Umar Abdul Aziz?

Kita jangan tertipu dengan golongan ini. Jika mereka benar-benar mahu laksanakan corak pemerintahan Umar Abdul Aziz, sudah lama parti ini akan melantik rakan sekutunya, yang dikatakan memperjuangkan Islam di salah sebuah negeri yang diperintahnya sebagai exco. Ini kerana, rakan sekutunya memang sudah terkenal dengan imej ‘bersihnya’ seperti kelihatan seolah-olah ‘Umar Abdul Aziz’! Tetapi di manakah kedudukan rakan sekutunya itu di negeri tersebut? Pada saya, mereka tidak pernah suka pada dasar Islam yang dibawa rakannya itu. Mereka amat prejudis sesama sendiri walaupun berada dalam satu pakatan. Bermakna, mereka juga prejudis terhadap Islam. Itu amat jelas sekali. Saya tidak perlu mengajar rakan sekutunya itu kerana sudah terang lagi bersuluh. Sikap biadab mereka berkaitan isu arak dan tuduhan mereka terhadap Jamaah Islah Malaysia sebagai pelampau agama sudah menunjukkan belang mereka yang sebenar. Banyak lagi contoh lain tentang kebiadabannya terhadap Islam.

Terhakis

Umar Abdul Aziz sentiasa memperkasakan identiti Islam di dalam pemerintahannya. Apakah identiti Islam dipelihara di negeri yang diperintah oleh golongan kiasu ini? Apa yang saya tahu identiti Melayu dan Islam semakin terhakis di negeri yang diperintahnya. Contoh kecil, nama-nama papan tanda, medan selera atau nama bangunan sudah langsung tidak mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Saya tidak menyatakan kerajaan dahulu lebih baik? Tetapi jika kita benar-benar mahu mengikuti Umar Abdul Aziz, sudah tentu kita perlu tunjukkan yang kita lebih baik berbanding sebelumnya. Sebab Umar Abdul Aziz hebat integritinya, tetapi Umar tidak pernah mengenepikan identiti bangsa Arab Islam selaku penduduk asal. Bahasa al-Quran diperkasakan di mana-mana sahaja. Bagaimana pula dengan Malaysia sebagai sebagai sebuah negara yang berasal daripada Tanah Melayu? Adakah kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terpelihara?.
Perlu dingatkan bahawa Umar Abdul Aziz tidak mementingkan kekayaan dan kemegahan dan memilih untuk hidup dalam kesederhanaan. Walaupun mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi rakyat, beliau menggalakkan rakyat supaya memilih khalifah yang baru sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan pemerintahannya. Umar juga membahagikan tanah jajahan Umayah kepada rakyat dan amat jarang menerima hadiah kerana takut dirasuah. Beliau juga mendesak kaum keluarganya supaya mendermakan barang kemas kepada perbendaharaan awam.
Umar menolak sikap pemerintah yang selalu melantik pegawainya untuk mengawasi rakyat. Tetapi Umar melantik rakyat untuk mengawasi diri dan kelakuannya. Jika rakyat mendapati beliau melakukan kesalahan, Umar Abdul Aziz meminta dibimbing atau dihalang daripada melakukan kesalahan tersebut.
Saya harap umat Islam tidak merasa ditipu dengan penonjolan pemerintahan Umar Abdul Aziz oleh golongan kiasu ini. Apakah kita masih belum mengenali isi hati dan hati budi mereka setelah 52 tahun merdeka? Adakah kita boleh bekerjasama dengan orang sebegini, bila mana mereka digalakkan memakai songkok ketika pembukaan Parlimen di hadapan sultan, golongan ini menolak mentah-mentah? Apatah lagi untuk memakai baju Melayu?
Tidakkah kita sedar bahawa selama ini, golongan inilah yang paling kuat menentang Islam atau negara Islam. Lihatlah sejarah penentangan mereka terhadap hukum Islam dan perisytiharan negara Islam oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed suatu ketika dahulu. Perisytiharan negara Islam ketika itu hanya pada nama sahaja, bukan pelaksanaan hukum yang sebenar. Jika benar-benar hukum Islam dilaksanakan, bagaimanakah gelagat mereka agaknya? Persoalannya, adakah corak pemerintahan Umar Abdul Aziz tidak berasaskan Islam? Soalan-soalan ini hanya boleh dijawab oleh golongan kiasu ini?
Rakan sekutu mereka dalam pakatan selalu berhujah, itu pandangan generasi lama atau generasi tua. Generasi baru tidak sebegitu pemikirannya. Setelah mengkaji parti kiasu ini sekian lama, saya tidak nampak ada perbezaan antara generasi baru dan lama. Sama sahaja. Jika perjuangannya adalah Malaysian Malaysia seperti mana yang diperjuangkan oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP), sampai bila-bila saya tidak akan percaya.
Justeru, jangan perjudikan masa depan negara demi mencapai kepentingan masa kini. Apa berlaku pertembungan antara kepentingan masa depan dengan masa kini, maka kepentingan masa depan mesti diutamakan. Begitu juga dengan kepentingan masa depan dan kepentingan parti atau etnik, maka masa depan negara mesti diutamakan. Sama juga halnya apabila kepentingan agama bertembung dengan kepentingan bangsa, maka agama perlu didahulukan.

Biarkan


Jangan biarkan diri kita dipermainkan atau diperkotak-katikkan. Jangan jadi hamba di bumi sendiri. Tetapi bangunlah, bangunlah mempertahankan yang hak tanpa menafikan hak orang lain. Jika tidak, satu hari nanti kita akan menyesal. Ketika itu saya bimbang sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur. Sebelum ia berlaku, marilah kita merapatkan saf dan merenungkan kembali masa depan kita dan Islam.

Janganlah gunakan nama Umar Abdul Aziz sekadar untuk memenangi hati orang Melayu yang mudah ‘cair’. Orang Melayu hari ini bukannya bodoh. Mereka sudah celik dengan taktik kotor ini. Kembalilah kepada fitrah. Sesungguhnya, hari kemenangan ini menjanjikan kepada kita, yang hak itu tetap hak dan batil itu tetap batil. Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, kembalilah kita menghayati manusia fitrah yang bersih dari dosa dan noda dengan mengkaji kesucian agama Islam sendiri, sebelum ‘terlebih’ mempercayai orang lain. Saya bimbang kita akan tertipu dengan permainan silap mata ini. Akhirnya kita sendiri yang rugi.

Khamis, 24 September 2009

Salah ke Hak Istimewa Orang MELAYU

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan bersetuju dengan DAP bahawa tiada mana-mana bangsa pun di negara ini, termasuk orang Melayu sendiri yang layak untuk diberi hak-hak keistimewaan.
Beliau berkata, ini kerana Islam sendiri tidak menetapkan keistimewaan kepada bangsa-bangsa tertentu termasuk bangsa Arab.Malah kata Menteri Besar Kelantan itu, penggunaan istilah hak istimewa itu adalah di luar daripada konteks pengajian Islam.
''Sesuatu bangsa itu tiada hak istimewa. Kalau ada bangsa Arab boleh diberi hak tetapi Islam tidak memberikan kepada mana-mana bangsa. Saya sebenarnya tak setuju dengan istilah (hak istimewa) itu,'' katanya.
Namun begitu mengulas isu hak istimewa ini, mantan Presiden PAS Ustaz Fadzil Noor seperti dinyatakan
Subky Latif dalam sebuah buku yang diterbitkan dalam tahun 2003 telah membandingkan cerita sirah sahabat Nabi apabila ada orang bercakap kononya tiada hak istimewa dalam islam dan menyarankan hak istimewa orang Melayu dihapuskan.

Beliau menyatakan kejadian dalam pemerintahan Khalifah Omar Al-Khatab dan setelah Parsi menerima islam. Masa itu kebanyakkan orang Arab yang pergi ke Parsi untuk berdakwah dan berdagang adalah orang-orang kaya dan berharta.

Orang-orang Parsi ramai pula yang miskin dan ramai yang menjual tanah mereka kepada hartawan-hartawan Arab.

Pada pandangan Saidina Omar, jelas Ustaz Fadzil kalau dibenarkan orang-orang kaya Arab memberli tanah orang Parsi, nanti habis orang parsi tidak bertanah. Saidnia Omar lalu membuat satu peraturan. Orang-orang Arab yang kaya dilarang membeli tanah orang Parsi. Tujuannya ialah untuk melindungi tanah orang Parsi tidak terjual kepada hartawan Arab.

Berkata Ustaz Fadzil, larangan tanah dijual kepada Arab itu adalah satu perlindungan kepada hak Parsi. Inilah hak istimewa Parsi.

Sekiranya Saidina Omar tidak mengadakan peraturan itu. Nescaya habis tanah orang Parsi dibolot oleh saudagar Arab dan ekonomi Parsi dikuasai bangsa pendatang.

Bagi Ustaz Fadzil peruntukan hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan itu adalah sama dengan peruntukkan yang dibuat oleh Saidina Omar kerana ia menjamin kepentingan penduduk asal tempatan khususnya yang kurang berkemampuan.

Disini kita dapati tindakan Khalifah Ar-Rasyidin, Saidina Abu Bakar As-Sidiq, Saidina Omar ibni Khatab, Saidina Othman ibni Affan dan Saidina Ali Abi Talib serta Khalifah Omar abdul Aziz adalah contoh rujukan umat islam hari ini.

Apa yang mereka laku dan laksanakan adalah dikira sebagai rujukan islamDalam keadaan ini siapa yang benar, Fadzil Noor kah benar atau Nik Aziz yang benar. Kedua-dua tokoh ini selalu menjadikan islam sebagai rujukan namun kita dapati wujud percanggahan antara kedua tokoh PAS ini.

Mungkinkah MB Kelantan menyedari perkara yang diucapkan oleh mantan Presiden PAS ini namun atas kepentingan politik dan demi survival PAS kini dan dinasihati oleh penasihat yang condong kepada agenda Anwar Ibrahim beliau selalu dipergunakan untuk pihak berkepentingan lain.

Seperkara yang janggal ialah walaupun Fadzil Noor dikatakan amat rapat dengan Anwar Ibrahim dari segi hubungan persahabatan kerana dikatakan pernah bersama dalam ABIM, namun bekas Presiden PAS tersebut sedikitpun tidak teruja dengan agenda yang dibawa oleh Anwar.

Namun sebaliknya yang berlaku kepada Nik Aziz banyak tindak tanduknya kini seakan senada dengan Anwar.Kalau kita menyorot kembali mengapa MB Kelantan bertindak sedemikian, anaknya Nik Abduh pernah menggelarkan pembantu yang berada di samping ayahnya adalah pembantu sesat kerana seringkali melaporkan memberikan maklumat yang salah.

Sehingga kini selepas tulisan tersebut, Nik Abduh seakan lenyap dari melontarkan idea kerana banyak dikecam oleh pihak yang senada dengan agenda Anwar didalam PAS.

Manakala menurut satu sumber yang diketahui pemimpin PAS sebenarnya memang tidak senada dengan Anwar, namun mereka mengambil tindakan sama dengan agenda Anwar kerana mereka merasakan dengan menyokong Anwar PAS akan dapat mengambil alih peranan UMNO dalam mewakili suara umat islam.

Namun terdapat percanggahan idea ini kerana difahamkan ia ditentang sebilangan pucuk pimpinan, sebab itu Nasharudin, Mustapha Ali malah Harun Din dianggap sebagaii pemimpin konservatif dan kuno dalam memberi pandangan kepada hala tuju Parti.

Isu Jawatankuasa pilihan Khas mengenai kebertanggungjawaban dan ketelusan (SELCAT) yang dibawa oleh Hassan Ali didalam kerajaan negeri Selangor menambahkan lagi kekalutan dalaman PAS terhadap polisi Pakatan Rakyat. Hassan Ali secara jelas mengkritik peranan Selcat dan menyarankan ia dikaji semula dan dirangka garis panduan baru.

Ekoran kritikan terbuka Exco Hal Ehwal Jawatankuasa tetap hal Ehwal Islam dan adat istiadat Melayu itu telah menyebabkan beliau dihemtam secara terbuka oleh rakan dalam Pakaran Rakyat malah didalam dalaman PAS sendiri.

Kini Hassan Ali dianggap sampah dalam kerajaan PR Selangor. Senasib dengan kedudukkan Zulkifli Ahli Parlimen Kulim yang kini dikecam kerana tidak senada dengan Anwar Ibrahim dalam banyak perkara berkaitan polisi Pakatan Rakyat.Walaubagaimanapun ada yang berpendapat apa yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz, Hassan Ali malah Zulkifli hanya sebagai helah lakonan sahaja bagi memastikan undi orang Melayu dan bukan Melayu tetap terjaga.

Jika benar begitu ia seakan mengesahkan bahawa orang Melayu sebenarnya begitu mudah diperbodohkan oleh orang politik yang dahagakan kuasa, seperti yang diperkatakan oleh Dr. Ridzuan Tee yang menyatakan Melayu mudah cair dan terpedaya bila ada pemimpin bukan islam mengalunkan bacaan ayat Al-Quran, tanpa mengenalpasti tujuan ia diucapkan dan ia dibela oleh pemimpin yang mengaku memperjuangkan islam.

Tak Baik Tipu Tauu..

Tersebutlah sebuah ceritera, seorang salesman Hindu telah menemui ajal. Ketika di alam lain, salesman itu telah ditempatkan di sebuah bilik menunggu sebelum diputuskan sama ada ke 'syurga' atau 'neraka'. Semasa menunggu, salesman tersebut berasa hairan kerana dilihatnya bilik tersebut dipenuhi dengan jam. Ada beraneka jenis jam di situ dan pergerakan jarum jam tersebut tidak pula sama antara satu dengan yang lain. Ada jarum jam yang bergerak laju dan ada pula yang bergerak perlahan. Seketika kemudian, salesman tersebut didatangi oleh dewa bertangan lapan.

Salesman: Boleh tanya ka? Kenapa ini bilik ada banyak jam jugak?
Dewa: Oh...semua jam ni adalah petunjuk dosa manusia. Setiap orang ada jamnya sendiri.
Salesman: Petunjuk dosa? Tapi kenapa semua jarum jam gerak tarak sama?
Dewa: Hmmmm...jarum jam ni adalah petunjuk jika seseorang itu menipu. Jika setiap kali individu itu menipu, maka jarum jamnya akan bergerak. Semakin banyak dia menipu, maka makin lajulah jarum jam yang mewakilinya bergerak.
Salesman: Itu macam ka? Itu jam saya punya mana?
Dewa: Hah...ni jam kau (sambil menunjukkan ke arah sebuah jam).


Salesman itu melihat 'jam tipu' nya bergerak agak perlahan. "Nampaknya ada can aku masuk 'syurga' pasal manyak perlahan aku punya jarum gerak", katanya dalam hati.


Salesman: Incik dewa, sikit mau tanya...bulih ka tengok jam kawan.
Dewa: Kawan kau sapa nama?
Saleman: K anak/omak J.


Dewa pun tunjukkan pada salesman tu jam milik kawannya. "Uishh...manyak laju juga jarum dia gerak. Sah la K a/o J ni suka menipu", kata salesman tu dalam hati.


Salesman: Lagi sikit juga mau mintak tolong. Bulih tengok jam pemimpin Malaysia ka?
Dewa: Banyak songeh la kau ni. Jam siapa pulak yang kau nak tengok?
Salesman: Mr. Samy Vellu sama Brader Anwar Bin Ibrahim. Kasi tunjuk la dewa...
Dewa: Lor...kau tak nampak ke yang berputar ligat kat syiling tu. Jam depa dua tu kami bikin kipas.