Isnin, 1 Disember 2008
ERTI KETUANAN MELAYU ISLAM
Tapi, akhir-akhir ini suara yang menolak Ketuanan Melayu ini datangnya daripada parti komponen BN sendiri, iaitu MCA. Antara punca kenapa Umno tergugat ialah kerana sejak 50 tahun belakangan ini, tiada usaha tersusun untuk menerangkan hubungan asal-usul Ketuanan Melayu yang kuat bergantung kepada Islam.
Alam ini, atau negara ini milik Tuhan dan Dia memberikan tanggungjawab ke atas khalifah (umat Islam) menguruskannya. Dan, dalam konteks negara Malaysia hari ini, orang Melayu itu beragama Islam. Itulah yang telah diperjelaskan di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Maka, suka atau tidak, Ketuanan Melayu tetap wujud walaupun lafaz itu tidak disukai sesetengah pihak. Lafaz ini wujud dengan sebab wujudnya orang bukan Melayu di negara ini. Maka, kalau bukan Melayu tidak wujud dan tidak berhiijrah dari negara asal mereka (China dan India), tiada keperluan lagi untuk dipertahankan hal ini.
Soi Lek dan Mei Fun antara pihak yang paling ke depan dalam hal membantah Ketuanan Melayu ini. Soi Lek menolak hal ini kerana konsep ini seperti faham tuan-hamba walaupun sebenarnya hubungan Melayu dan bukan Melayu di negara ini bukannya seperti 'Master and Slave' dalam hubungan Bangsa Mesir purba yang memperhambakan Bani Israel suatu ketika dahulu.
Kemuncak kepada penolakan tuan-hamba (master and slave) ini bermula dengan konflik pergeseran antara Musa dan Fir'aun. Tapi, adakah hal semacam ini diperjelaskan oleh Umno kepada MCA?
Antara ciri-ciri yang menunjukkan sesebuah bangsa itu masih terperangkap dengan fahaman tuan-hamba (master and slave) ini ialah sikap menjadikan kaum wanita sebagai hamba kaum lelaki.
Tahap paling kronik ialah menjadikan wanita sebagai alat pemuas nafsu syahwat kaum lelaki. Mungkin Soi Lek lebih faham dan sedar hal ini kerana beliau lebih berpengalaman sebelum beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan tidak lama dahulu.
Kewarganegaraan dan Ketuanan Melayu ada harganya
Ketua Wanita MCA Chew Mei Fun pula menyifatkan bahawa konsep ketuanan Melayu tidak lagi relevan atas alasan semua rakyat menyumbang kepada pembangunan negara. Tambah beliau lagi, dalam negara ini semua rakyat adalah tuan tanah Malaysia.
Jika Mei Fun memahami apakah maksud sumbangan dan jika beliau mentakrifkan sumbangan itu sebagai sesuatu yang berharga seperti wang, melalui cukai dan sebagainya, maka fahaman yang semacam ini perlu diteliti dengan sebaik-baiknya.
Sebagai yang termaklum, apabila bangsa Melayu memberikan kewarganegaraan kepada bukan Melayu, maka bukan Melayu perlulah iktiraf Ketuanan Melayu, Keistimewaan orang Melayu, Bahasa Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan di negara ini. Sekali lagi, Islam adalah kunci utama dalam penyelesaian hal ini.
Ketuanan Melayu ada harganya. Harganya adalah darah dan air mata. Nenek moyang Melayu mempertahankan bumi ini daripada Siam, Portugis, Belanda, Jepun dan juga penjajah yang lain. Sedangkan, kaum bukan Melayu tak banyak memainkan peranan dalam menolak penjajahan ini, melainkan Jepun sahaja.
Dan, hal ini pun terjadi kerana kesan orang-orang Cina yang tidak suka negara mereka dilanggar oleh Jepun suatu ketika dahulu. Maka jumlah penolakan ke atas penjajahan ini, kaum Melayu yang lebih banyak berkorban berbanding bangsa-bangsa lain. Inilah harga Ketuanan Melayu dan adakah mereka sanggup berkorban?
Apabila menjelang kemerdekaan, atas persetujuan bahawa orang Melayu mahu menerima bukan Melayu sebagai warganegara dan bukan Melayu mahu menerima hak keistimewaan Melayu dan lain-lainnya, maka bermulalah urusan 'membayar' semula hal yang telah dipersetujui itu melalui cukai-cukai, wang yang dilaburkan dan sebagainya.
Maka, orang bukan Melayu selama ini membayar cukai, menyumbang wang, melabur di dalam pembangunan di negara ini kerana melunaskan hutang kewarganegaraan mereka seperti yang diputuskan sejak lama dahulu.
Kewarganegaraan itu ada harganya dan wang yang dilaburkan selama ini cuma sekadar membayar kewarganegaraan tersebut. Inilah yang harus difahami oleh kaum bukan Melayu di negara ini.
Sementara bangsa Melayu membayar wang, cukai dan segala macam pelaburan di dalam negara ini adalah untuk membayar apa yang dinamakan sebagai ketuanan Melayu itu sendiri.
Islam menjelaskan hal ini sebagai berikut. Di dalam sebuah negara yang mana penduduknya memilih untuk tidak menganut agama Islam misalnya, para penduduknya tidak akan pernah dipaksa. Kemudiannya, negara itu diminta untuk terus berada di bawah naungan Islam, membayar ufti, sejumlah wang sebagai tanda ikatan antara mereka.
Dengan perjanjian dan akad itu, negara itu akan terus-menerus dilindungi oleh negara Islam jika negara bukan Islam di bawah naungan mereka yang telah membayar ufti itu diserang oleh sebuah kuasa lain.
Sepatutnya, hal fahaman yang semacam inilah yang cuba dibangkitkan oleh Umno (khasnya agamawan Umno) kepada ahli-ahli parti komponen mereka. Tetapi, akhirnya yang diasuh, dinilai, dipupuk, ditarbiyyah hanyalah perkongsian kuasa.
Agak pelik juga.. kuasa yang direbut-rebut selama ini akhirnya dikongsi pula. Jadi, ini fahaman yang rapuh dan mudah tertanggal daripada jiwa orang bukan Melayu khasnya rakan mereka sendiri daripada MCA.
Kesimpulannya, janganlah orang bukan Melayu di negara ini menyangka bahawa sumbangan mereka selama ini sama ada dalam bentuk wang cukai pelaburan ini menunjukkan bahawa orang Melayu telah berhutang pula kepada mereka. Malah, sebenarnya mereka berhutang kewarganegaraan kepada orang Melayu.
Dan wang, cukai selama ini yang kononnya untuk pembangunan negara ini sebenarnya adalah wang untuk melunaskan hutang piutang kewarganegaraan kepada orang Melayu sebagai tuan kepada negara ini.
Kita pun bukan suka sangat menulis mengikut rentak semacam ini. Dah lama juga kita pendam. Takut silap tafsiran, orang tuduh tulisan semacam ini sudah ada ciri-ciri perkauman pula. Tapi, jika orang sudah membeli, kita patutlah menjualnya dan orang telah memberi kita patutlah merasa.
Tapi, Umno yang diharapkan menjawab seperti ini, telah kering akliah dan kosong fikirannya, tidak tahu cara menjawab. Yang mereka tahu, tutuplah mulut kerana nanti akan jadi isu perkauman.
Ahad, 2 November 2008
Cerpen `Politik Baru YB J' - Mengapa Teresa Yang Terasa?
Menurut penulis cerpen ini, Datuk Chamil Wariya watak dalam cerpen itu hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan langsung dengan mereka yang hidup dan mati.
"Dalam cerpen saya ini, pembunuhan politik per se seperti yang didakwa tidak berlaku walaupun wataknya mungkin dimatikan. Apa yang berlaku adalah sekadar simbolik.Karya sastera tidak patut hanya dibaca yang tersurat, tetapi tersirat".
"Yang dibunuh sebenarnya adalah idea-idea yang melampau dan tidak hanya terbatas dalam politik tetapi melampaui politiknya".
Dr.Mahathir de'Kroni
Selasa, 28 Oktober 2008
Melayu SEDAR!!!
Sabtu, 25 Oktober 2008
ILMU KEBAL HAKIKI
HANYA DENGAN 4 HURUF
HURUF YANG PERTAMA SAMA DENGAN HURUF YANG TERAKHIR DAN HURUF YANG DITENGAH JUGA DARI HURUF YANG SAMA
JAWAPANNYA IALAH:
Saiyidina Bilal Bin Robah: Walaupun dia diikat kemudian diletakkan di atas padang pasir yg membara di bawah mentari yg terik membahang, tidak cukup setakat itu, diletakkan pula batu yg besar di atas dadanya…… supaya meninggalkan agama Islam, dia tetap dengan keimanannya yang kukuh… seraya menyebut …Ahad…ahad…ahad. Begitulah kebal jiwanya dengan keimanan dan ketaqwaan.
Sesungguhnya KEBAL HAKIKI tidak dapat diganggu gugat, diugut paksa, apatah lagi dijual beli. Hanya dengan memiliki kekebalan ini sahaja kita bisa terjauh dan terselamat dari segala ancaman khasnya dizaman pancaroba ini.
Tepuk dada …. Tanya diri kita dalam memantapkan RUKUN KEBAL yang enam itu.
Khamis, 23 Oktober 2008
Rabu, 22 Oktober 2008
Bdk Giler
3orang penjenayah dikehendaki.Lain yang disuruh lain yg di buek ek.Jahanam beb..
Yg ni pulak, org suh test kabel,dia g tenung kabel tu lama2 sampai mulut berasap-rasap.. Nasib baik xtebakaq seber tuh.
Cina MCA bangang!
Ahad, 19 Oktober 2008
Penjimat Petrol Guna "AIR"
Sabtu, 18 Oktober 2008
Selasa, 14 Oktober 2008
ORANG JAWA
Pandai memperbaiki mobil, diberi nama Karman.
Pandai dalam korespondensi, Suratman.
Gagah perkasa, Suparman.
Kuat dalam berjalan, Wakiman.
Ganteng dan manis, Legiman.
Ahli membuat kue, Paiman.
Pandai berdagang, Salman.
Pandai melukis, Saniman.
Isnin, 13 Oktober 2008
Beza ketuanan Melayu dan ketuanan rakyat
Bukankah idea-idea ini merupakan usaha mencabar kedudukan Raja-raja sebagai custodian agama Islam dan orang Melayu?Dengan runtuhnya sistem beraja, maka kedudukan agama Islam akan hanya setaraf dengan agama lain, hak-hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan juga akan turut terkubur bersama matinya sistem beraja di negara kita. Begitu juga nasib yang akan menimpa bahasa Melayu.
Khamis, 9 Oktober 2008
PENJIMAT ELEKTRIK rumah anda!
PENJIMAT ELEKTRIK
Plug & On Sahaja!”
Canggih, Mudah, Sah,
Real Power = 100 kW, Apparent Power = 142 kVA, Reactive Power= 100 kVAR
Real power adalah nilai tenaga yang dikira di dalam bil penggunaan semasa.
Power Factor= 100 / 142
= 0.70 atau 70%
Sebanyak 70% tenaga elektrik yang digunakan di rumah atau premis anda. 30% lagi tenaga tidak digunakan atau berlaku pembaziran!
Melalui Penggunaan Teknologi Power Saver;
Setiap unit Power Saver ini mengandungi kapasitor yang bertujuan untuk menambahkan tenaga.
Andaikan penambahan tenaga sebanyak 67kW dilakukan menggunakan kapasitor di dalam Power Saver ini, maka Apparent Power telah dikurangkan daripada 142 kVA kepada 105kVA,(seolah-olah kuda berada paling dekat dengan landasan) maka nilai Power Factor kini adalah:
Power Factor = 100 / 105
= 0.95 atau 95%
Hasilnya 95% tenaga elektrik yang anda terima digunakan secara optimum di rumah atau premis anda. Ini bermakna semakin kurang pembaziran yang terhasil kerana 95% adalah tenaga optimum.
Dengan itu ia menjadi semakin jimat! Iaitu hanya 5% sahaja pembaziran berbanding tidak menggunakan Power Saver.
Kalau Berminat Hubungi Saya :-
019-7299360 redzuan
Apakah Keistimewaan Alat Ini?
-Boleh menjimatkan antara 10-30%. Dalam sesetengah keadaan sehingga melebihi 30% bil elektrik.
-Mudah dipasang. Sama seperti perkakas elektrik lain, hanya plug terus pada soket. Dapat barang terus boleh guna.
-Boleh digunakan di tempat lain. Asalkan anda inginkan penjimatan selepas berpindah ke rumah baru! Jangan lupa bawa alat ini bersama.
-Tidak perlukan penyelenggaraan. Biarkan saja ia berfungsi dengan sendirinya.
-Selamat dan bertindak juga sebagai penstabil voltage tenaga elektrik. Ini penting untuk menjaga ketahanan barangan elektrik anda!
-Ketahanan produk sehingga 5 tahun. Anda akan jimat bertahun-tahun bukanya sebulan-dua! Semakin anda selesa semakin anda berjimat.
-Jaminan kualiti 12 bulan. Kad jaminan disertakan.
-Diuji oleh SIRIM.
-Penjimatan paling efektif adalah untuk alat-alat bermotor seperti aircond, peti sejuk, kipas angin, mesin basuh dan sebagainya termasuk lampu fluroscent. Alat-alat yang menggunakan konsep pemanasan (heating) seperti ketuhar, cerek elektrik, sterika, shower dan lain-lain adalah tidak efektif. Sehingga kini, belum ada teknologi alat penjimatan yang boleh menjimatkan penggunaan alat-alat pemanasan (heating).
-Mendapat pengiktirafan CE untuk model yang sama bagi pasaran Eropah. Bukannya mudah untuk memasuki pasaran Eropah yang mementingkan kualiti produk yang tinggi. Namun alat ini telah menembusi pasaran Eropah sehingg kini.
-Surat pengesahan dari JBE (Jabatan Bekalan Elektrik). Sekarang dikenali sebagai Suruhanjaya Tenaga (ST). Badan kerajaan yang paling penting memantau dan mendapat pengesahan sebelum penggunaan alat-alat elektrik di Malaysia. Dikategorikan sebagai barang bukan kawalan oleh ST.
-Produk pasaran eksport kini promosi untuk pasaran Malaysia. Masih ramai yang kehairanan dengan adanya alat seperti ini. Anda tidak perlu hairan kerana alat elektrik seperti penghawa dingin, peti sejuk dan lain-lain juga telah menggunakan teknologi penjimatan pada alatan mereka. Namun alat ini untuk mengawal keseluruhannya.
-Telah diguna pakai dan ujikaji selama lebih 5 tahun. Sejak tahun 2001 lagi telah berada dipasaran.
Masalah Replika Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ini kerana patung yang diharamkan oleh Syarak berdasarkan ijtihad fuqahak di atas adalah apabila mempunyai keseluruhan ciri-ciri dibawah:
المراد بالصّورة أي : المحرّمة ما كان لها جسم مصنوع له طول وعرض وعمق
Replika tersebut tidak mempunyai bayang. Bayang yang dimaksudkan di sini adalah berbentuk tiga dimensi. Ia hanyalah seperti lukisan manusia di atas kertas, tenunan di atas kain dan ukiran yang dipahat di atas batu ataupun kayu.
Dalam mazhab al-hanafiyyah, al-Shafieyyah dan al-Hanabilah, hukum membuat replika Anwar adalah haram sama sekali. Ini kerana berdasarkan dua mazhab ini, sebarang lukisan atau arca yang menggambarkan makhluk yang bernyawa adalah haram.
1. Dalam masalah replika Anwar , para ulama berbeza pandangan dalam masalah ini. Maka adalah satu tindakan yang salah untuk kita memaksa manusia mengharamkan replika Anwar demi untuk meraikan khilaf fuqaha dalam berijtihad. Kaedah mengatakan:
الاجْتِهَادُ لاَ يُنْقَضُ بِالاجْتِهَادِ
2. Replika Anwar di sisi al-Malikiyyah tetap hukumnya makruh.
Rasulullah pernah bersabda:
Sayyidina Ali pernah berkata:
لا تَعْرفِ الحقَّ بالرجال . اعْرِفِ الحقَّ تعرفُ أهلَه[2]
4. Tindakan mendewa-dewakan seseorang bukanlah satu sikap yang baik. Islam mengajar manusia agar bersikap adil terhadap menilai manusia. Sokongan terhadap seseorang hanyalah apabila kebenaran bersamanya. Allah Taala berfirman:
Hai orang - orang yang beriman , hendaklah kamu jadi orang - orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah swt. , menjadi saksi dengan adil . Dan janganlah sekali - kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum , mendorong kamu untuk berlaku tidak adil . Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan .
Al Maaidah . Ayat : 8
Cadangan Saya terhadap Dato' Seri Anwar.
Berkait isu replika ini , sebagaimana yang telah saya jelaskan diatas , ia termasuk dalam urusan khilaf dikalangan ulama' . Namun bagi pihak Dato' Seri Anwar demi mengelak berlakunya taasub dan mendewa - dewakan sesama manusia khasnya terhadap dirinya sendiri , beliau boleh menasihatkan agar orang - orangnya segera menurunkan replika beliau.
Justeru replika tersebut sangat berbeza dengan iklan atau gambar yang berada pada billboard. Pasti sahaja iklan - iklan tersebut biarpun besar saiznya tidak fokus kepada membesar dan memuliakan gambar orang tertentu melainkan fokus kepada suatu yang diklankan .
Tetapi replika Dato' Seri Anwar tidak merujuk kepada suatu yang lain melainkan kepada zat Dato' Seri Anwar sendiri . Saya juga tidak melihat keperluan lain replika itu didirikan sedemikian besar dan tingginya kecuali lahir dari rasa terlalu memuliakannya.
Lantaran itu saya cadangkan agar Dato' Seri Anwar sendiri meminta agar replika tersebut diturunkan sebelum gejala mendewa - dewakan pemimpin kian membarah dan akhirnya menyumbang kepada pemujaan yang merosakkan aqidah . So isunya buka replika tetapi kesan dari pemasangan replika tersebut , pula dibangunkan di Batu Caves.